Lapisan ozon atas Antartika telah mengalami pemulihan yang banyak sehingga dapat menenangkan banyak kerunsingan dalam atmosfera kawasan Hemisfera Selatan. Berjuta penghargaan pada dunia atas hasil yang baik ini.

Terdapat kajian terkini yang menyarankan Protokol Montreal – Perjanjian 1987 untuk menghentikan penghasilan bahan pengurangan ozon (ODSs) – yang bertanggung jawab dalam perubahan yang menganggu aliran udara di sekitar Hemisfera Selatan.

Putaran angin di kawasan kutub-kutub planet pada altitude tinggi dan kelajuan yang pantas adalah dikenali sebagai aliran jet. Sebelum tibanya dekad ini, kejadian penipisan ozon ini telah mengakibatkan aliran jet lebih ke arah selatan dari kebiasaannya. Kejadian ini telah menyebabkan perubahan dari segi corak hujan dan kemungkinan juga memberi kesan pada arus lautan.

Walau bagaimana pun, setelah sedekad atau lebih selepas protokol tersebut ditandatangani, perubahan yang disebutkan tadi terus berhenti. Adalah ianya suatu kebetulan?

Menggunakan pelbagai model dan simulasi, kini para pengkaji sudah temui bahawasanya kejadian perubahan ini bukan disebabkan dari perubahan semulajadi pada arus udara tersebut. Bahkan, hanya perubahan dalam lapisan ozon dapat menjelaskan kenapa perubahan aliran jet berhenti secara tiba-tiba.

Dalam erti kata lain, Protokol Montreal telah memberi impak yang bukan sahaja menghentikan aliran jet ke arah selatan, malah menjadikan aliran tersebut sedikit terbalik. Dan ini sudah tentu merupakan satu berita yang baik.

Di Australia, sebagai contoh, perubahan aliran jet telah meningkatkan risiko untuk kemarau disebabkan penolakan hujan dari kawasan pantai. Jika trend tersebut dapat dibalikkan, hujan mungkin akan datang kembali.

“Kumpulan cuaca yang memberikan udara sejuk telah mengecil ke arah kutub selatan, dan sebab itu juga Australia selatan mengalami penurunan hujan sejak 30 tahun yang lalu.” kata Ian Rae, ahli kimia organik dari Universiti Melbourne yang tidak terlibat secara langsung dengan kajian tersebut.

Walau bagaimana pun, perkara ini tidak bertahan untuk jangka masa yang lama. Sementara usaha yang dilakukan menjadikan kita kurang bergantung pada bahan pengurangan ozon (ODSs) telah membenarkan lapisan ozon untuk pulih, paras karbon dioksida tetap meningkat di tahap yang merisaukan.

Tahun lepas, lubang ozon Antartika telah mencapai puncak tahunan yang terkecil yang pernah direkodkan sejak tahun 1982, tapi masalah tersebut tidak diselesaikan, dan rekod ini mungkin menyumbang pada suhu yang luar biasa ringan dalam lapisan atmosfera tersebut.

Tambahan pula, dalam tahun kebelakangan ini, terdapat lonjakan bahan kimia yang mengurangkan lapisan ozon, berasal dari kawasan-kawasan perindustrian di negara China.

“Kami menganggap ini sebagai ‘tempoh jeda’ kerana peredaran kutub ini mungkin akan kembali semula, kekal rata, ataupun sebaliknya”, ulas ahli kimia atmosfera dari Universiti Colorado Boulder.

Protokol Montreal ini adalah bukti jika kita mengambil langkah segera secara global dalam usaha mengekalkan atau membalikkan semua kerosakan yang telah terjadi. Malah sekarang, kenaikan mantap dalam kesan pengeluaran gas rumah hijau adalah merupakan peringatan bahawa langkah yang diambil masih tidak mencukupi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.