“Apabila kita dilahirkan di dunia, kita hanya ada dua pilihan. Sama ada melakukan yang terbaik untuk berkhidmat penuh setia demi negara sekiranya peluang itu dikurniakan di depan mata, atau hanya sekadar membajak di kebun.” (Yi Sun-Shin, tahun 1576)

Dedikasi yang ditunjukkan oleh lelaki ini terhadap negara yang dicintai tiada tandingannya. Malah, peng0rbanannya demi menjaga tanahair juga wajar didendangkan. Ini adalah kisah tentang Yi Sun-Shin, laksamana agung Joseon yang penuh kaliber, taat dan berdedikasi dalam menjaga negaranya daripada ancaman penc3roboh.

Sejarah awal

Lelaki ini dilahirkan ketika tahun pertama pemerintahan Raja Injong, iaitu pada 8 Mac 1545 atau 28 April mengikut kalendar solar. Yi Sun-Shin merupakan keturunan Yi Duksu, iaitu sebuah keluarga kelas pertengahan yang agak miskin dan beliau adalah anak ketiga dalam keluarga.

Meskipun agak miskin dan tidak mempunyai status bangsawan, Yi Sun-Shin bertuah kerana keluarganya berpelajaran dan menitikberatkan pendidikan serta pemikiran falsafah. Moyang  Yi Sun-Shin mempunyai hubungan baik dengan pihak kerajaan dan berkhidmat sebagai pegawai berjawatan tinggi, antaranya sebagai ketua bagi institut pendidikan dan pendakwaraya bagi mahkamah kerajaan.

Walau bagaimanapun, datuk Yi Sun Shin-telah menjadi ahli bagi puak reformasi yang diketuai oleh negarawan Jo Kwang Jo, yang ditentang hebat oleh pemerintah pada waktu itu, iaitu Raja Myungjong. Akibatnya, seluruh ahli keluarga sebelah datuknya, iaitu keturunan Yi Duksu tidak disukai oleh pihak kerajaan dan datuknya, Yi Jung tidak mampu memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Kerana inilah keluarga Yi Sun-Shin akhirnya menderita dalam kemiskinan.

Bagi mengurangkan perbelanjaan hidup di ibu kota Joseon, Yi Sun-Shin bersama keluarganya telah berpindah ke Ahsan, iaitu kampung halaman ibunya. Yi Sun-Shin baru meningkat remaja ketika itu. Di kampung, beliau adalah seorang remaja yang aktif dan mempunyai pemikiran yang cerdas.

Malah, sejak kecil lagi beliau telah tertarik kepada permainan per4ng dan segala aspek berkaitan ket3nteraan. Apa yang pasti, meskipun hanya dalam permainan, Yi Sun-Shin sentiasa memainkan peranan sebagai ketua dalam ket3nteraan.

Pada usia 21 tahun, Yi Sun-Shin telah berkahwin dengan anak perempuan Bang Jin, seorang bekas gabenor yang merupakan guru memanah yang terkenal. Tahun berikutnya, Yi Sun-Shin telah memulakan latihan ket3nteraannya sendiri, mempelajari pelbagai aspek dalam ket3nteraan seperti menunggang kuda dan memanah.

Menyertai Peperiksaan Ket3nteraan Kebangsaan Kwago

Impian Yi Sun-Shin adalah untuk menyertai angkatan t3ntera Joseon dan kerana itulah dia giat menjalani latihan secara bersendirian bagi memantapkan dirinya. Pada usia 28 tahun, dalam usahanya untuk menjadi seorang pegawai t3ntera, beliau telah memohon untuk mengambil Peperiksaan Ketenteraan Kebangsaan Kwago, iaitu peperiksaan t3ntera yang terbesar dalam Joseon.

