Sebelum masuk kepada tajuk yang agak unik ini, mari kita berkenalan dengan serangga bernama kumbang n4jis ini. Seperti kita tahu, kumbang n4jis adalah sejenis kumbang yang memakan n4jis. Ia berasal dari kumpulan subfamili Scarabaeinae di mana kumpulan ini terdapat lebih 5,000 spesis kumbang n4jis di seluruh dunia.

Keupayaan unik kumbang ini adalah ia mampu membawa n4jis 250 kali lebih berat dari kumbang itu sendiri ke sesuatu tempat hanya satu malam. N4jis yang dibawa itu dalam bentuk bebola itu biasa digunakan sebagai bekalan makanan atau ‘bilik’ untuk anak kumbang yang bakal lahir.

Pada bulan Januari 2013, ada satu spesis kumbang n4jis yang mampu mencari jalan pada waktu malam menggunakan bintang Bima Sakti. Dikatakan kumbang ini satu-satunya serangga yang berupaya melakukan sedemikian. Spesis kumbang n4jis yang unik ini adalah Kumbang N4jis Afrika, (nama saintifik: Scarabaeus satyrus).

Dalam kajian yang dijalankan oleh ahli biologi bernama Eric Warrant dari University of Lund, Sweden, kumbang n4jis Afrika mampu navigasikan perjalanan malam menggunakan cahaya lurus yang terpancar dari Bima Sakti. Kumbang n4jis ini biasanya mengambil n4jis pada waktu malam dan harus mengambil sebanyak mungkin kuantiti n4jis tersebut kerana persaingan ambilan n4jis dalam kalangan kumbang ini adalah sengit. Bagi memastikan seekor kumbang n4jis berjaya memiliki n4jis mereka, ia harus berpandukan cahaya dari Bima Sakti.

Galaksi Bima Sakti

Kumbang n4jis Afrika mempunyai deria fotoreseptor (photo receptor) iaitu pengesan partikel cahaya bernama foton dalam matanya. Deria ini mampu mengesan cahaya yang dipolarisasikan dan mempunyai corak yang simetri wujud di sekitar matahari. Cahaya yang dimaksudkan semestinya cahaya dari Bima Sakti yang sebenarnya kita tidak mampu mengesannya kerana ketiadaan deria fotoreseptor ini.

Tapi saintis tidak tahu bagaimana kumbang mengesan cahaya yang ia perlukan walaupun banyak cahaya yang menerangi pada waktu malam seperti cahaya bulan. Maka Warant dan pasukan penyelidikannya membuat pemerhatian terhadap kumbang tersebut di Afrika Selatan. Pada pertama kali melakukan pemerhatian,mereka sediakan kumbang bersama bebola n4jis di meja dengan keadaan  tiada bulan di langit. Walaupun  bulan tidak kelihatan, kumbang Scarabaeus satyrus masih menggerakkan bola n4jis dalam garisan lurus.

Untuk memastikan teori navigasi Bima Sakti adalah benar, para penyelidik membawa uji kaji mereka ke Johannesburg Planeterium untuk mendapatkan suasana langit mempunyai Bima Sakti. Keputusannya? Kumbang tersebut masih merangkak lurus  mengikut jalur Bima Sakti planetarium. Kajian terakhir adalah menolak kehadiran Bima Sakti dalam penglihatan kumbang n4jis Afrika. Pasukan penyelidik meletakan sekeping kadbod kecil di atas kepada kumbang bagi menghalang penglihatannya ke langit. Kumbang tersebut didapati hanya berpusing tidak tentu hala. Kajian yang Warrant dan pasukannya lakukan diterbitkan dalam Current Biology jurnal.

Gambar diambil oleh ketua penyelidikan, Eric Warrant tentang kajian menutupkan pandangan kumbang n4jis menggunakan kadbod kecil.

Sean D. Whipple, ahli entomologi (kaji serangga) kumbang n4jis dari Jabatan Entemologi di University of Nebraska-Lincoln, memuji dan mengesahkan kajian Warrant melalui utusan emel. Pengkaji ini juga menambah hujah atas kajian Warrat tentang potensi langit malam yang akan mengalami pencemaran cahaya dan menghalang sinaran bintang menembusi bumi. Pencemaran ini menurutnya tidak baik untuk navigasi kumbang n4jis Afrika kerana tanpa bintang dari Bima Sakti, kumbang tidak akan peroleh n4jis dengan mudah.

Maka, Warrant memutuskan bahawa kajian kumbang n4jis mencari jalan menggunakan Bima Sakti adalah benar dan disahkan oleh pakar serangga. Beliau konklusikan selain kumbang n4jis perolehi kelebihan tersebut, kupu-kupu yang bermigrasi juga berpotensi menavigasikan perjalanan denganc cara yang sama.

RUJUKAN:

Dacke, M.; Baird, E.; Byrne, M.; Scholtz, C. H.; Warrant, E. J. (2013). “Dung Beetles Use the Milky Way for Orientation”. Current Biology. 23 (4): 298–300

Jonathan Amos (24 January 2013). “Dung beetles guided by Milky Way”BBC News. Retrieved 18 November 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.