Disebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sabah dan kerisauan dengan meningkatnya kes j4ngkitan Covid-19, media sosial sekali lagi dihebohkan apabila seorang calon dari sebuah parti yang bertanding bagi DUN Segama, Lahad Datu dengan celupar mempersenda peristiwa Tanduo yang terjadi 7 tahun lepas sebagai hanya satu sandiwara dan lakonan semata.

Penghinaan berkenaan tidak terhenti disitu sahaja, beliau yang juga merupakan bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan turut mengatakan pasukan pert4hanan kita pada ketika itu memasuki lokasi yang dikatakan terjadinya pert3mpuran beserta kereta kebal dan hanya bert3mpur dengan ayam dan anjing sahaja, bukannya pengg4nas Sulu Filipina seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Pemeriksaan ketat sewaktu pencerobohan Tanduo dahulu. Kredit foto Astro Awani.

Sebagai antara mereka-mereka yang terkesan secara tidak langsung dengan tr4gedi berkenaan penulis terpanggil untuk mengulas isu ini bagi menjelaskan duduk perkara yang sebenar agar peristiwa duka ini tidak sewenang-wenangnya menjadi modal politik murahan mana-mana calon yang bertanding tanpa mengira parti yang mereka wakili.

Isu ini merupakan isu keselamatan dan kedaulatan negara, menyentuh sensitiviti ramai pihak khasnya ahli keluarga yang masih meratapi kehilangan anggota keluarga yang bertugas sebagai pasukan keselamatan pada ketika itu.

Krisis penc3robohan di Pantai Timur Sabah mula mendapat perhatian utama apabila dua ny4wa anggota komando VAT69 reb4h sebagai bunga bangsa yang mempertahankan kedaulatan bumi pertiwi daripada dikacau oleh petualang. Berikut penulis rangkumkan serba ringkas kronologi peristiwa hitam yang terjadi seawal 09 Febuari 2013 itu.

Pada 09 Febuari 2013 sekumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pa4ncung dan menjadikan Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai lokasi untuk mereka berkumpul secara berperingkat.

Kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Sulu menceroboh secara berperingkat

Namun demikian pada 11 Febuari sebahagian daripada anggota kumpulan misteri itu telah dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam. Bertindak atas kehadiran kumpulan yang mencurigakan itu kumpulan nelayan tersebut segera membuat laporan polis mengenai kehadiran 100 orang lelaki berpakaian ala t3ntera dan bers3njata 4pi yang kini berada di Kampung Tanduo.

Berkemungkinan tersedar pergerakan mereka telah dihidu, pada 12 Febuari kumpulan yang masih tidak dikenali siapa dan apa tujuan sebenar mereka itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung tempat mereka berkumpul iaitu di kawasan sungai bakau, surau dan rumah antara perancang utama pada tr4gedi Tanduo, Ahmad Malandi atau dikenali sebagai Mad Bon.

Pada tanggal 14 Febuari segala teka-teki akhirnya terjawab apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah itu sebagai pengikut kepada pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Tan Sri Ismail turut berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Ask4r Diraja Kesultanan Sulu dan antara keinginan utama mereka adalah tidak mahu PATI Sulu dari Filipina dihantar pulang ke negara asal. Beliau cuba mengambil jalan rundingan dengan pihak bers3njata bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan d4rah.

Salah seorang daripada anggota t3ntera Diraja Sulu yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipetik sebagai berkata mereka datang selepas mendapat jemputan daripada pihak tertentu bagi membincangkan isu tanah di Sabah.

Perdana Menteri pada ketika ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan mengambil apa sahaja pendekatan termasuk melalui perundingan, bagi mengusir kumpulan ini keluar dari wilayah Malaysia.

Pada tanggal 16 Febuari Menteri di Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berusaha menenangkan rakyat khasnya penduduk di daerah terlibat dengan mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan milit4n atau pengg4nas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi pada masa itu adalah terkawal.

