Israel tidak pernah mempunyai sebuah kerajaan majoriti sejak zaman David Ben-Gurion lagi. Populariti Golda Meir yang membuak-buak pun tidak cukup untuk melepasi garisan 61 kerusi Knesset. Jadi sejak kemerdekaan lagi kerajaan Israel adalah kerajaan minoriti, dibentuk melalui kerjasama politik (coalition).

Pada mulanya, Presiden Israel perlu tengok dulu – ketua parti mana paling relevan untuk membentuk kerajaan. Ketua parti itu yang akan mendapat mandat pembentukan kerajaan (untuk memulakan perbincangan dengan ketua parti lain). Benjamin Netanyahu paling menyerlah dalam bab ini.

Meskipun mendapat tempat kedua dalam pilihan raya 1996 dan 2009, beliau diberi mandat terlebih dahulu… kerana Presiden Israel berpendapat beliau paling relevan untuk diberi mandat.

Netanyahu cekap menggunakan pengaruh politiknya untuk berganding dengan parti lain. Akan tetapi, bermula tahun 2017, beliau dituduh mengamalkan ra.suah, menipu, pec.ah amanah dan menya.lah.gunakan kuasa.

Dan pihak peguam negara membuka tiga kes pada 28 Februari 2019 (Talmazan & Goldman, 2019), tidak sampai dua bulan sebelum pilihan raya. Netanyahu mendapat 35 kerusi; begitu juga Benny Gantz yang mengetuai gabungan tiga parti – Resilience, Yesh Atid (hafal nama ini) dan Telem.

Benny Gantz.

Pilihan raya ini memulakan krisis politik Israel. Kerana Netanyahu tidak dapat membentuk kerajaan. Mereka bertembung sekali lagi beberapa bulan kemudian. Gantz kali ini mendapat kerusi paling banyak.

Namun dalam kalangan mereka agak berbeza pendapat. Avigdor Lieberman daripada parti Yisrael Beytenu tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti Arab (The Joint List). Netanyahu mahu sebuah kerajaan Zionis yang kuat, bermakna kena gabung dengan parti-parti ultra-Ortodoks.

Tarik tolak, tµmbµk tendang, sepak terajang, tiada siapa dapat membentuk kerajaan. Pilihan raya terpaksa diulangi berkali-kali, sampailah 23 Mac 2021. Yesh Atid bergerak sendiri (tiada kena mengena dengan Gantz).

Netanyahu mendapat 30 kerusi, dengan Yesh Atid 17 sahaja. Dan Gantz pula sekadar lapan. Netanyahu diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Beliau gagal. Lalu Presiden Reuven Rivlin memberi mandat kepada ketua Yesh Atid pula, bernama Yair Lapid.

Yair Lapid.

Bekas Wartawan Yang Menjadi PM Tepi

Perjalanan Yair Lapid ke kemuncak kuasa tidak mudah. Beliau diyakini dapat melepasi 61 kerusi. Tiba-tiba, Israel bertembung pula dengan Palestin dengan segala kes melibatkan Masjid al-Aqsa dan ser.angan roket Gaza.

Percaturan kerajaan Israel (baca: Benjamin Netanyahu) entah kenapa nampak macam persediaan pilihan raya baru. Elok Lapid tengah berbincang dengan parti Ra’am, pimpinan Mansour Abbas. Isu ini terjadi. Abbas menangguhkan segala perbincangan.

Asalnya sampai Naftali Bennett enggan bekerjasama dengan Lapid kalau tiada Netanyahu (Hauser Tov, 2021).

Naftali Bennett

Lapid enggan menyerah kalah, kerana beliau masih ada mandat yang lµpµt dalam masa 18 hari (Shlezinger & Roth-Avneri, 2021).

Bennett katanya mendapat µgµtan bµnµh kerana enggan menyokong Netanyahu asalnya. Tetapi pada 23 Mei, Bennett bertukar fikiran balik mungkin kerana Netanyahu jelas tidak dapat membentuk kerajaan.

Bagi beliau, kemelut politik Israel sekarang ini menyebabkan negaranya lemah, tidak berfungsi dan malu di mata dunia (Wootliff, 2021).

Untuk elak pilihan raya baru, beliau menyokong Lapid semula. Sementara itu, Lapid sudahpun menimang sokongan Lieberman daripada parti Yisrael Beytenu.

Gabungan Kerajaan Bersejarah

Selama ini Israel mempunyai kerajaan majoriti dalam kalangan parti Yahudi. Buat julung kalinya, Yair Lapid bakal membentuk kerajaan bersama gabungan parti Arab iaitu The Joint List dan parti Ra’am.

Lapid, Bennett dan Abas (dari kiri ke kanan)

Dalam usaha untuk menggagalkan Lapid, pihak Netanyahu membuat janji pada Ra’am. Likud akan meminda perundangan berkontr.oversi berkenaan dengan perumahan haram (undang-undang Kaminitz).

Jelas sekali Likud berjanji sebegini bukan untuk ditepati pun (harap maklum Netanyahu sudah tiada mandat). Likud hanya berjanji kerana tahu Ra’am akan tuntut janji sama daripada Lapid.Dan ya, memang Ra’am tuntut pun tetapi mengalah dalam semangat bermuhibah. Semua parti akhirnya bersetuju dalam sebuah kerjasama anti-Netanyahu.

Dibawah rangka kerja ini, Naftali Bennett akan menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu. Dan Lapid menghubungi Reuven Rivlin dengan jaminan bahawa beliau telah berjaya.

Dokumen kerjasama.

RUJUKAN:

Hauser Tov, M. (2021, Mei 13). Bennett Says Lapid Government Is Off the Table, Renews Talks With Netanyahu’s Likud. Haaretz.

Shlezinger, Y, & Roth-Avneri, D. (2021, Mei 14). Bennett bails on unity government with Lapid due to security situation. Israel Hayom.

Talmazan, Y., & Goldman, P. (2019, Mac 1). Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu to be (ditapiskan) on (ditapiskan) charges. NBC News.

Wootliff, R. (2021, Mei 23). Breaking silence, Bennett (ditapiskan) at gov’t, signals openness to ‘change coalition’. The Times of Israel.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.