Laluan Pendakian Huashan dianggap sebagai laluan pendakian paling berbahaya di dunia. Huashan (Gunung Hua) adalah sebuah gunung yang terletak berhampiran bandar Huayin, Shaanxi. Semenjak sekian lama, banyak kemalangan m4ut berlaku di Laluan Pendakian Huashan dan ada yang mendakwa kononnya laluan pendakian tersebut meragut kira-kira 100 nyawa manusia setiap tahun namun tiada bukti yang dapat mengesahkan dakwaan itu.

GUNUNG SUCI BAGI PENGANUT AJARAN TAO

Huashan adalah salah sebuah gunung dari Lima Gunung Besar China, di mana baki empat gunung yang lain ialah Taishan (di Shandong), Hengshan (di Hunan), Hengshan (di Shanxi), dan Songshan (di Henan). Kelima-lima gunung ini kadangkala dipanggil mengikut arah mata angin yang ditemapti, misalnya Huashan yang terletak di barat dikenali sebagai Xiyue. Sejak ribuan tahun lamanya, gunung-gunung tersebut dihormati sebagai tempat suci bagi masyarakat China.  Atas sebab itu, ramai yang sanggup mengembara jauh demi mencapai puncaknya.

Gunung Hua mempunyai lima puncak yang masing-masing dipanggil mengikut kedudukan, iaitu Utara, Selatan, Timur, Barat, dan Puncak Tengah. Kelima-kelima puncak ini pernah menempatkan sejumlah besar kuil agama, namun hanya sebilangan kecil sahaja terselamat sehingga ke hari ini. Memandangkan Huashan dianggap sebagai gunung suci oleh para penganut ajaran Tao, maka terdapat banyak kuil Tao di sana.

Bahkan mengikut kepercayaan tradisi Taoisme, Lao Tzu pernah menetap dan menyebarkan ajarannya di gunung tersebut. Rentetan itu, ramai individu yang berlatar-belakang agama melakukan perjalanan suci ke gunung berkenaan dan mereka inilah yang mula-mula sekali membina rangkaian tangga dan laluan pendakian yang membawa ke puncak gunung.

Sebuah kuil di Huashan

Pada hari ini, Huashan terus dikunjungi atas beberapa sebab lain. Antara tarikan utamanya adalah Rumah Teh Huashan yang dahulunya berdiri sebagai sebuah kuil. Jerih-perih ketika mendaki Huashan terasa berbaloi apabila hirupan pertama teh Huashan dinikmati. Memandangkan Huashan kian lama kian menggamit ramai pengunjung, maka laluan-laluan pendakian yang telah wujud sekian lama dibaiki oleh kerajaan China pada dekad-dekad kebelakangan bagi meningkatkan ciri keselamatannya. Namun, ia tetap tidak dapat menghindarkan berlakunya kemalangan m4ut pada setiap tahun.

PENGALAMAN YANG MENGUJAKAN DAN PEMANDANGAN YANG MEMESONAKAN

Bagi sebilangan pengunjung, apa yang lebih menjadi tarikan buat mereka adalah cabaran mendaki Huashan itu sendiri. Tambahan, kelima-lima puncaknya menghidangkan panorama yang berbeza, membuatkan pengalaman mendakinya sangat berharga.

Misalnya di Puncak Selatan, ia menawarkan keterujaan yang tersendiri berikutan statusnya sebagai puncak tertinggi Huashan (juga yang paling tinggi antara kelima-lima Gunung Besar). Puncak ini dikenali dengan nama ‘Puncak Angsa Liar’ kerana terdapat satu legenda tempatan yang mengisahkan bahawa angsa liar yang datang dari selatan akan singgah di puncak tersebut.

Peta pendakian Gunung Huashan

Puncak Selatan juga menempatkan laluan pendakian paling berbahaya di Huashan, dikenali sebagai ‘Laluan Papan’. Di situ, para pendaki perlu berjalan di atas papan seluas 0.3 meter (0.9 kaki) untuk sampai di puncaknya. Pengalaman berbahaya ini kemudian diganjari dengan peluang menyaksikan pemandangan indah, seperti pemandangan empat puncak Huashan yang lain dan pemandangan Sungai Kuning yang mengalir di bawahnya.

Puncak-puncak lain juga mempunyai nama timangan yang tersendiri. Misalnya, Puncak Timur dikenali sebagai ‘Puncak Singgahan Matahari’, manakala Puncak Barat, Puncak Tengah, dan Puncak Utara masing-masing dinamakan sebagai ‘Puncak Bunga Teratai’, ‘Puncak Bidadari Jed’, dan ‘Puncak Teres Megawan’.

Kesemua puncak ini mempunyai tarikan yang unik dan berbaloi untuk dikunjungi. Di Puncak Barat misalnya, terdapat sebuah kuil Tao bernama Istana Cuiyun. Di hadapan kuil ini terdapat sebongkah batu yang berbentuk seperti teratai, justeru meraihkan nama timangannya itu. Di sebelah Istana Cuiyun itu juga terdapat tujuh bongkah batu yang menurut legenda, terbentuk sewaktu gunung tersebut dibelah oleh Chenxiang dalam usaha menyelamatkan ibunya yang dipenjarakan.

Pemandangan indah dari Gunung Hua

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (12 Oktober 2019). Mount Hua Trail: Where 100 People Plummet to Their Deaths Every Year. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/not-faint-heart-100-people-year-plummet-their-deaths-ancient-huashan-trail-021316


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.