Lao Tzu secara tradisinya dianggap sebagai pengasas Taoisme, sebuah aliran pemikiran di zaman China purba. Taoisme dilihat sebagai salah sebuah dari tiga aliran pemikiran utama masyarakat China. Dua aliran pemikiran yang lain adalah Buddhisme yang tiba di China dari India, dan Confucianisme yang diasaskan oleh Confucius. Oleh kerana itu, Lao Tzu dianggap sebagai figura yang sangat penting dalam sejarah China dan beliau bahkan dihormati oleh ramai masyarakat China sebagai seorang dewata dalam pantheon Taoist.

KEWUJUDAN LAO TZU YANG DIPERDEBATKAN

Tidak seperti Confucius, Lao Tzu merupakan seorang karakter yang jauh lebih sukar untuk dikenali. Sebilangan ilmuwan moden bersikap skeptik terhadap kewujudannya dan mereka berpandangan bahawa Lao Tzu tidak wujud ‘dalam sejarah’. Malahan, mereka mendakwa bahawa Lao Tzu adalah seorang figura legenda sepenuhnya.

Namun menurut tradisi China, Lao Tzu hidup pada kurun ke-6SM. Seorang sejarahwan China purba, iaitu Sima Qian menyatakan bahawa Lao Tzu hidup sezaman dengan Confucius. Tambahan lagi, biografi Lao Tzu dapat dijumpai dalam karya Sima Qian yang berjudul Shiji atau juga dikenali sebagai Catatan-Catatan Sejarahwan Ulung.

Confucius, Lao-Tzhu dan Arhat


Dalam
Shiji, dicatatkan bahawa Lao Tzu merupakan warga tempatan negara Chu, yang terletak di bahagian selatan China moden. Juga dicatatkan di dalam sumber purba ini bahawa nama sebenar Lao Tzu adalah Li Er. Beliau dipercayai berkhidmat sebagai pegawai penyimpan rekod-rekod arkib di istana diraja Zhou. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa Lao Tzu pernah didatangi oleh Confucius yang memintakan nasihat tentang hal-hal ritual tertentu dan kemudian memberikan puji-pujian kepadanya.

SHIJI KARYA SIMA QIAN

Catatan-Catatan Sejarahwan Ulung

Pegawai inilah yang meminta kepada Lao Tzu agar mencurahkan segala ilmunya dalam bentuk penulisan. Susulan daripada permintaan ini, maka terhasillah sebuah buku yang mengandungi sekitar 5000 aksara China yang kini dikenali sebagai Tao Te Ching. Selepas peristiwa ini, Lao Tzu menghilang daripada catatan sejarah. Malahan, tarikh dan tempat kematiannya sama sekali tidak direkodkan dalam catatan Sima Qian.

Selain itu, Sima Qian juga ada menulis bahawa Lao Tzu hidup di negara Zhou buat tempoh yang cukup lama sehingga beliau berperluang untuk menyaksikan kejatuhannya. Susulan daripada itu, Lao Tzu mengambil keputusan untuk beredar meninggalkan negara berkenaan. Tatkala beliau tiba di sempadan barat-laut yang memisahkan antara China dan dunia luar, beliau bertemu dengan seorang pegawai, yang bernama Yin Xi, yang bertanggungjawab ke atas lalu-lintas di sempadan.

TAO TE CHING

Tao Te Ching tanpa diragukan lagi adalah karya yang memasyhurkan nama Lao Tzu. Tambahan, ia merupakan salah sebuah karya utama bagi Taoisme. Apapun, terdapat sebilangan sejarahwan yang memperdebatkan tentang status pengarang bagi naskhah penting tersebut.

Menurut mereka, naskhah ini tidak ditulis oleh seorang penulis tunggal, sebaliknya oleh sejumlah penulis. Malahan, ada pula sejarahwan yang berpendapat bahawa isi kandungan Tao Te Ching pada mulanya disebarkan secara lisan sebelum ditulis menjadi buku.

Dakwat pada manuskrip sutera Tao Te Ching, kurun ke-2SM, ditemui di Mawangdui


Bagi pandangan sebegini, ada yang berpendapat bahawa anak-anak murid Lao Tzu bertanggungjawab menghidup dan menyebarkan ajaran guru mereka itu menerusi penyampaian secara lisan. Kemudian, ajaran-ajaran tersebut dihimpun dan dikompilasikan oleh seorang atau beberapa orang pelajar Lao Tzu.

Daripada pandangan sebegini, hadir pula kemungkinan bahawa pengumpul Tao Te Ching turut terkait dengan tradisi-tradisi atau ajaran-ajaran secara lisan yang lain. Dalam erti kata lain, sejarahwan yang mengambil pandangan seperti ini berpendapat bahawa Tao Te Ching tidak hanya mengandungi ajaran-ajaran Lao Tzu, tetapi turut memuatkan butir-butir hikmah daripada cendekiawan-cendekiawan China purba yang lain.

Menurut legenda China, Laozi (Lao Tzu) meninggalkan China dan menuju ke barat dengan menunggang kerbau air

Walau apa pun jua asal-usulnya, Tao Te Ching dan falsafah yang dibentangkannya dianggap sebagai satu aliran pemikiran yang secara langsung berbalikan dengan Confucianisme. Walaupun kedua-dua aliran pemikiran ini menyinggung persoalan-persoalan sosial, politik dan falsafah yang dihadapi oleh masyarakat China purba, masing-masing mengambil pendekatan yang berbeza. Sebagai contoh, Confucianisme menumpukan pada hubungan sosial, kelakuan baik dan kemasyarakatan. Taosime pula secara kontra mengambil pendekatan yang lebih bersifat mistik dan menumpu pada individu serta alam.

Ciri-ciri penting Taoisme yang lain adalah pendiriannya yang bersifat anti-autoritian, penggalakannya terhadap kesederhanaan, dan perakuannya terhadap daya alam dan daya sejagat yang dikenali sebagai Tao. Walaupun mungkin kita boleh mengatakan bahawa Confucianisme lebih sesuai dengan citarasa para pemerintah China, Taoisme tanpa dinafikan merupakan satu aliran pemikiran yang sangat berpengaruh dan keadaan ini terus berkekalan dalam budaya China sehingga kini.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (8 Februari 2016). Lao Tzu: The Founder of One of the Three Pillars of Traditional Chinese Thought. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/lao-tzu-founder-one-three-pillars-traditional-chinese-thought-005318


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.