Lagenda Kepulangan Bonaparte ke Tanah Perancis: 100 Hari (Les Cent-Jours)

0
519
views

Usai kekalahan beliau di tangan pihak bersekutu dan termeterainya ‘Perjanjian Fountainbleu’ pada tahun 1814, Napoleon Bonaparte – sebelum itu seorang diktator agung yang menabal dirinya sebagai Maharaja Perancis, kini dipenjarakan di Pulau Elba. Beliau ‘dipencenkan’ dari politik Perancis dan ‘ditabal’ sebagai Raja Elba, satu pulau kecil di luar pesisir Itali.

Kalau ada raja-raja dunia yang kena ‘pool’, Napoleon lah salah satunya raja yang kena ‘pool’. Dari ‘L’Empereur’, beliau dinobatkan sebagai ‘pemerintah’ pulau kecil. Askar-askar yang pernah sama-sama bermandi darah dan dihujani peluru dengan beliau dahulu kini kekal berkhidmat, tetapi untuk Monarki Bourbon yang kembali berkuasa.

Bonaparte tahu, meskipun sudah dipencenkan beliau masih mempunyai penyokong tegar di kalangan rakyat Perancis. Walaupun seorang diktator dan mengorbankan banyak nyawa dalam ‘Napoleonic Wars’, beliau telah membangkitkan perasaan bangga orang Perancis terhadap negara mereka. Bonaparte sedar beliau masih berpengaruh. Ramai juga yang #RinduZamanEmperor ketika itu.

Bonaparte mengorak langkah, tanggal 26 Februari 1814 beliau meninggalkan Elba bersama askar dan pegawai tentera yang setia dengan beliau. Ketumbukan yang kecil. Satu perkara gila – hanya dengan 1000 orang askar beliau hendak menawan semula Perancis.

Mendengar perkara ini, Louis XVIII menghantar askar-askar beliau yang pernah berkhidmat di bawah Napoleon dahulu untuk menawan beliau. Antara pertembungan paling epik adalah antara Napoleon dan Barisan Askar ke-5 Perancis yang diketuai Marshall Ney iaitu bekas orang kanan Bonaparte. Bagi membuktikan kesetiaan beliau kepada takhta Bourbon, beliau berikrar akan membawa Napoleon dalam sangkar besi ke Kota Paris.

Ketumbukan Ney akhirnya bertembung dengan barisan askar Napoleon yang sedikit. Kedua-dua pihak menghunus senjata. Semua sudah bersedia membunuh satu sama lain, walaupun dahulu satu saf perjuangan. Melihat perkara ini, Bonaparte melakukan satu perkara yang akan diingati sejarah sebagai lagenda.

Beliau terus kehadapan barisan, antara kedua-dua barisan askar yang sudah sedia berbunuhan. Bonaparte memberi arahan supaya barisan askar beliau menurunkan senjata. Dalam keberatan mereka akur. Sekarang, cuma askar bawah Ney sahaja yang menghunus senjata. Napoleon bersuara, bercakap terus kepada mereka.

“Barisan Askar ke-5, kenalkah engkau siapa aku?” tanya Bonaparte. Senyap. Kedengan beberapa orang mengatakan ‘ya’. Bonaparte terus mara ke hadapan, semakin hampir dengan Barisan ke-5 pimpinan Ney. Beliau membuka kancing ‘overcoat’ beliau, sambil mendepang tangan “askar-askar sekalian, jika engkau benar-benar hendak membunuh Maharaja kalian – tembaklah sekarang”.

Terkesima semuanya. Tak terfikir dek akal untuk membunuh mantan General mereka sendiri. Tiada siapa yang sanggup. Ney memberikan arahan ‘tembak’, tetapi tiada yang menarik picu. Sebaliknya, berderai barisan askar pimpinan Ney dengan laungan “vive l’Empereur!”. Kedua-dua barisan askar yang tadinya hampir berbunuhan kini saling berpelukan. Kejung badan Marshall Ney melihat kekalahan beliau oleh taktik psikologi Bonaparte. Seorang ‘gentlemen’ beliau terus menghadap Bonaparte untuk menyerah pedang keliau sebagai tanda menyerah kalah. Tapi Bonaparte enggan menerima pedang beliau dan memberikannya semula kepada Ney, “hang simpan balik la bengap,” kata Napeoloen bergurau dengan Ney, “kalau hang takdak pedang hang nak ‘defend’ Emperor hang nanti macam mana?”. Tanpa diduga, Ney pun ‘cair’ sekali lagi dengan Bonaparte dan terus bantu beliau mara ke Kota Paris. Sepanjang perjalanan ke Paris, Bonaparte disambut sebagai negarawan ulung kecuali di Provence yang menjadi kubu kuat Bourbon.

Namun ternyata, apa yang Bonaparte lakukan lebih menjahanamkan Perancis daripada menyelamatkan Perancis. Pertempuran Waterloo menjadi medan beliau berhadapan dengan pakatan musuh-musuh beliau buat kali terakhir. Pengakhirannya menyaksikan kehilangan lebih daripada 100,000 nyawa semasa Pertempuran Waterloo sahaja. Bonaparte kalah, dan ‘kepulangannya’ hanya tinggal sekadar lagenda. ‘Concert of Europe’ pula menggunakan alasan itu untuk menekan Perancis dalam diskusi pasca perang. Semua hanya kerana ingin melunaskan serakah kuasa Bonaparte.