Lagi 5 Perang Yang Berlaku Sebab Yang Bangang

6,138

https://bit.ky/kombowww

Sekitar 1 minggu lepas selepas artikel ‘3 Perang Yang Terjadi Atas Sebab Yang Bangang’, aku terkejut bila dapat tahu artikel itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Disebabkan itu, aku fikir aku nak buat satu lagi artikel lain tentang perkara yang sama, dan sebab yang sama bangang, cuma kali ini aku tambah jadi 5 lagi perang. Sekali lagi, setiap jenis peperangan dan pertempuran ini tidak disusun mengikut merit dan kesemuanya rawak.

PERANG SALIB KANAK KANAK (1212)         

Berbanding perang yang lain, perang ini sebenarnya tak melibatkan sebarang titik darah pun. Cumanya, penamatnya anti-klimaks yang akan buat anda bingung dan bangang serta merta.

Kisah perang salib ini adalah berlainan mengikit tempat masing masing, tapi mengikut sumber sumber yang telah dikaji, ia mungkin digerakan sama ada seorang budak lelaki di Jerman mahupun di Perancis. Budak ini kuat berdakwah dan mendakwa dirinya telah dilawat oleh Jesus yang mahukannya gerakkan perang salib dengan cara dakwah. Secara teorinya, apabila semua orang Islam di tanah suci Palestin menjadi Kristian Katolik, maka mereka menanglah, begitu.

Dari seorang budak lelaki, gerakan itu bertambah banyak hingga mencapai jumlah 30,000 kanak kanak setelah beberapa siri keajaiban berlaku. Semasa mereka mahu merentas laut Mediterranean, ada pedagang yang mahu menumpangkan kanak kanak ini ke kapal mereka.

Walau bagaimanapun, pedagang itu melencongkan perjalanannya ke Tunisia dan menjual kanak kanak ini sebagai hamba. Yang lain lain mungkin mati selepas kapal lain karam akibat taufan laut.

Jumlah korban: Anggaran sebanyak 30,000 kanak kanak mati atau menjadi hamba.

PERANG BALDI BOLOGNA-MODENA (1325)

Semasa zaman Pertengahan, aku tak tahu kenapa, tapi banyak kisah sejarah yang menceritakan orang berperang sebab baldi. Kisah Bologna-Modena ini bagi aku yang paling menonjol.

Kisahnya bermula selepas maharaja Holy Roman Emperor, Frederick Barbarossa kalah perang dengan Liga Lombard. Sebagai latar belakang, Frederick Barbarossa menganggap dirinya sebagai maharaja HRE yang sah manakala orang Itali yang diwakili Liga Lombard menganggap hanya Paus Katolik sahaja yang memilih maharaja HRE. Bologna berada di pihak Frederick dan Modena pula berada di pihak Paus. Sekalipun perang ini sudah habis lama, mereka masih lagi tegang antara sesama sendiri.

Jadi, pada sekitar tahun 1309-1325, beberapa siri pertempuran kecil telah berlaku antara Bologna dan Modena hinggalah pada tahun 1325, tentera Modena telah menyelinap masuk ke kawasa Modena dan mencuri sebuah baldi yang berisi harta. Baldi itu kemudiannya ditunjukkan sebagai harta perang dengan bangga oleh orang Modena.

Oleh kerana bengang, orang Bologna menyuruh musuh mereka memulangkan baldi tersebut tapi tak jadi apa. Disebabkan itu, perang pun terjadi di antara mereka. Bologna mengerahkan tentera sebanyak 30,000 askar pejalan kaki dan 2000 askar berkuda manakala Modena pula dengan 5000 askar pejalan kaki dan 2000 askar berkuda. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Modena.

Sampai sekarang baldi itu dipaparkan di Modena sebagai trofi perang.

Jumlah korban: 1500 tentera Bologna mati/cedera, 500 tentera Modena mati/cedera, 1 baldi dicuri.

PERANG BOLA EL SALVADOR-HONDURAS (1969)

Sudah tentu! Tak sah kalau perang bola tak dimasukkan dalam siri perang atas perkara bodoh. Berbanding dengan peperangan yang lain, kes ini berlaku pada zaman moden, yakni sekitar tahun 1969.

