Laknat Ular dan Kelawar Terhadap China

9,061

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebuah podium konkrit berjubin perang telah didirikan di pertengahan bandaraya Wuhan. Disitulah berdirinya tugu putih Mao Zedong yang sambil memegang topi selamanya berlambaian kepada pelajar-pelajar Universiti Sains dan Teknologi Huazhong. Adanya beliau di situ boleh dilihat seolah-olah kebanggaan juga, dimana peringatan beliau sedang memberikan semangat supaya rakyatnya membuktikan eksperimen komunisme beliau lebih relevan berbanding usaha Vladimir Lenin.

Namun tidak sampai sejam mengharungi Lebuh Guanshan daripada tugu peringatan ini, terletaknya sebuah pasar basah berpapan tanda biru yang tertulis Wuhan Huanan Haixian Pifa Shichang.

Juga digelar syurga makanan bagi pelancong-pelancong Wuhan, disinilah realiti memacak khemahnya sebagai neraka duniawi. Seramai 655 orang (daripada 12 Disember 2019 sampai 23 Januari 2020) disahkan menghidapi suatu virus korona yang berasal daripada pasar ini.

Selalunya ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran dijual dengan penuh tenaga di pasar-pasar basah dunia. Namun Pasar Makanan Laut Huanan ini menjual haiwan-haiwan eksotik untuk dibuat makanan (AFP, 2020). Sebanyak 112 barangan disenaraikan dalam perancangan penghargaan Huanan. Antaranya ialah buaya, cicak, landak, merak, tikus dan ular. Terdapat juga pemborong yang menawarkan anak serigala, rubah kecil dan musang hidup. Sudah tentunya babi pun dijaja sekali. Dipercayai koala pun dijual juga.

Contoh: Musang Asia (Getty)
Contoh: Pasar Basah Guilin, China (SCMP)

Dis3mb3lih di situ dan dibekukan jika tidak perlu. Tidak cukup dengan itu, neraka duniawi ini turut dihantar ke pintu rumah penduduk. Penutupan pasar tersebut tidak cukup untuk menyembunyikan realiti, bahawasanya mereka amat gemar memakan haiwan-haiwan eksotik. Saban hari sehingga tahun, bukan makanan sahaja yang mengetuk pintu. Kedudukan bandaraya Wuhan yang amat strategik menghubungkan beberapa bandaraya besar sebagai pusat perdagangan penting.

Kredit: SCMP

Daripada Wuhan ke Beijing dan Shanghai sebelum merebak ke seluruh dunia, menyeberangi laut untuk menyusahkan lebih daripada 10 negara. Malaysia sahaja belum terkena lagi (sehingga 23 Januari 2020) selepas ujian makmal mengesahkan bacaan negatif (Tang & TImbuong, 2020).

Namun Malaysia berada dalam risiko besar, kerana Singapura dan Thailand sudahpun disahkan terkena. Dengan penularan Influenza A lagi, kedatangan 2019-nCoV yang tidak diduga tentu sekali akan meletakkan bebanan besar terhadap rakyat Malaysia. Dan asal-usul virus ini selain daripada pemahaman umum sudah cukup untuk menceritakan tentang cara hidup bangsa China di Wuhan. Seperti sedia maklum, 2019-nCoV berputik daripada pasar ini barangkali daripada sup-sup kelawar yang dijaja secara terbuka.

Para saintis mengatakan bahawa jalur (viral strain) 2019-nCoV mempunyai hubungan rapat dengan virus yang ada hanya pada kelawar buah (Mullin, 2020). Malah lebih dahsyat lagi, penemuan sedemikian juga dibuat bagi menjelaskan asal-usul Ebola.

Contoh Pemakanan Sup Kelawar (Douyin)

Selain daripada sup kelawar, asal-usul 2019-nCoV turut dijejak daripada ular tedung Cina (CNN Health, 2020).

Spesis Bungarus multicintus setepatnya merupakan jenis yang amat berbisa, tetapi teknik yang betul boleh mem4tikan b4h4y4nya sekaligus memudahkan masakan sup.

Sup Ular Cina (SCMP)

Namun menggunakan sentimen kemanusiaan dalam hal ini, isu pemakanan sahaja tidak boleh ditunggang untuk menghukum Wuhan. Sungguhpun begitu, 2019-nCoV bukanlah virus pertama yang merebak angkara pemakanan sumbang China. Sekitar 2002-2004 pula, dunia dibadai dengan wabak SARS yang tercetus angkara punca misteri.

Setelah diteliti dengan mendalam, atas pakatan pakar virologi yang menggunakan perbelanjaan begitu besar, punca misteri tersebut berjaya dirungkaikan:

Perangai rakyat China yang memilih kesedapan tekak sendiri berbanding keselamatan manusia sejagat.

RUJUKAN:

AFP. (2020, January 22). On the menu at China virus market: rats and live wolf pups. AFP. Retrieved from https://www.afp.com/en/news/826/menu-china-virus-market-rats-and-live-wolf-pups-doc-1o507z1

CNN Health. (2020, January 23). Snakes could be the source of the Wuhan coronavirus outbreak. CNN Health. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/01/22/health/snakes-wuhan-coronavirus-outbreak-conversation-partner/index.html

Mullin, G. (2020, January 22). Traced K**ler coronavirus could have come from BATS – like SARS dan Ebola viruses before it. The Sun UK. Retrieved from https://www.thesun.co.uk/news/10793267/coronavirus-bats-sars-ebola-viruses/

Tang, A. & Timbuong, J. (2020, January 23). Health Ministry: Four suspepected cases test negative for Wuhan virus (updated). The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/23/health-ministry-three-suspected-cases-negative-for-coronavirus-one-still-pending

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.