Walau bagaimanapun, Yi Sun-Shin telah gagal dalam peperiksaan ini apabila beliau terjatuh daripada kuda sewaktu ujian memanah ketika berkuda dijalankan. Kakinya patah akibat kejadian ini, namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya. Bersama sebelah kakinya yang patah, Yi Sun-Shin telah mengumpulkan ranting-ranting pohon willow dan mengikat pada kaki tersebut.

Yi Sun-Shin kembali meneruskan latihan ket3nteraannya secara bersendirian walaupun gagal dalam peperiksaan tersebut. Setelah beberapa tahun, iaitu pada umur 32 tahun, Yi Sun-Shin sekali lagi telah mengambil peperiksaan itu. Beliau akhirnya berjaya lulus dan diterima memasuki angkatan t3ntera Joseon.

Menjadi pegawai pertahanan kerajaan  

Selepas lulus peperiksaan, Yi Sun-Shin telah memulakan tugasnya sebagai pegawai pertahanan di Kubu Dongkubibo, iaitu di sepanjang sempadan di bahagian utara Joseon. Pada waktu itu, ancaman utama yang dihadapi adalah daripada puak barbarian Jurchen hingga ke China Manchuria yang berada di bahagian utara. Puak-puak ini sering menyeberangi kawasan sungai dan meny3rang bandar-bandar yang berada di sekitarnya.

Sebagai seorang pegawai pertahanan yang berdedikasi, Yi Sun-Shin telah bekerja keras dalam mempertahankan sempadan dan mematahkan s3rangan puak barbarian itu. Namun, di sebalik kejayaannya mengalahkan puak barbarian, Yi Sun-Shin langsung tidak dipuji, malah telah diturunkan pangkat dan dihukum ke Baekuijongkun.

Ini semua adalah gara-gara fitnah yang dilemparkan oleh komandernya yang cemburu, iaitu Yi Il. Hukuman yang dikenakan ke atas Yi Sun-Shin agak berat kerana beliau telah dip3njarakan dan dis3ksa. Selepas dibebaskan daripada p3njara, beliau terpaksa berkhidmat tanpa sebarang pangkat, memakai pakaian putih bersama askar biasa yang lain.

Tahun berikutnya, Yi Sun-Shin akhirnya dilepaskan daripada hukuman kerana kejayaannya mematahkan pen4klukan puak barbarian terhadap perkampungan Shijon. Walaupun telah berjaya dan dinaikkan pangkat, Yi Sun-Shin telah berhadapan dengan pelbagai bantahan serta tentangan terhadap kenaikan pangkatnya itu.

Keadaan ini adalah kerana sikap Yi Sun-Shin yang jujur dan integriti kukuh yang dipegangnya sewaktu berkhidmat membuatkan beliau sering menghadapi konflik dengan para pegawai atasan yang korup dan sering mengambil kesempatan.

Dalam satu insiden, Yi Sun-Shin enggan menyebelahi kawan-kawan pegawai atasannya yang ingin dinaikkan pangkat dan tidak membenarkan para pegawai lain menggunakan aset serta harta kerajaan. Sikap inilah yang menjadikan Yi Sun-Shin tidak disukai oleh para pegawai atasan lain dalam pasukan t3ntera.

Pelantikan sebagai Cholla Juasusa

Selepas dilanda kekecewaan serta turun naik yang berlaku dalam perjalanan kerjayanya, Yi Sun-Shin telah dinaikkan pangkat sebagai Cholla Juasusa, iaitu Laksamana Pemerintah Daerah bagi kawasan barat daya laut Joseon. Kenaikan pangkat ini adalah hasil cadangan dan sokongan kuat Ryu Sung Ryong, iaitu Timbalan Perdana Menteri Joseon waktu itu. Yi Sun-Shin berusia 45 tahun ketika itu.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Yi Sun-Shin selepas pelantikannya sebagai Laksamana adalah membuat persiapan awal bagi menghadapi p3rang. Ini kerana beliau percaya dan boleh menjangkakan bahawa p3rang dengan pihak Jepun boleh tercetus pada bila-bila masa sahaja.