Berusaha menenangkan rakyat khasnya penduduk di daerah terlibat dengan mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan milit4n atau pengg4nas

Kumpulan yang juga mahu dikenali sebagai ‘Ask4r Diraja Kesultanan Sulu’ antara lain menuntut Sabah dikembalikan sebagai sebahagian daripada Wilayah Kesultanan Sulu, kerana kononnya sebelum ini telah diambil oleh British dari kerajaan Sulu dan wajib dikembalikan semula kepada mereka.

Pada 18 Febuari Hishammuddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia dan Filipina senatiasa bekerjasama dalam memastikan konflik segera selesai dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan da4rah.

Bagi menunjukkan komitmen pada kerjasama yang dijanjikan pada 24 Febuari kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan yang terdiri daripada 180 orang anggota termasuk 30 pengawal bers3njata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu namun tidak mendapat respon yang diharapkan.

Pada 26 Febuari tempoh pengusiran telah tamat namun pendekatan rundingan masih diambil terhadap kumpulan penceroboh itu dengan harapan mereka bertukar fikiran dan pertumpahan d4rah dapat dielakkan.

Pada 28 Febuari setelah lebih tiga minggu berlalu kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah.

Gesaan tersebut dilakukan oleh adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan bahawa hanya abangnya sahaja yang boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘t3ntera diraja Sulu’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

Malangnya pada 1 Mac 2013 pert3mpuran telah tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penc3roboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, pertumpahan d4rah yang cuba dielakkan akhirnya terjadi juga. Dua anggota pasukan keselamatan telah terkorb4n serta tiga lagi c3dera. Dalam perte3mpuran pertama ini dua belas orang penc3roboh bers3njata terbvnuh.

Gugurnya dua pahlawan di medan tempur. Kredit foto Dunia Itu.

Pada 2 Mac 2013 dua j3nazah bunga bangsa yang telah gugur di medan t3mpur, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorb4n dalam pert3mpuran pertama penc3roboh bers3njata di Lahad Datu tiba di Pangkalan T3ntera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 12.43 tengahari. J3nazah Inspektor Zulkifli Mamat selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Kampung Gong Bayor, Jerteh, Terengganu sementara j3nazah Koperal Sabarudin Daud dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Masjid Makmuriah di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar, Selangor.

J3nazah Inspektor Zulkifli Mamat tiba di Subang. Kredit foto Astro Awani.

Pada hari yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada ketika itu telah melawat dua anggota komando yang c3dera iaitu anggota komando polis, Koporal Mohd Tarmizi Hashim, berusia 32 tahun, dan Koporal Azman Ampong, berusia 39 tahun, di Hospital Lahad Datu.

Musa Aman melawat anggota k0mando yang c3dera. Kredit foto mstar.

Malangnya pada 3 Mac 2013 pencerobohan telah melarat ke daerah Semporna. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan pert3mpuran sengit telah terjadi di Semporna dengan 12 kem4tian daripada kalangan pihak penc3roboh ‘Kesultanan Sulu’. Namun m4langnya enam lagi anggota polis telah gugur dalam pert3mpuran mengejut ini. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna.

Enam lagi anggota keselamatan maut dalam serangan hendap di kampung Simunul, Semporna. Kredit foto Veteran ATM.

Pihak polis turut berjaya menyelamatkan 19 orang anggota nya yang terperangkap termasuk seorang wanita yang terc3dera dalam insiden t3mbakan rambang sebelum dihantar ke hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian berasingan salah seorang daripada anggota pengg4nas yang turut terlibat dalam kejadian t3mbak-m3nembak dilaporkan berjaya menyelinap keluar dari kampung Simunul dan menyusur jalan pantai sebelum tiba ke kampung Sinalang Lama. Pengg4nas terbabit telah bertindak men4wan seramai 80 orang penduduk kampung dan memaksa mereka untuk berjalan ke sebuah masjid.

Namun 20 orang daripada pemuda kampung yang turut menjadi tebvsan dalam kumpulan itu segera bertindak meny3rang pengg4nas berusia 60 an yang dilengkapi senjata M16 dan pelancar roket dan membelas4hnya sehingga m4ti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad mahukan satu tindakan lebih tegas dikenakan ke atas para pence3oboh yang telah membvnuh ramai pasukan keselamatan negara.

