Laksamana Yi-Sun-Shin Dan Turtle Ship

325

1- Laksamana Yi Sun-Shin dilahirkan pada 28 April 1545 dan menemui ajal pada 16 Disember 1598, adalah merupakan seorang komander angkatan laut Korea yang terkenal dengan kemenangannya terhadap angkatan laut Jepun semasa perang Imjin di Dinasti Joseon. Beliau merupakan lagenda, dijadikan idola dan menjadi contoh bagi kedua-dua pihak samada dari Korea atau pun dari Jepun.

2- Walaupun beliau dIkatakan tidak pernah mempunyai latihan tentera laut sebelum ini, Laksamana Yi tidak pernah kalah di laut dan tidak pernah direkodkan bahawa beliau ada kehilangan walau satu kapal di bawah arahannya dari tindakan musuh.

Pengkaji sejarah tentera telah meletakkannya setaraf dengan Admiral Horatio Nelson sebagai salah satu komandan angkatan laut yang terbesar dalam sejarah. Gelaran Samdo Sugun Tongjesa, secara harfiah bermaksud “Panglima Angkatan Laut di Tiga Provinsi”, adalah gelaran yang telah digunakan untuk komander angkatan laut Korea sehingga tahun 1896.

3- Sepanjang kariernya, Laksamana Yi bertempur sekurang-kurangnya 23 pertempuran di laut yang seperti direkodkan oleh ahli sejarah, semuanya pertempuran dengan Jepun. Dalam kebanyakan pertempuran ini, beliau hampir dikalahkan kerana tidak mempunyai bekalan yang diperlukan dan mencukupi. Kemenangannya yang paling terkenal adalah di Pertempuran Myeongnyang, di mana jumlah kapal laut Jepun melebihi 133 buah kapal perang berbanding dipihak beliau dengan hanyalah 13 buah kapal perang sahaja.

4- Dalam pertempuran Myeongnyang ini beliau berjaya menyahdayakan atau memusnahkan 31 dari 133 kapal perang Jepun tanpa kehilangan satu kapal dipihak beliau. Laksamana Yi akhirnya meninggal dunia akibat luka tembakan di Pertempuran Noryang pada 16 Disember 1598. Pada penghujung nyawanya, karakter beliau sebagai pejuang dan Laksamana Agung angkatan laut Korea lebih menyerlah dengan mengunkapkan Kata-kata terakhir dengan lantang;

“Pertempuran ini sedang berlangsung hebat, Pukulah paluan gendang perang kita sekuat-kuatnya, jangan diumumkan kematian aku.”

Dia memberitahu anak saudaranya supaya memakai perisai baju miliknya dan menyembunyikan kematian beliau sehinggalah peperangan berakhir bagi mengelakkan angkatan perang laut beliau terjejas dari segi psikologi di tengah pertempuran.

5- Walaupun kejayaan beliau sering diabaikan dan tidak diperdulikan oleh kerajaan diraja Korea semasa hidupnya. Sudah menjadi lumrah dunia, selepas kematiannya pelbagai kepujian telah diberikan kepada beliau selepas itu, termasuk gelaran Chungmugong (Duke of Loyalty and Warfare), diberi pengiktarafan sebagai Seonmu Ildeung Gongsin (tentera merit kelas pertama semasa pemerintahan Seonjo), dan beberapa lagi gelaran yang boleh disamakan sebagai Yeonguijeong (Perdana Menteri), dan Deokpung Buwongun (Pangeran dari Deokpung). Lama kelamaan, Laksamana Yi diangkat menjadi pahlawan bertaraf nasional di Korea, dan kisahnya diceritakan, dibukukan dan difilemkan sehingga ke hari ini.

Kapal Penyu Korea

“KAPAL PENYU” INOVASI LAKSAMANA YI SUN-SHIN

1- Kapal Penyu disenjatakan dengan meriam di setiap sudut kapal. Ia mempunyai dua dek. Dek yang lebih rendah terdiri daripada pengayuh sementara dek atas terdiri daripada pakar meriam dan pemanah. Dengan dilengkapi bumbung yang diperbuat dari logam untuk melindungi para penembak dan pemanah serta melindungi anak kapal dari percubaan Jepun untuk menaiki kapal. Diatas bumbung pula diletakan logam seperti tanduk atau tombak tajam yang akan menyebabkan kematian yang mengerikan kepada mana-mana tentera Jepun yang berani melompat di atas kapal.

2- Kepala naga dihadapan kapal adalah cara untuk mempengaruhi musuh secara psikologis. Di dalam mulut naga pula adanya senjata yang boleh mengeluarkan api , oleh itu ia seolah-olah kelihatan seperti naga yang bernafas api. Sesungguhnya ini mempunyai kesan psikologi terhadap tentera Jepun.

3- Kapal Penyu dibina supaya boleh bergerak laju dan pantas. Ia direka untuk merempuh kapal-kapal musuh. Di bahagian depan kapal, ada kepala Naga yang dibina kukuh dan keras untuk merempuh kapal musuh sekiranya perlu. Senjata atau meriam dari mulut naga akan membakar pada masa yang sama ketika Kapal Turtle merempuh kapal musuh.

4- Amat malang bagi Korea selepas kematian beliau, Reformasi tentera laut Yi tidak berterusan dan hilang sejurus selepas kematiannya. Kapal penyu akhirnya hanya menjadi sebahagian sejarah Korea, mencapai status legenda yang ikonik hari ini. Keputusan kerajaan Joseon pada waktu itu untuk mengurangkan tentera terutama setelah kemunculan dinasti Manchu pada tahun 1630-an.

LAKSAMANA YI SUN-SHIN mencatat dan menyimpan rekod harian aktiviti beliau semasa menjadi laksamana dengan berhati-hati di dalam buku hariannya. Strategi perang bersama-sama dengan laporan yang dihantarnya ke pihak atasan beliau semasa peperangan tanpa gagal.

Berikutan itu kisah pertempuran beliau banyak telah dipelajari dan dikaji. Juga, direkodkan juga maklumat mengenai kapal-kapal penyu hasil inovasi beliau ditulis didalam buku hariannya. Karya-karya ini telah diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris diberi judul Nanjung Ilgi: Diari Perang Laksamana Yi Sun-sin, dan Imjin Jangcho: Admiral Yi Sun-sin Memorial.

Sumber:
1- Admiral Yi Sun-sin – A Korean Hero. http://www.e-sunshin.com/eng/index.htm
2- Yi Sun-shin. https://www.britannica.com/biography/Yi-Sun-shin
3-Republic of Korea Navy Official Website.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.