Yi Sun-Shin telah memeriksa kesemua s3njata serta sistem pertahanan yang dimiliki. Beliau menyimpan lebih banyak bekalan s3njata dan membuat catuan terhadap barang yang sedia ada. Kapal-kapal baru mula dibina. Dan Yi Sun-Shin mula giat melatih angkatan tentera lautnya. Pada masa inilah, beliau telah mula merangka pembinaan kapal penyu (iron clad turtle ship) yang juga dikenali sebagai Gobukseon.

Yi Sun-Shin mengambil inisiatif sendiri dalam membuat perancangan awal menghadapi pep3rangan walaupun pegawai lain enggan percaya bahawa p3p3rangan dengan Jepun pasti berlaku. Beliau mula memperkukuhkan pasukan angkatan lautnya dengan pelbagai pembaharuan, termasuklah pembinaan kapal penyu.

Permulaan P3rang Imjin

Pada 13 April 1592, lebih kurang setahun selepas pelantikannya sebagai Laksamana Pemerintah, pihak Jepun telah men4kluk pelabuhan di Busan dengan angkatan t3ntera mereka seramai 160,000 orang, di bawah arahan ketua mereka iaitu Toyotomi Hideyoshi. Pihak Jepun telah bersiap sedia dengan kelengkapan s3njata barat yang baru, dikenali sebagai Jochong, iaitu versi lama bagi rifle moden.

Melihatkan keadaan musuh yang serba lengkap, dua laksamana yang bertanggungjawab menjaga Wilayah Gyeongsang (salah seorangnya bernama Won Kyun) telah melarikan diri daripada pert3mpuran itu. Keadaan ini meninggalkan beban yang berat bagi Yi Sun-Shin untuk mempertahankan bahagian selatan negara.

Pada sekitar 4 Mei 1592, Yi Sun-Shin dan pasukannya telah belayar ke arah timur bagi bertemu dengan angkatan Jepun untuk bert3mpur buat pertama kalinya. Tiga hari kemudian, dengan menggunakan kapal p3rang (Panoksun) yang dilengkapi dengan 24 buah meriam di bahagian bawahnya bagi menentang angkatan Jepun, kemenangan telah berpihak ke atas Yi Sun-Shin dan pasukannya.

Pada Jun 1592, Yi Sun-Shin menghadapi konfrontasi kedua dengan angkatan Jepun, yang berlaku di Dangpo dan Sachon. Dan buat pertama kalinya, Yi Sun-Shin telah menggunakan kapal penyu Gobukseon yang dibinanya untuk menentang pihak Jepun. Gobukseon terbukti mampu menjadi kuasa pemusnah untuk menentang kapal musuh. Dan pihak Jepun sendiri terkejut dengan penggunaan kapal ini yang ternyata berjaya menangkis s3rangan musuh.

Pada Julai 1592, Yi Sun-Shin dan pihak Jepun bert3mpur buat kali ketiga di Laut Hansan. Di sini, beliau memperoleh kemenangan ke atas Jepun dengan menggunakan taktik Hakikjin, atau ser4ngan secara crane wing-shaped encircling. Walaupun Yi Sun-Shin dan angkatannya kehilangan 19 nyawa, mereka telah berjaya memusnahkan 59 buah kapal Jepun dan memb4n4h lebih 9000 orang tenteranya.

Dengan kemenangan ini, Yi Sun-Shin berjaya mendapatkan kawalan sepenuhnya ke atas laut selatan, sekaligus meranapkan impian Jepun untuk membuka laluan ke bahagian laut timur berdekatan dengan Hansung. Pada tahun 1593, selepas pert3mpuran di Laut Hansan, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Tongjesa, iaitu Komander Tertinggi Angkatan Laut untuk tiga wilayah.