Asas kepada perang ini berpunca disebabkan undang undang tanah yang dilaksanakan oleh Honduras pada tahun 1962. Sebagai latar belakang, penduduk Honduras adalah sekitar 2.6 juta orang walaupun negaranya lebih besar manakala El Salvador pula ialah 3.7 juta orang.

Hal ini menyebabkan ramai orang El Salvador berpindah ke Honduras. Undang undang baru ini mencetuskan masalah kerana banyak tanah yang dikerjakan oleh pendatang asing El Salvador telah dirampas pihak kerajaan dan diberikan kepada rakyat Honduras. Hal ini menyebabkan ramai orang El Salvador bengang kerana ramai yang kehilangan kerja.

Pada tahun 1969, El Salvador dan Honduras telah bertemu semasa sesi kelayakan Piala Dunia FIFA 1970. Semasa perlawanan pertama, Honduras menang 1-0. Itupun peminat negara masing masing dah bergaduh. Pada perlawanan kedua, El Salvador menang 3-0 dan pergaduhan antara penyokong menjadi makin dahsyat.

Pada perlawanan seterusnya, 27 Julai 1969 di Mexico City, El Salvador menang 3-2 dan mereka memutuskan segala hubungan diplomatik mereka dengan Honduras kerana ramai rakyat mereka dianiaya oleh penduduk Honduras.

Pada 14 Julai 1969, El Salvador secara rasminya mengisytiharkan perang terhadap Honduras. Perang ini walau bagaimanapun tak bertahan lama. Hanya sekitar lima hari sahaja. USA masuk campur dan membantu kedua dua negara ini berdamai kembali.

Jumlah korban: 900 orang El Salvador termasuk orang awam mati dan 3 kapal terbang musnah, 2100 orang Honduras mati termasuk orang awam.

PERANG EMU (1932)

Bagi aku, dalam siri perang yang pernah wujud, ini yang selalunya buat orang mempersoalkan kewujudan perang ini tapi ya, perang ini memang berlaku.

Perang ini berlaku disebabkan burung emu yang selalu merosakkan kebun dan ladang di Australia. Oleh itu, pihak kerajaan telah menghantar skuad tentera mesingun untuk memburu burung tersebut.

Semasa serangan pertama, pihak tentera telah bertempur setelah penampakan emu di Campion. Hanya beberapa ekor burung emu sahaja yang berjaya dibunuh kerana jarak tembak mesingun yang dekat.

Pada 4 November, sekitar 1000 burung emu telah dilihat bergerak ke arah posisi penyerang hendap Australia. Setelah burung itu berada dekat dengan mereka, mesingun ditembak namun hanya 12 ekor sahaja yang mati kerana mesingun bermasalah.

Semasa hari keempat kempen ini, pihak tentera mendapati burung burung ini mempunyai ketua yang melihat dan memberitahu puaknya terhadap sebarang ancaman. Di penghujung kempen ini, Mejar Meredith, pegawai tentera kempen tersebut mengatakan:

“Sekiranya tentera kita ini seperti burung emu, kita mungkin boleh berhadpaan dengan semua jenis tentera di dunia. Mereka boleh berhadapan dengan mesingun tanpa apa apa masalah. Mereka ini seperti orang Zulu yang juga tak mampu dihentikan oleh peluru.”

Tak lama selepas itu, kempen ini dihentikan setelah teknik memagar adalah lebih berkesan dalam mengelakkan kerosakan oleh burung emu.

Jumlah korban: Beberapa ratus burung emu dan maruah tentera Australia.

PERTEMPURAN KARANSEBES (1788)

Selalunya, perkara atau kisah yang paling seronok ni kita simpan sampai akhir, maka menurut hemat aku, pertempuran ini yang paling layak diberikan penghormatan tersebut. Pertempuran ini berlaku di antara Austria dan Turki Uthmaniyah.

Kisah ini mempunyai banyak versi, jadi aku ambil versi yang paling terkenal dan juga paling bangang. Pada 21 September 1788, pihak tentera Austria dengan kekuatan sebanyak 100,000 orang telah bertapak di Karansebes.

Semasa tentera Hussar Austria sedang meronda kawasan tersebut, mereka telah bertemu dengn sekumpulan Gipsi yang mahu menjual arak kepada mereka. Tentera Hussar itu kemudiannya membeli arak tersebut.