Pada 4 Mac 2013, J3nazah Supritendan Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas Ibu Pejabat Daerah Semporna, Sarjan Baharin Hami dari cawangan khas Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau, Koperal Salam Togiran dari Ibu Pejabat Daerah Tawau dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am Tawau dibawa ke kampung masing-masing.

J3nazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan T3ntera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie. J3nazah mereka tiba pada jam 7 petang.

Presiden Filipina Benigno Aquino III telah mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbiran beliau akan meneruskan membantu menyelesaikan penc3robohan di Sabah melalui jalan keamanan pada sebuah sidang media di Manila.

Akhirnya pada tanggal 05 Mac 2013, tepat jam 7 pagi, operasi dikenali sebagai Ops Daulat telah dilancarkan. Pasukan keselamatan melakukan s3rangan ke Kampung Tanduo setelah penduduk kampung disana dipindahkan terlebih dahulu di kawasan perlindungan berhampiran. Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyifatkan s3rangan tersebut sebagai “menjaga maruah dan kedaulatan negara”.

4 jam selepas s3rangan dilancarkan, tepat jam 11 pagi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah mengadakan sidang media bersama Panglima Angkatan T3ntera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Beliau menyifatkan Ops Daulat telah mencapai objektif yang ditetapkan.

Sidang media dibuat setiap beberapa jam oleh Tan Sri Ismail Omar dan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Kredit foto mstar.

Tiga jam selepas itu iaitu pada pukul 2 petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan berita baik bahawa tiada kem4tian dan kec3deraan berlaku pada pihak pasukan keselamatan. Operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan pada pukul 4 petang kerana pihak polis percaya masih ada mvsuh di kawasan berlaku pert3mpuran. Namun pihak polis masih belum mengesahkan jumlah kem4tian, kece3deraan atau t4ngkapan di pihak anggota kumpulan penc3roboh bers3njata itu.

Pada tanggal 06 Mac 2013,  Satu sidang media bersama telah diadakan diantara Menteri Pert4hanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam sidang media ini mereka telah mengesahkan terdapat seramai tiga belas m4yat pengg4nas dari Selatan Filipina ditemui di Kampung Tanduo susulan operasi penggeledahan termasuk seorang pengg4nas yang dit3mbak m4ti dalam satu pert3mpuran pada pukul 6.45 pagi hari Rabu.

Sembilan daripada tiga belas m4yat itu ditemui dalam sebuah kvbur. Polis juga turut berjaya menahan empat lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penc3roboh yang berjaya ditvmpaskan di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

Pada tanggal 07 Mac Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Sulu, mengumumkan gencatan s3njata berkuatkuasa pukul 12.30 tengahari, menerusi jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Jamalu Kiram III mengumumkan gencatan senjata namun tidak dilayan kerajaan Malaysia. Kredit foto GMA network.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Lahad Datu, telah menolak gesaan gencatan s3njata dan mahu mereka meletakkan s3njata tanpa syarat serta menyerah diri. Pada hari yang sama beliau turut mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah bermula dari daerah Kudat sehingga ke Tawau. Kawasan itu turut merangkumi daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

Tan Sri Ismail Omar juga turut mengesahkan seramai  52 orang pengg4nas Sulu termasuk ketua kumpulan itu yang berpangkat ‘jeneral’, telah terbvnuh dalam Ops Daulat buat masa berkenaan. Dalam masa yang sama seluruh negara turut digemparkan dengan pendedahan tindakan penc3roboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah menc4catkan anggota pasukan keselamatan negara yang t3rbunuh dipert3mpuran di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

Pada tanggal 08 Mac 2020 Tan Sri Ismail Omar mendedahkan lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pence3oboh milit4n di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas/SOSMA) 2012. Mereka turut mnerima laporan kumpulan pengg4nas dari Selatan Filipina yang menc3roboh Sabah dan berkubu di dua buah kampung berhampiran Lahad Datu masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri dan meletak senjata. Oleh itu gerakan membvru saki-baki pengg4nas masih diteruskan.

Balu Allahyarham Inspektor Zulkifli. Kredit foto mstar.

P4nglima Angkatan T3ntera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula masih menunggu makluman dari Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penc3roboh sama ada akan menyerah diri dan meletak s3njata tanpa syarat.