Helah agen dua muka dan penahanan Yi Sun-Shin

Pihak Jepun yang mengalami kekalahan dalam p3rang mengambil kesempatan atas kemelut yang berlaku dalam kalangan pegawai istana dengan menghantar seorang agen dua muka bernama Yoshira untuk bertemu jeneral Joseon bernama Kim Gyeong Seo. Yoshira meyakinkan jeneral bahawa dia akan menjadi perisik kepada Joseon sehinggalah Kim percaya dengan semua kata-katanya.

Agen dua muka ini telah memberitahu Kim bahawa jeneral terkenal Jepun, Kato Kiyomasa akan bertolak dari pulau Tsushima menuju ke pelabuhan Busan bagi melakukan s3rangan di bahagian perairan selatan. Mesej ini telah dihantar kepada Raja Seonjo dan akhirnya perintah dikeluarkan agar Yi Sun-Shin bergerak ke kawasan tersebut bagi menangkap jeneral Jepun yang terkenal itu.

Walau bagaimanapun, Yi Sun-Shin yang mengetahui bahawa maklumat itu adalah palsu menolak perintah Raja Seonjo lalu membuatkan baginda murka. Raja Seonjo mengarahkan agar Yi Sun-Shin ditangkap dan dibawa ke Hansung. Di situ, beliau telah dis3ksa dan bakal dijatuhkan hukuman m4ti akibat melanggar perintah diraja.

Orang ramai mula membuat bantahan dan rayuan kepada raja, menyatakan bahawa Yi Sun-Shin tidak bersalah dan mengingatkan tentang jasanya dalam pertempuran dengan Jepun. Raja Seonjo akhirnya menggugurkan perintah hukuman m4ti dan mengarahkan Yi Sun-Shin dih4kum sekali lagi ke Baekuijongkun. Beliau sekali lagi berkhidmat sebagai tentera tanpa pangkat, dan mengembara hingga ke bahagian laut selatan bagi menyertai Kwon Yul, iaitu Ketua Komander Tertinggi.

Dalam perjalanannya, Yi Sun-Shin mendapat berita bahawa ibunya telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Ahsan. Ibunya dikatakan gembira dengan berita pembebasannya daripada p3njara dan belayar melalui jalan laut untuk bertemunya di Ahsan, namun akhirnya meninggal dunia. Yi Sun-Shin begitu sedih dengan berita kem4tian ibunya.

Kemusnahan angkatan t3ntera laut Joseon

Selepas penahanan dan penurunan pangkat Yi Sun-Shin, Won Kyun (laksamana yang melarikan diri) yang masih berjawatan komander tertinggi telah menggantikan Yi Sun-Shin sebagai Laksamana Komander bagi t3ntera laut Joseon. Won Kyun ini telah lama cemburu dengan kejayaan Yi Sun-Shin dan sentiasa menganggapnya sebagai musuh.

Pada 15 Julai 1597, selepas Yi Sun-Shin enggan melaksanakan perintah diraja untuk bertolak ke pelabuhan di Busan, Won Kyun membawa angkatan t3ntera laut bagi menyerang jeneral yang dikatakan berada di situ. Namun, angkatan t3ntera Jepun telah bersiap sedia dengan taktik yang tersusun rapi dan hanya menanti kedatangan t3ntera Joseon.

Akibatnya, seluruh t3ntera laut Joseon dihapuskan dan Won Kyun sendiri telah terb4nuh dalam pert3mpuran ini. Keadaan ini telah memusnahkan angkatan t3ntera laut yang telah dibina oleh Yi Sun-Shin selama bertahun-tahun, hanya dalam sekelip mata.

Pert3mpuran Myeongnyang

Setelah kekalahan yang memalukan dengan pihak Jepun, Raja Seonjo telah melantik semula Yi Sun-Shin sebagai Komander Tertinggi angkatan laut untuk tiga wilayah dan mengarahkan beliau untuk membina semula angkatan laut yang baru. Pihak Jepun pula telah mula bergerak ke arah ibu kota Hansung. Yi Sun-Shin telah mengumpulkan semula 13 buah Panoksun, dan mula melatih para kelasi dan t3ntera yang lain.

