Laser yang berkuasa mempunyai medan kegravitian yang mampu megherot (warping) fabrik alam di sekitar laser tersebut. Hal ini dapat membuatkan saintis lebih memahami bagaimana graviti berkelakuan di alam kuantum.

Analoginya seperti sebatang kayu yang anda lontar ke fabrik kain. Kesan herotan fabrik kain tersebut dapat dianalogikan sebagai apa yang berlaku pada ruang. Cahaya mempunyai graviti kerana ia membawa tenaga. Menurut teori kerelatifan umum yang diasaskan oleh Einstein, apa sahaja yang mempunyai tenaga turut mempunyai graviti walaupun cahaya tidak berjisim.

Sekumpulan penyelidik dari Eberhard Karls University of Tubingen mengesahkan medan kegravitian yang dihasilkan oleh cahaya patut wujud walaupun terlalu kecil untuk dikesan. Secara prinsipnya, objek mampu mengorbit laser seperti mana bulan mengorbit bumi walaupun pengorbitan tersebut mungkin tidak stabil kerana graviti laser memudar secara perlahan.

Mereka juga menemui fabrik ruang-masa diherot apabila pancaran laser itu diputarkan. Fabienne Scheiter menyebut, “It’s like how if you put a ball into honey and spin it, it drags along the honey around it.” Seperti objek lain, laser juga dapat memperlahankan masa kerana gangguan graviti. Tetapi perubahan masa itu tidak dapat dikesan kerana medan kegravitian yang dihasilkan terlalu lemah.

Kalau kita dapat menghasilkan pengesan yang cukup berkuasa, ia mungkin dapat membantu kita untuk menghubungkan mekanik kuantum dan graviti yang selami ini bercanggah antara satu sama lain.

Rujukan

  1. Schneiter, F., Rätzel, D., & Braun, D. (2018). The gravitational field of a laser beam beyond the short wavelength approximation. Classical and Quantum Gravity35(19), 195007.
  2. https://www.newscientist.com/article/2180942-laser-beams-have-gravity-and-can-warp-the-fabric-of-the-universe/
  3. New Scientist ISSUE 3198 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.