Pada awal kurun ke-16 Masehi, Sepanyol menjadi sebuah adikuasa dunia berikutan kemajuannya dalam bidang perkapalan dan perlayaran.

Lewat kurun sebelumnya, Christopher Columbus, yang pengembaraannya didanai oleh Monarki Sepanyol, tiba di Dunia Baru sekaligus membawa kepada era kolonisasi Sepanyol di benua Amerika.

Sekitar 30 tahun selepas pengembaraan Columbus, seorang lagi pengembara yang berkhidmat untuk Monarki Sepanyol, iaitu Ferdinand Magellan, menemukan laluan menuju ke Asia menerusi hujung selatan Amerika.

Dalam ekspedisi ini, Magellan tiba di Filipina dan cuba menguasainya bagi pihak Sepanyol. Walaupun ketibaannya itu disambut oleh sebilangan pemerintah pulau tersebut, Magellan juga membuat mvsuh. Salah seorang mvsuhnya adalah seorang pembesar yang bernama Lapu-Lapu.

Patung gangsa Lapu-Lapu di Mactan

Tatkala tiba di Filipina pada tahun 1521, Magellan secara langsung bertembung dengan persetervan yang berlangsung dalam kalangan para pemerintah tempatan. Magellan berupaya menjalinkan persekutuan dengan sebahagian daripada mereka. Salah seorang pembesar paling terkemuka pada waktu itu adalah Rajah Humabon, pemerintah Cebu.

Berhampiran dengan Pulau Cebu pula terletak Pulau Mactan yang menjadi kampung halaman bagi dua orang pembesar yang saling berseteru, iaitu Zula dan Lapu-Lapu. Zula memilih untuk tunduk kepada Sepanyol dan akur untuk membayar ufti. Sikap yang berbeza ditunjukkan oleh Lapu-Lapu yang enggan tunduk kepada Sepanyol mahupun Rajah Humabon.

Sikap pen3ntangan Lapu-Lapu ini memustahilkan Zula untuk membayar ufti kepada Magellan. Lantaran itu, Zula pun meminta bantuan Sepanyol agar menew4skan seterunya itu. Hal ini membawa kepada berlakunya Pertempvran Mactan di mana pihak Sepanyol dikal4hkan oleh Lapu-Lapu dan para pahlawannya. Magellan sendiri kehilangan ny4w4 dalam pert3mpuran tersebut.

Potret Ferdinand Magellan oleh pelukis tidak dikenali, kurun ke-16 atau 17 Masehi

Sebagai seorang figura sejarah, tidak banyak maklumat yang diketahui perihal Lapu-Lapu memandangkan satu-satunya sumber bertulis yang memerincikan tentang beliau adalah jurnal Antonio Pigafetta, seorang pengembara dan ilmuwan dari Venetia yang menemani Magellan dalam perlayarannya ke Filipina.

Menerusi jurnal Pigafetta inilah kita dapat mengetahui tentang Lapu-Lapu dan perseteruannya dengan Zula, serta maklumat berkenaan Pertempvran Mactan, kek4lahan Sepanyol dan kem4tian Magellan. Walaupun tiada sumber bertulis yang diketahui daripada pihak Filipina, terdapat beberapa buah kisah rakyat yang menceritakan perihal Lapu-Lapu.

Menurut tradisi tempatan, kisah Lapu-Lapu boleh dibahagikan kepada dua. Bahagian pertama melibatkan kisah Lapu-Lapu dan Datu Mangal, seorang pembesar di Pulau Mactan yang disebutkan oleh ramai pihak sebagai bapa, pakcik ataupun kawan dan orang kanan Lapu-Lapu.

Dalam kisah rakyat tersebut, Datu Mangal dikatakan memiliki kuasa luar biasa dan tangkal ajaib. Dalam suatu keadaan, Datu Mangal meminjamkan tangkalnya itu kepada rakannya yang bernama Capitan Silyo. Capitan Silyo berjanji untuk memulangkannya sesudah selesai menggunakannya.

Namun begitu, beliau melanggar janji. Lantaran itu, Datu Mangal pun mengenakan sumpah ke atas Capitan Silyo sehingga mengakibatkannya berubah menjadi batu. Sebelum berubah sepenuhnya, Capitan Silyo sempat mengenakan sumpahan timbal balik ke atas Datu Mangal sekaligus mengakibatkannya turut berubah menjadi batu.

Ketika sedang mengalami perubahan secara bertahap, Datu Mangal sempat mendapat ilham tentang ketibaan tentera Sepanyol. Lantas, beliau segera memanggil Lapu-Lapu dan memaklumkan kepadanya tentang anc4man bahaya yang bakal tiba itu. Beliau turut menggesa agar Lapu-Lapu mem3rangi tentera Sepanyol apabila mereka tiba, selain beberapa arahan lain lagi.

Gambaran masyarakat asli bertatu yang ditemui oleh tentera Sepanyol di Filipina

Bahagian kedua kisah ini pula memerincikan tentang Pertempvran Mactan. Dalam beberapa buah versi penceritaan, diperihalkan bahawa Lapu-Lapu dan para pahlawannya men3waskan pasukan tentera Sepanyol dengan Magellan sendiri terbvnuh di tangan Lapu-Lapu.

Dalam versi lain yang lebih terperinci pula, dihikayatkan bahawa pelbagai makhluk atau raksasa laut turut meny3rang kaki pasukan tentera Sepanyol semasa mereka sedang mengharungi lautan cetek. Hal ini mengakibatkan mereka terdedah kepada s3rangan Lapu-Lapu dan para pahlawannya. Lantaran itu, mereka dengan mudah dapat ditew4skan dan kisah pun berakhir sedemikian.

Penceritaan Pigafetta berkenaan Pertempvran Mactan turut menyebutkan bahawa pasukan tentera Sepanyol perlu mengharungi lautan cetek memandangkan kapal-kapal mereka tidak dapat berlabuh di pantai lantaran terdapat batu-batu yang menghalang. Pigafetta juga memberikan beberapa maklumat tambahan perihal pertempvran.

Menurut beliau, senjata jarak jauh Eropah dikatakan tidak berkesan terhadap pahlawan-pahlawan tempatan.

Malahan, Lapu-Lapu pula meny3rang bersama 1500 orang pahlawan sementara pasukan tentera Sepanyol hanya terdiri dari seramai 60 orang lelaki yang mana 49 orang sahaja terlibat dalam pertempvran manakala baki yang lain bertahan di belakang bagi melindungi kapal.

Walau bagaimana sekalipun Pertempvran Mactan berlangsung mengikut sejarah sebenar, Lapu-Lapu tetap dikenang sebagai seorang pahlawan yang menentang dan men3waskan pasukan tentera Sepanyol yang mencer0boh tanah airnya.

Memandangkan kekalahan Sepanyol ini dilihat sebagai satu peristiwa signifikan, maka selayaknya Lapu-Lapu dihormati sebagai wira tempatan dan seterusnya, wira kebangsaan. Pada hari ini, beliau masih dianggap sebagai figura sejarah yang utama di Filipina.

Sejarahnya terus diperingati menerusi dua buah filem yang mengisahkan tentang dirinya di samping sebuah patung gangsa gergasi yang berdiri megah di Pulau Mactan.

TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (20 Mac 2015). Chief Lapu-Lapu – Warrior and Hero of the Philippines. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/chief-lapu-lapu-warrior-and-hero-philippines-002800

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.