Pada 16 September, bersama angkatan t3ntera yang baru serta 13 buah kapal p3rang Panoksun, Yi Sun-Shin telah menyekat Selat Myeongnyang, dan berjaya menghalang kemaraan Jepun ke arah Hansung. Dengan hanya 13 buah kapal p3rang, beliau dan angkatan tenteranya melawan 133 buah kapal p3rang musuh. Pada akhir pert3mpuran, Yi Sun-Shin berjaya mempertahankan kapal p3rangnya dan menumpaskan lebih 30 buah kapal p3rang musuh dengan 4000 orang t3ntera musuh telah terk0rban.

Pert3mpuran Noryang

Pada 16 Disember 1598, Yi Sun-Shin yang mendapat bantuan daripada sahabatnya, iaitu Laksamana Chen Lin (Jin Ihn) dari Kerajaan Ming China telah meny3rang pihak Jepun yang membawa angkatan t3ntera bersama 500 buah kapal p3rang. Pihak musuh dalam perjalanan menuju ke bandar Soonchon.

Pihak Jepun dikatakan menuju ke bandar Soonchon ini bagi bergabung dengan pegawai mereka, iaitu Konishi Yukinaga yang telah membuat kubu kukuh di Soonchon. Akibat berada jauh daripada pasukannya yang lain, angkatan Konishi Yukinaga ini terpaksa bertemu semula dengan pasukan yang lain untuk kembali ke Jepun kerana pemerintah mereka, iaitu Toyotomi Hideyoshi telah meninggal dunia.

Pada malam tersebut, Yi Sun-Shin yang dibantu oleh angkatan t3ntera Ming, bersama 145 buah kapal p3rang telah membuat s3rangan mengejut ke atas angkatan Jepun yang mempunyai 500 buah kapal p3rang. Pertempuran begitu sengit. Dan di akhirnya, selepas menghapuskan lebih 200 orang t3ntera musuh, Yi Sun-Shin telah dit3mbak di bahagian dadanya.

Bimbang dengan semangat para t3nteranya, Yi Sun-Shin telah berpesan kepada anaknya, Yi Hoe serta anak saudaranya, Yi Wan;

“Tutup mayat aku dengan perisai. P3rang masih berlangsung. Jangan dedahkan kem4tianku.”

Sebaik sahaja beliau mengucapkan kata-kata itu, Yi Sun-Shin akhirnya meninggal dunia. Anak saudaranya, Yi Wan telah memakai baju besi milik Yi Sun-Shin dan meneruskan pert3mpuran demi membangkitkan semangat para tentera mereka. Pert3mpuran di Selat Noryang, seperti mana pert3mpuran yang lain, turut memberi kemenangan mutlak kepada pasukan Yi Sun-Shin. Dan kemenangan ini akhirnya telah menamatkan P3rang Imjin selama 7 tahun dengan pihak Jepun.

Mayat Yi Sun-Shin telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Ahsan, dan disemadikan di sebelah kubur ayahnya, iaitu Yi Jung. Kuil-kuil di seluruh Joseon telah melakukan upacara hormat bagi mengingati kem4tian Yi Sun-Shin. Seluruh rakyat Joseon telah meratapi kehilangan seorang lelaki hebat yang berk0rban demi mempertahankan negaranya.

Diari Laksamana.

Diari p3rang Nanjung Ilgi

Diari P3rang Yi Sun-Shin atau dikenali sebagai Nanjung Ilgi merupakan catatan diari peribadi milik Yi Sun-Shin yang telah ditulis antara tahun 1592 hingga 1598. Diari ini mencatatkan penerangan serta pengalaman beliau sepanjang pencerobohan Jepun ke atas Joseon serta strategi dan taktik yang dilakukan dalam p3p3rangan.

