Jika anda ke Long Beach, California, anda akan perasan sebuah hotel yang berbentuk sebuah kapal persiaran lama “persis” Titanic. Ya itulah kapal RMS Queen Mary.

RMS Queen Mary merupakan sebuah kapal pesiaran yang mewah di dalam zamannya. Dibina pada 1934, kapal ini sering berulang alik dari United Kingdom ke Amerika Syarikat.

Menjelang p3r4ng Dunia Kedua, kapal ini telah dijadikan sebagai kapal pengangkut t3nt3ra. Pada 25-30 Julai 1943, RMS Queen Mary telah mencipta rekod membawa penumpang paling ramai dalam satu-satu masa. Kapal ini telah membawa 16,683 penumpang dan anak kapal.

Perdana Menteri Britain, Winston Churchill juga pernah menaiki kapal ini beberapa kali sewaktu p3r4ng berlaku untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Pihak Bersekutu.

Selepas perang, RMS Queen Mary dijadikan semula sebagai kapal penumpang sehinggalah tahun 1967. Menjelang 80an, RMS Queen Mary telah dijadikan sebagai hotel dan muzium. Nampak macam seronok tidur di hotel yang berkonsepkan kapal. Awas, dalam hotel ini banyak entiti misteri yang memerhati.

Semenjak dibuka sebagai hotel, Queen Mary sering menjadi tumpuan bagi peminat-peminat paranormal. Mana taknya, Queen Mary dinobatkan sebagai antara hotel berhantu di Amerika Syarikat.nApa hantu-hantu yang biasa bergentayangan di hotel ini?

  • Hantu Wanita Berbaju Putih
Salah satu gambar yang berjaya ditangkap. Dipercayai itu adalah Hantu Wanita Berbaju Putih tersebut

Sejak Queen Mary dibuka untuk umum sebagai hotel, ramai pengunjung dan pekerja hotel ternampak bayangan hantu ini. Hantu ini dikatakan sering berlegar-legar di lounge kelas pertama.

  • Hantu Jackie Si Budak Kecil
Di ruang inilah dipercayai hantu si jackie berlegar-legar.

Kisah Hantu Jackie ini agak tragis. Dikatakan hantu ini adalah jelmaan Jackie atau Jacqueline Torin yang merupakan seorang penumpang. Pada satu hari, Jackie ini telah ditemui lemas di kolam renang kelas kedua.

Sejak itu, hantu Jackie sering menganggu kanak-kanak terutama di kolam renang kelas pertama dan kelas kedua. Para tetamu sering terdengar percikan air, suara kanak-kanak sedang ketawa ketika berada di sini.

Dipercayai si Jackie ini juga mempunyai seorang “rakan” hantunya yang bernama Sarah. Seperti Jackie, Sarah juga menerima nasib yang sama pada tahun 1949.

  • Hantu John Henry
Ruang Pendandang RMS Queen Mary

Seperti Hantu Jackie, Hantu John Henry juga mempunyai kisah sedih mereka yang tersendiri . John Henry merupakan seorang pekerja di bahagian dandang kapal. Pada suatu hari, John Henry telah ditemui tidak bernyawa di tempat yang sama beliau bekerja.

Kebiasaanya, penjejak entiti paranormal akan nampak bayangan beliau di antara ruang pendandang dan bilik kawalan. Sesekali, mereka juga dapat berhubung dengan hantu John Henry dan Henry akan membalas dengan jawapan beliau mahukan beer.

  • Hantu Si Kapten
Kuarter Kapten

Kapten Treasure Jones merupakan kapten terakhir RMS Queen Mary. Beliau berkhidmat di kapal tersebut dari 1965 hingga 1967. Kapten ini juga turut mendapat penghormatan untuk pelayaran terakhir dari Southampton ke Long Beach. Kapten Jones kembali ke negeri cacing ketika berusia 87 tahun pada tahun 1993.

Kapten ini amat terkenal dengan tabiatnya menghisap cerut. Oleh itu, selepas kem4t1annya, pengunjung kadangkala terbau aroma cerut di kuarter Kapten ini

  • Hantu John Pedder
John Pedder

Semasa RMS Queen Mary berlayar dalam tempoh lebih kurang 30 tahun, sebanyak 49 kem4t1an dilaporkan di atas kapal dan salah seorangnya ialah John Pedder ataupun dikenali sebagai Half Hatch Harry .

Pada suatu hari, semasa latihan keb4k4ran dilakukan, Pedder telah terjatuh dan kepalanya terhantuk dan pecah pada pintu kecemasan #13. D4r4h kering ini masih dapat dilihat pada hari ini. Semenjak itu ruangan enjin Queen Mary sering diganggu oleh Pedder.

  • Hantu Dana
Roh Dana yang terperangkap di bilik ini. Kini bilik ini dijadikan sebagai B- 340

Dana merupakan seorang penumpang yang menaiki RMS Queen Mary bersama keluarganya. Dana dikatakan menginap di kabin B 474. Namun, malang tidak berbau, Dana dan keluarganya telah dibvnvh. Pembvnvh tersebut telah menjerut adik dan ibunya sehingga m4t1 dan men3mb4k Dana di bilik air.

Roh Dana sering menggangu kabin ini. Sesekali, Roh Dana turut ditemui bersama-sama Roh Henry di pendandang kapal. Hingga kini B 474 menjadi kabin paling angker di Queen Mary.

Kesimpulannya, kisah-kisah hantu di Queen Mary ini bukan sahaja sebagai legenda, tetapi sebagai tumpuan untuk pengunjung merasai hotel angker di Amerika Syarikat ini.

Oh ya, bagi sesiapa yang nak merasai pengalaman angker ini, pihak hotel kini menyediakan pakej bermalam di suite yang paling berhantu dengan 500 USD semalam. Di samping itu, pengunjung juga akan disediakan papan Ouija, alat pemanggil hantu dan beberapa alatan mengesan hantu.

Jadi apa lagi?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.