Pada tanggal 09 Mac 2013 keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun masih kedengaran beberapa siri l3tupan dilepaskan di tapak pert3mpuran selepas 24 jam tiada pert3mpuran dilaporkan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar turut mengesahkan bahawa seorang penc3roboh dit3mbak m4ti pada jam 8 pagi. Jumlah penc3roboh yang dit3mbak m4ti meningkat seramai 53 orang manakala seramai 79 orang suspek telah dit4ngkap.

PENUTUP

Demikian “sedikit-sebanyak” ringkasan kronologi yang mampu penulis nukilkan. Kejadian berkenaan masih berbekas dan meninggalkan p4rut yang pasti tidak akan mampu dilupakan sampai bila-bila khasnya bagi penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah terutamanya penduduk di daerah Lahad Datu dan Semporna.

Sebagai menghargai jasa pahlawan negara yang telah gugur kesemua mereka telah dianugerahkan kenaikan pangkat. Inspektor Zulkifli dinaikkan pangkat ke ASP sementara Koperal Sabaruddin kepada Sarjan.

Enam lagi wira Supritendan Ibrahim lebar kepada ACP, ASP Michael Anak Padel kepada DSP, Sarjan Abdul Aziz Sarikon kepada Sarjan Mejar, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran kepada Koperal,Sarjan Baharin Hamit kepada Sarjan Mejar dan Koperal Salam Tugiran kepada Sarjan.

Tidak dilupakan kepada dua anggota Angkatan T3ntera Malaysia Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam pertempuran dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya sewaktu bertugas ketika penc3robohan Tanduo. Kedua-duanya dinaikkan pangkat kepada Koperal.

Penulis masih ingat, bagaimana sewaktu kejadian ini berlaku, penduduk kampung ditempat penulis tinggal sedia memberikan kerjasama, bahu-membahu dengan anggota keselamatan membina benteng guni berisi tanah di pos-pos kawalan pasukan keselamatan dan laluan strategik pertahanan kawasan kampung. Pejabat pentadbiran, sekolah dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan dari beroperasi .

Kampung Tanduo hari ini. Kredit foto Berita Harian.

Walau dalam hati terselit sedikit rasa gentar kerana tidak pernah menghadapi situasi sebegitu mencemaskan seumur hidup, namun melihat keazaman pasukan keselamatan yang sedia berkorb4n dan merelakan ny4wa mereka melayang bila-bila masa sahaja membuatkan kami juga turut membulatkan tekad dan senantiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Waktu-waktu seperti ini barulah kita akan benar-benar menghargai detik-detik keamanan yang selama ini kita capai namun kini sedang bersedia untuk direntap tanpa rela dari genggaman kita.

Seharusnya sebagai salah seorang penduduk dari daerah yang terkesan secara langsung dengan kejadian ini, calon daripada parti terbabit seharusnya lebih peka dan sensitif sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang pastinya akan mengguris perasaan ramai pihak.

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan modal untuk berkempen. Pilih sahaja yang mana berkenan. Pastinya keputusan memilih akhirnya akan kembali ke tangan rakyat. Namun adalah sesuatu yang sangat menjijikkan bagi sesiapa daripada parti mana pun cuba mempolitikkan peristiwa penc3robohan Tanduo. Kisah para pahlawan kita yang gugur di medan t3mpur demi mempertahankan sucinya sebuah kedaulatan tidak layak dikotorkan dengan lumpur politik yang penuh tipu muslihat dan pergelutan merebut kuasa!

RUJUKAN:

  • Kronologi pencerobohan Pantai Timur Sabah, Astro Awani, 09 Mac 2013 (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohan-pantai-timur-sabah-9460)
  • 4 tahun peristiwa Tanduo belum padam, Mohd Izham Unnip Abdullah, Berita Harian, 1 Mac 2017 (https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/03/24438/4-tahun-peristiwa-tanduo-belum-padam)
  • PRN Sabah : Mohamaddin Ketapi dakwa kenyataannya diputar belit parti Semenanjung, Astro Awani, 21 September 2020 (https://m.youtube.com/watch?v=0JH4bBKn7K8)

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.