Laksamana Cheng Ho: Penyatu Empayar China Dan Melaka

481

https://bit.ky/kombowww

Zheng He (juga dikenali sebagai Cheng Ho) merupakan salah seorang laksamana paling masyhur dalam sejarah China. Namanya ditempa menerusi perlayaran-perlayaran meredah samudera luas yang diketuai oleh beliau.

Perlayaran-perlayaran yang sebahagian besarnya dibiayai oleh Maharaja Yongle ini bertujuan untuk meluaskan kekuasaan dan kekayaan Dinasti Ming. Ada juga sejarahwan yang berpendapat perlayaran ini dilakukan  oleh maharaja Ming, Yongle, itu sendiri.

Namun, berikutan cara kenaikan takhta Maharaja Yongle, diandaikan bahawa perlayaran-peralyaran ini dilakukan maksud yang lebih j4h4t. Namun sebelum mendalami hal itu, kita perlu terlebih dahulu melihat lelaki yang mengetuai perlayaran-perlayaran itu, laksamana Zheng He.

LATAR BELAKANG ZHENG HE

Zheng He dilahirkan pada tahun 1371 sebagai seorang Hui-Muslim di Yunnan. Nama sebenarnya adalah Ma He. Pada tahun 1378, daerah Yunnan dikuasai oleh t3nt3ra Ming yang ketika itu sedang menghapuskan saki-baki penyokong Dinasti Yuan. Tiga tahun kemudian, iaitu pada 1381, Zheng He dit4ngk4p dan dihantar ke Nanjing.

Di sana, beliau dik3mb1ri dan kemudian, beliau dihantar ke Beiping (Beijing moden) untuk menumpahkan khidmat kepada Putera Yan. Sepanjang perkhidmatannya, Zheng He memperagakan kecekapan dalam mengetuai pasukan perang.

Berkat kesetiaan dan bakat kepimpinan yang beliau miliki, Zheng He kemudian dijadikan sebagai salah seorang orang kepercayaan Putera Yan.

Pada Ogos 1399, Putera Yan melancarkan pember0nt4kan terhadap Maharaja Jianwen, iaitu maharaja ke-2 Dinasti Ming yang juga merupakan anak saudaranya. Pember0nt4kan tersebut berhasil mencapai tujuannya dan pada tahun 1402, beliau menabalkan diri sebagai Maharaja Yongle.

Tugu Laksamana Zheng He (Muzium Maritim Quanzhou)

ARMADA KHAZANAH

Dalam catatan-catatan sejarah rasmi, disebutkan bahawa Maharaja Jianwen hilang dalam keb4k4ran yang meranapkan istana. Namun, ada juga yang berpendapat beliau terselamat dan membawa diri ke Asia Tenggara.

Oleh kerana itu, lahir spekulasi kononnya perlayaran-perlayaran Zheng He yang dibiayai oleh Maharaja Yongle adalah bermaksud untuk mencari dan menamatkan riwayat bekas maharaja itu.

Walau bagaimanapun, sejarahwan sependapat menyatakan bahawa matlamat utama perlayaran tersebut adalah untuk memperagakan kekuasaan dan kekayaan Dinasti Ming kepada seantero dunia.

Tugu Zheng He di kuil Sam Po Kong, Semarang, Indonesia

Maka pada tahun 1403, Maharaja Yongle menitahkan pembinaan ‘Armada Khazanah’. Selain kapal-kapal dagang, antara yang turut dibina adalah kapal-kapal p3r4ng dan kapal-kapal sokongan. Kapal paling besar dipercayai berukuran 400 kaki (121.9 meter) panjang dan 186 kaki (56.7 meter) lebar. Sebagai perbandingan, geladak kapal Santa Maria milik Christopher Columbus hanya sepanjang 58 kaki (17.7 meter) sahaja.

Perlayaran pertama dari tujuh perlayaran secara keseluruhan diberangkatkan pada tahun 1405, dengan melibatkan lebih 27 870 orang anak kapal dan 317 buah kapal. Selain kru kapal, antara yang turut menganggotai ekspedisi ini adalah golongan kerani, penterjemah, tentera, karyawan, tabib, dan ahli falak. Kargo yang dibawa pula kebanyakannya adalah barangan mewah, seperti sutera, porselin, dan perhiasan emas dan perak.

Lukisan yang menggambarkan kapal-kapal Zheng He

PERLAYARAN-PERLAYARAN ZHENG HE

Perlayaran pertama ini membawa Armada Khazanah ke Calicut yang terletak di barat daya India. Di sana, rempah-ratus seperit buah pelaga, kayu manis dan lada hitam dibeli dengan kuantiti yang banyak.

Sebelum tiba d Calicut, Zheng He dan armadanya terlebih dahulu singgah di beberapa buah tempat di Asia Tenggara, seperti Champa (selatan Vietnam), Siam (Thailand), Melaka, dan Tanah Jawa. Dalam perjalanan pulang ke China pula, mereka sempat berkunjung ke Ceylon (Sri Lanka).

Pada tahun 1407, Armada Khazanah selamat tiba di China. Bukan hanya rempah-ratus sahaja yang dibawa pulang. Utusan-utusan daripada kerajaan lain juga ikut tumpang armada tersebut dan memberi kunjung hormat kepada Maharaja Ming. Tidak tinggal juga ada yang mengedepankan ufti bagi menjalinkan hubungan dua hala dengan Dinasti itu.

Sepanjang tempoh 1408 hingga 1433, Zheng He mengadakan rundingan dagang dengan kerajaan-kerajaan asing, mem3r4ngi lanvn yang membuat onar, menggvl1ngkan raja z4l1m, dan membawa pulang ramai utusan dari pelbagai kerajaan yang masing-masing mengajukan bayaran ufti kepada Ming.

Peta Kangnido (1402) yang bertarikh lebih awal dari perlayaran-perlayaran Zheng He dan mengisyaratkan bahawa beliau mempunyai maklumat geografi yang terperinci tentang Dunia Lama

Zheng He menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1433. Sebahagian sejarahwan berpendapat beliau men1ngg4l dunia semasa berada di Calicut. Ada pula yang menyatakan beliau dijemput 4j4l semasa dalam perjalanan pulang ke China dan ada juga yang mengandaikan beliau sempat sampai di China.

PEMERGIAN ZHENG HE

M4k4m Zheng He, Nanjing, China

Pewarisnya, iaitu Hongxi, mengenepikan sama sekali ekspedisi lautan Zheng He. Hanya pada zaman pemerintahan Xuande si cucu Yongle, barulah laksamana Ming itu berpeluang menyudahkan perlayaran terakhirnya, perlayaran ketujuh.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas pemergian beliau, catatan-catatan sejarah yang memerihalkan tentang sosok peribadi dan kisah perlayarannya banyak dihapuskan. Bahkan, hampir kesemua perlayaran beliau hanya dilakukan semasa era Maharaja Yongle yang m4ngk4t pada tahun 1424.

Walaupun pengaruhnya seakan-akan sirna tidak lama selepas pemergiannya, nama Zheng He terus dikenang sebagai tokoh bangsa dalam kalangan masyarakat China di Asia Tenggara.


Monumen Zheng He, Melaka, Malaysia

RUJUKAN:

Wu Mingren. (28 Disember 2015). Zheng He: Famous Chinese Explorer who Added Wealth and Power to the Ming Dynasty. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/zheng-he-famous-chinese-explorer-who-added-wealth-and-power-ming-dynasty-020680

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.