Diari ini telah disenaraikan dalam daftar Memory of the World Registry UNESCO dan merupakan khazanah milik Korea yang ke-76. Catatan asal Nanjung Ilgi mempunyai lebih kurang 205 halaman yang dibahagikan kepada 7 bahagian.

Ia memperincikan tentang kehidupan Yi Sun-Shin dalam kem t3ntera, strategi yang dilakukan, kempen t3ntera laut, nama serta jawatan pegawai kerajaan yang berinteraksi dengannya, maklumat cuaca dan geografi serta pemerhatian peribadinya terhadap apa yang berlaku dalam angkatan t3nteranya.

Setiap catatannya tidak bersambung, ada juga yang terhenti di pertengahan diari, yang mana pada waktu-waktu pep3rangan berlangsung, Yi Sun-Shin tidak dapat meneruskan catatannya.

Dalam satu catatannya, Yi Sun-Shin ada menyatakan tentang kebimbangannya terhadap bekalan makanan yang sedikit untuk angkatan t3nteranya pada musim sejuk. Melalui diari ini, dapat dilihat bahawa Yi Sun-Shin sentiasa mengambil berat akan keadaan angkatan t3ntera pimpinannya.

Diari p3rang ini telah digunakan secara meluas bukan sahaja di Korea, malah turut diaplikasikan di negara-negara Barat, yang menyanjung tinggi kehebatan Yi Sun-Shin dalam sejarah Korea.

Penghargaan buat Yi Sun-Shin

Selepas kem4tiannya, Yi Sun-Shin telah dianugerahkan pangkat sebagai Chungmugong, malah diletakkan dalam daftar sebagai Seonmu Ildeung Gongsin. Malah, jawatan terakhir beliau, iaitu sebagai Komander Tertinggi untuk tiga wilayah telah digunakan untuk semua komander yang lain dalam t3ntera laut sehingga tahun 1896.

Patung Yi Sun-Shin telah dibina di tengah-tengah kawasan Sejongno di Seoul dan juga berhadapan dengan Busan Tower di Busan. Malah, kisah Yi Sun-Shin ini telah banyak divisualkan melalui layar perak dan layar kaca menerusi drama seperti Immortal Admiral Yi Sun-Sin yang disiarkan di KBS, serta filem The Admiral: Roaring Currents.

Kesimpulan

Yi Sun-Shin adalah antara tokoh agung yang dihormati bukan sahaja di negaranya, malah turut dijulang namanya di negara-negara Barat yang lain. Beliau meninggalkan impak yang besar dalam catatan sejarah dan menunjukkan contoh bagaimana seorang lelaki harus memajukan diri demi keluarga, masyarakat dan negaranya.Yi Sun-Shin akan selamanya dikenang sebagai seorang perwira negara, seperti yang dicatatkan oleh pengkaji sejarah Korea:

 “Laut menangis, langit juga menangis ketika kem4tiannya. Dan seluruh rakyat Joseon meratapi kehilangan seorang lelaki yang hebat dan hero yang berk0rban demi tanahairnya.”

RUJUKAN:

Gilbert, M. J. (2007). Admiral Yi Sun–Shin, the Turtle Ships, and Modern Asian History. Education About Asia, 12(1), 29–35.

Kang, S. (2009). National Disgrace: Korea, Japan and The Imjin War. In Columbia East Asia Review (pp. 56–66).

Lee, K. (2015). Beyond Yi Sun-Shin and the Ming: The Performance of the Korean Army during the First Japanese Invasion of Korea, 1592-1598. In From Climactic Destruction to Economic Revitalization: Commerce, Disease and War in Eurasia, 1200-1900 (Vol. 6). Emory Endeavors in World History.

Lee, N. W., & Lee, J. E. (2014). A Brief Study of Yi Sun-Shin.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.