2 minggu ni hangat pasal Perancis.

Bukan pasal Emily in Paris, tapi kes pembvnvhan Samuel Paty serta kesan-kesannya.

Nak faham isu ini, kena faham dulu konsep yang dipanggil ‘laïcité’.

Bagi yang dah lost atau tak follow isu ini, ini ceritanya:

Ada seorang guru bernama Samuel Paty tunjuk kartun menghina Rasulullah S.A.W. (yang diterbitkan oleh majalah Charlie Hebdo) dalam kelasnya

Paty ada mintak pelajarnya yang beragama Islam, yang mungkin rasa tak selesa dengan tindakan tersebut untuk keluar dari kelas.

Tapi, bila kejadian itu tersebar, Paty dibvnvh pada 16 Oktober, oleh seorang imigran Muslim dari Chechen yang marah dengan tindakannya.

Suspek kemudian m4ti ditembak oleh polis.

Tindakan Paty memang mengundang, tapi dia pun bukan saja-saja nak buat lawak bodoh atau nak viral.

Paty ialah seorang guru subjek ‘civics’.

Civics ni ajar pasal asas-asas negara, termasuk perlembagaan, ‘rukun’ negara dan sebagainya.

Salah satu rukun negara Perancis, selain kebebasan (liberté), kesamarataan (égalité) dan persaudaraan (‘fraternité’) adalah ‘laïcité’.

Laïcité ni bukan sejenis laici. Ia merujuk kepada pemisahan agama dari ruang awam (public sphere).

Ruang awam tu macam bangunan kerajaan, sekolah, taman awam.

Di bawah rukun ini, segala display simbol atau identiti agama di ruang awam adalah dilarang . Agama adalah hal peribadi yang hanya boleh diamalkan dalam rumah, secara sulit.

Laïcité ni kira macam sekularisme. Tapi sekularisme yang biasa bersifat neutral terhadap agama (macam di US, Canada), laïcité pula hampir tahap memusuhi agama.

So apa kaitan laïcité, civics, dan Samuel Paty?

Bagi kebanyakan orang Perancis, kebebasan bersuara merangkumi kebebasan mengutuk agama.

Sebab selain institusi negara, tiada benda lain yang dianggap kudus. Laïcité termasuk hak untuk melanggar agama.

Jadi mereka mempertahankan kartun Charlie Hebdo yang bukan saja memperolok-olokkan agama Islam tetapi juga agama Katolik dan Judaisme (agama Yahudi).

Malah kartun Charlie Hebdo ni memang dah lama ada dalam sukatan pelajaran, bukan idea Paty sendiri.

Laïcité lahir pada era Revolusi Perancis (1789-1799). Waktu itu, Perancis menganut Katolik yang tertakluk pada autoriti Pope di Vatican. Revolusi melahirkan Republik Perancis yang menggulingkan raja (penaung agama Katolik), jadi secara automatik republik menjadi musuh Pope.

Kepercayaan kepada agama justeru dianggap boleh memecahkan kesetiaan rakyat Perancis terhadap negara dan mengancam kelangsungan hidup republik. Itu mendorong pemimpin revolusi mencipta ‘Cult of the Supreme Being’ bagi mengurangkan pergantungan rakyat kepada agama asing.

Dan undang-undang laïcité mula diguna pakai secara rasmi pada tahun 1905. Disebabkan ada pemahaman laïcité ini yang unik ini, kat Perancis, hina agama tu tak apa, tapi kalau hina simbol negara macam bendera baru akan dikenakan denda atau penjara.

Bagi rakyat yang dah bergenerasi hidup di Perancis, mereka tak ada masalah sangat dengan laïcité. Samada dah biasa or pasrah. Paling2 pun passive aggressive. Macam biarawati (nun) Katolik sana ada yang sengaja pakai pakaian agama ke tempat awam, kena tegur baru tanggal.

Tapi bagi imigran baharu, laïcité = masalah, terutamanya bagi imigran dari tempat yang lebih konservatif dalam beragama. Chechen misalnya. Kemasukan imigran Muslim yang makin ramai membawa kepada far-right macam Parti Front National (FN) yang kini diketuai oleh Marine Le Pen.

Far-right ni nak tunjuk diorang ni ultra-laïcité. Dan Muslim menjadi bogeyman bahawa laïcité di bawah ancaman. Pada tahun 2011, Perancis jadi negara Eropah pertama yang melarang niqab/burka atas alasan untuk memelihara tradisi laïcité mereka.

Selepas serangan ISIS di Paris pada 2015 (puncanya kartun Charlie Hebdo juga). FN merancakkan lagi retorik anti-Islam. Le Pen nak kawal kemasukan imigran Muslim dan melarang Islam diamalkan secara meluas. Bukan setakat niqab, burka, burkini. Hijab biasa pun dia pertikatikan.

Tapi FN berjaya dihalang oleh parti baharu bernama Le République En Marche (LREM) yang diasaskan oleh Emmanuel Macron pada tahun 2016. Macron tak setuju dengan FN yang bersifat ‘Islamophobic’. Sebaliknya Macron ambil pendekatan yang lebih terbuka kepada Muslim.

Macron mengalu-alukan imigran Muslim, cuma dia nak mereka ‘berintegrasi’. Macron menang dalam pemilihan presiden tahun 2017, mengalahkan Le Pen.

Tapi selama 3 tahun ini, Macron pun tak bebas daripada kontroversi dasar yang melibatkan Muslim. Antaranya cadangan Macron untuk melarang semua bentuk homeschooling bermula tahun 2021, termasuk pendidikan vernakular Muslim macam madrasa swasta.

Alasan dia nak integrate Muslim ke dalam masyarakat Perancis. Jadi pendidikan Islam kena kena ikut sukatan kurikulum yang diluluskan oleh kerajaan.

So apa saja ajaran yang tak menepati prinsip laïcité atau rukun-rukun negara Perancis yang lain, dianggap haram. Negara > agama.

Kali ini, tindakan Macron memberi penghormatan tertinggi kepada Paty yang m4ti dibvnvh dianggap sebagai pengiktirafan tindakan Paty. Tapi dari sudut pandang Macron, dia beri penghormatan sebab Paty maut mempertahankan asas negara Perancis iaitu laïcité.

Tapi dari sudut pandangan laïcité dia, Macron tak nampak apa yang tak betul dengan kenyataannya. Dia nak rakyat Perancis Muslim meletakkan kesetiaan tertinggi kepada negara. Bagi dia, pembvnvh Paty ialah ‘radical Islamist’. Kalau Muslim tak ‘radikal’, maka tak jadi macam tu.

Ibarat kata sesiapa yang tak dapat terima penghinaan adalah ‘Muslim radikal’, bukan warga Perancis yang baik. Bukan bermaksud tindakan membvnvh Samuel Paty betul. Salah tetap salah. Cuma for every action, there is an equal and opposite reaction.

Melihat kepada tragedi demi tragedi yang berlaku di Perancis yang berpunca daripada Charlie Hebdo, mungkin dah sampai masa Perancis untuk menyemak semula doktrin laïcité-nya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.