Semasa tentera infantry melalui di kawasan yang sama, mereka terlihat tentera Hussar yang sedang mabuk. Mereka meminta arak berkenaan namun ditolak oleh tentera Hussar. Tentera Hussar, dalam keadaan mabuk, membina benteng di sekeliling tong arak dan mereka bergaduh kembali hinggalah seorang tentera melepaskan tembakan.

Secara serta merta tentera Hussar dan infantry menembak sesama sendiri. Dalam keadaan hirup pikuk tersebut, tentera infrantri menjerit tentera Turki sedang menyerang mereka. Tentera Hussar yang tengah kelam kabut terus berlari keluar untuk berperang. Tentera infrantri yang lain terus beranggapan tentera Turki sudah sampai walaupun itu bayangan sahaja.

Tentera infrantri ini terdiri daripada pelbagai bangsa, jadi tak semua yang faham bahasa sesama sendiri. Semasa kekalutan tersebut, ada tentera Jerman yang cuba menstabilkan keadaan dengan menyebut “Halt! Halt!” supaya berhenti. Namun, tentera berbangsa lain memahami ini sebagai “Allah! Allah!” kerana tak faham bahasa Jerman.

Keadaan menjadi lagi bingit. Oleh kerana menyalah anggap tentera berkuda Turki sudah bergerak untuk menyerang, maka meriam pun ditembak. Senang cerita pada saat ini, semua tentera saling menembak ke setiap arah yang difikirkan adalah tentera Turki. Bahkan, ada juga dikisahkan bahawa maharaja Holy Roman Empire Joseph II telah terjatuh dari kudanya akibat insiden ini. Maka berperanglah mereka sesama sendiri dalam hiruk pikuk yang dicetuskan sekumpulan orang mabuk.

Dua hari selepas insiden ini, tentera Turki Uthmaniyah yang sebenar datang ke Karanbeses dan menakluk bandar itu dengan senang. Aku rasa sewaktu mereka sampai di situ mesti tengah tercengang kenapa ramai sangat orang mati dan cedera di situ.

Jumlah korban: 10,000 tentera Austria mati/cedera bersama sama dengan tahap IQ tentera Hussar.

KISAH PERANG BONUS: PERANG JAMBAN EMAS (1900)

Dahulu di Afrika, kita ada sebuah kerajaan bernama Ashanti yang mempunyai Jamban Emas sebagai takhta raja mereka. Namun pada tahun 1896, raja Prempeh I telah dibuang negeri dan ini menjadikan Ashanti tak mempunyai sebarang raja.

Jadi pada tahun 1900, gabenor Ivory Coast Frederick Hodgson menitahkan bahawa tanah Ashanti sekarang menjadi milik empayar British dan beliau mahukan Jamban emas tersebut untuk diduduk. Ah, classic British.

Disebabkan rasa terhina, orang Ashanti mengisytiharkan perang terhadap British. Setelah beberapa kempen, akhirnya Ashanti kalah dan diserap sebagai wilayah British.

Walau bagaimanapun, Jamban Emas berkenaan tetap dipegang oleh orang Ashanti.

Jumlah korban: 1007 tentera British mati/cedera, 2000 tentera Ashanti mati/cedera tapi Jamban Emas selamat daripada pungung orang British.

RUJUKAN:

“Foreign Intelligence,” The European Magazine and London Review, 14 : 308 (October 1788)

“Honduras v El Salvador: The football match that kicked off a war”. BBC News. Retrieved 27 June 2019.

Johnson, Murray (2006). “‘Feathered foes’: soldier settlers and Western Australia’s ‘Emu War’ of 1932”. Journal of Australian Studies. 30 (88): 147–157. doi:10.1080/14443050609388083. ISSN 1444-3058

Raedts, P (1977). “The Children’s Crusade of 1213”. Journal of Medieval History. 3: 279–323. doi:10.1016/0304-4181(77)90026-4.

Robert B. Edgerton. The Fall of the Asante Empire: The Hundred-Year War For Africa’s Gold Coast. ISBN 9781451603736.

Saul, David: War: From Ancient Egypt to Iraq

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.