Kultus Penyembahan Matematik Oleh Pythagoras

427

Pada kira-kira tahun 700 sebelum masihi, terdapat suatu gerakan ‘agama’ ataupun mungkin lebih tepat dipanggil sebagai ‘kultus’ (cult) yang menyembah matematik sebagai entiti Tuhan. Kultus ini diasaskan Pythagoras, seorang ahli matematik ulung Yunani. Pythagoras mempunyai falsafah bahawa matematik merupakan kunci rahsia kosmos, alam dan kehidupan.

Falsafah ini merupakan integrasi mistik dan matematik. Malah, perkataan ‘mathematics‘ dicipta oleh Pythagoras yang bermaksud ‘disiplin belajar’. Pythagoras dan mengikutnya (Pythagorean) lebih cenderung dan sesuai digelar sebagai ahli falsafah metafizik yang menjadikan nombor sebagai pusat doktrin mereka. 

Menurut Pythagorean, nombor merupakan entiti hidup dan prinsip sejagat yang meresap segalanya bermula dari langit sehinggalah pada etika manusia. Falsafah Pythagoras ini telah menjadi satu bentuk kepercayaan bahawa matematik itu bukanlah ciptaan manusia, tetapi mampu wujud tanpa wujudnya manusia. Suatu persamaan matematik, tidak dicipta, tetapi ditemui oleh manusia.

Pythagoras mendefinisikan nombor pada dua asas utama, iaitu Intelektual dan Sciential. Intelektual bermaksud nombor mempunyai keabadian. Nombor merupakan akar dan fundamental untuk segala-galanya. Sciental pula bermaksud produk ataupun hasil daripada nombor tersebut. Manifestasi fizikal matematik yang membentuk realiti.

Ketaksuban Pythagoras pada nombor bermula daripada eksperimennya ke atas muzik dan pemerhatiannya ke atas angkasa. Pythagoras pernah mencuba untuk memahami hubungan antara matematik, muzik dan angkasa.

Pythagoras menemui bagaimana susunan tetali yang betul dapat menghasilkan harmoni muzik yang cantik. Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana nisbah 1:1, 1:2, 1:3 dan seterusnya dapat menghasilkan melodi yang berbeza-beza. Pythagoras merasakan hubungkait antara keharmonian muzik dan susunan nombor yang cantik ini merupakan suatu bentuk ‘kosmos’ (beautiful order of things) dan ‘harmonia’ (fitting together).

Dalam astronomi, Pythagoras percaya bumi berbentuk sfera kerana sfera merupakan bentuk yang paling sempurna, tertinggi dan mempunyai nilai estetik dalam matematik. Beliau juga menyatakan setiap planet bergerak mengikut orbitnya sendiri. Pembentukan buruj dan bintang di langit diperhati oleh Pythagoras mempunyai kecantikan bentuk dan matematiknya yang tersendiri.

Pythagorean sendiri terpesona dengan kejadian ini di mana gerakan bintang planet dan keharmonian muzik bergantung pada matematik untuk wujud dan manifestasi kecantikannya. Dikatakan Pythagorean mampu mendengar muzik daripada gerakan planet-planet di angkasa.

Gaya hidup mereka lebih cenderung pada vegetarian. Mereka juga percaya pada kehidupan abadi dan perpindahan roh. Mereka pernah mengorbankan manusia untuk dipersembahkan kepada matematik. Menurut Pythagorean, Tuhan bukan ahli matematik, tetapi matematik itu sendiri adalah Tuhan.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.