Lagenda Yunani menceritakan tentang seorang gadis rupawan yang kejelitaannya telah menambat hati Zeus dan Poseidon. Kedua-dua dewa ini merupakan adik-beradik, masing-masing menguasai langit dan laut.

Thetis menurut lagenda hanyalah seorang nimfa laut (sea nymph) dan anak kepada dewa Nereus. Zeus dan Poseidon enggan berkongsi Thetis.

Tetapi hasrat mereka tidak langsung tercapai, kerana dewa Prometheus memberikan amaran: Thetis akan melahirkan anak yang jauh lebih hebat daripada bapanya.

Zeus dan Poseidon terus menjauhi Thetis, yang akhirnya berkahwin dengan Raja Phthia bernama Peleus.

Peleus merupakan seorang raja yang hebat. Baginda bersahabat baik dengan Heracles (anak Zeus bersama Alcmene). Mereka menyertai peper.angan menentang bangsa Amazon dan kemudian Ilium.

Tidak lupa juga, Peleus bersama Heracles dalam ekspedisi Jason mencari Bulu Kambing Emas. Menurut Prometheus, kehebatan ini tidak sama sekali boleh menandingi kehebatan anaknya bersama Thetis.

Buat sementara waktu, semua dewa-dewi menunggu. Kerana Thetis melahirkan tujuh orang anak… enam daripadanya mening.gal dunia semasa bayi. Kecuali seorang…. seorang sahaja bernama Achilles, yang dibawa Thetis ke Sungai Styx.

Thetis mencelupkan Achilles dalam aliran sungai tersebut – daripada hujung kepala sampai hujung kaki… kecuali tumit kiri yang dipegang Thetis (untuk mencelup Achilles).

Api Peper.angan Besar

Seorang ahli nujum menghampiri Thetis ketika Achilles berusia sembilan tahun. Menurut nujum tersebut, Achilles akan mat.i semasa berper.ang dengan Troy.

Lantas Thetis mengenakan pakaian perempuan pada Achilles untuk hidup di Pulau Skyros.

Tetapi Achilles meninggalkan Skyros selepas menyertai Tent.era Greece. Thetis menerima takdir ini – tetapi beliau meminta dewa Hephaestus buatkan ped.ang dan perisai cukup untuk melindungi Achilles.

Hephaestus menyediakan perisai Achilles.

Achilles memang seorang pewira yang agung. Namanya bergema di merata tempat – disanjung rakyat dan diger.uni raja asing.

Takdir Achilles sebenarnya ditentukan semasa perkahwinan ibu bapanya lagi. Sesuatu telah berlaku masa mereka bersuka-ria menyambut jalinan merpati sejoli ini.

Zeus menjemput Putera Paris daripada Troy untuk memilih dewi mana paling cantik. Tiga dewi menjadi pertaruhan: Aphrodite, Athena dan Hera.

Pilihan Paris

Ketiga-tiga mereka memberikan sogo.kan kepada Paris. Tetapi sogo.kan Aphrodite terkena umpan: “aku menjanjikan seorang perempuan tercantik dunia sebagai isteri kamu, wahai Paris.”

Perempuan tercantik dunia yang dimaksudkan ialah Helen, isteri Raja Sparta bernama Menelaus. Paris telah mencairkan hati Helen.

Hubungan diplomatik antara Sparta dan Troy runtuh serta-merta. Menelaus pula merupakan adik Agamemnon yang menguasai kuasa besar Greece iaitu Mycenae.

Pada ketika itu, Greece sudah mengisytiharkan per.ang – dan Achilles mengikuti ekspedisi Agamemnon ke Troy. Hikayat Iliad yang mengagungkan Achilles menceritakan bahawa Per.ang Troy berlarutan selama 10 tahun.

Takdir Yang Diceritakan Pak Nujum

Iliad ditulis apabila peper.angan tersebut memasuki tahun kesembilan. Dengan Achilles, Greece menjadi sebuah kuasa yang tidak mampu ditandingi Troy.

Setiap pertempuran mesti Achilles menang. Tetapi per.ang tersebut tidak ke mana – kota Troy masih utuh di sebalik benteng yang kukuh.

Dalam kem Greece pula, Agamemnon mencari pasal kerana enggan melepaskan anak seorang paderi Apollo.

Berkali-kali paderi ini cuba membeli pembebasan Chryseis. Tetapi Agamemnon menghina setiap tawaran dibawa paderi ini.

Apollo meniup angin wa.bak yang mem.bµn.µh ramai anggota Greece. Takut jika tewas, Agamemnon akhirnya akur untuk melepaskan Chryseis.

Walau bagaimanapun, baginda menuntut pengganti iaitu Breseis – isteri Achilles. Hasrat Agamemnon dipenuhi – tetapi Achilles bersumpah beliau takkan berper.ang demi Agamemnon lagi.

Pada ketika itu, Troy semakin rancak memat.ahkan ser.angan Greece.

Achilles cuba dipujuk sahabatnya Patroclus. Beliau enggan berper.ang tetapi membenarkan Patroclus guna peralatannya (yang dibuat Hephaestus).

Mungkin kelibat Patroclus (macam Achilles) boleh menghalau ten.tera Troy. Tetapi sebaliknya pula berlaku – Putera Hector bertemu dengan Patroclus dengan sangkaan itu Achilles.

Dalam Filem Troy (dalam ini, Patroclus menjadi sepupu Achilles)

Apabila Patroclus tumbang, angin pep.erangan berubah arah. Achilles kembali ke medan dan mengejar Hector sambil membµnµh sesiapa saja yang cuba menghalang.

Hector tewas pada tangan Achilles, sempat merayu untuk dike.bµm.ikan di Troy jika tewas. Tetapi Achilles mengheret may.atnya kembali ke kem Greece untuk dihumban bersama timbunan sampah.

Iliad berakhir dengan Achilles akur dengan permintaan Raja Priam supaya may.at Hector dikembalikan ke Troy.

Dikatakan Achilles masuk dalam Troy untuk mencari pasal selepas itu. Dan Apollo berbisik kepada Paris: “pemb.µn.µh abangmu akan tiba. Bersedia.”

Paris merupakan seorang putera yang tidak berani melawan. Jadi baginda bersedia dengan busur. Temb.akan Paris dibawa Apollo ke satu-satunya tempat kelemahan Achilles… tumitnya yang tidak dicelup dalam Sungai Styx.

Lalu Achilles mat.i serta-merta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.