Kultus Ajaran Sesat Di Jepun yang Mengorbankan 13 orang

69

Semalam 20 Mac 2019 genaplah 24 tahun sempena dengan kes penyebaran gas beracun yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah di Tokyo akibat dari kepercayaan sesat mereka.
.
Pagi 20 March 1995, waktu kemuncak semua orang bergegas hendak ke tempat kerja, memenuhi segenap ruang keretapi bawah tanah di mana juga dikenali sebagai stesen yang paling sibuk di dunia.
.
5 beg yang diisi dengan cecair yang berbahaya telah ditinggalkan didalam keretapi yang kepadatan. Beg itu sengaja dibocorkan menyebabkan cecair berbahaya di dalam bag itu keluar dan melepaskan gas Sarin yang menyebabkan berlakunya pedihan mata dan sukar bernafas terhadap penumpang.
.
Toksin itu merebak dengan cepat sekali sehingga melumpuhkan keseluruhan penumpang di dalam gerabak keretapi menyebabkan tercekik, muntah dan hingga menyebabkan pengsan. 13 orang telah terbunuh dan lebih kurang 5,800 orang telah tercedera dalam 5 insiden pelepasan gas toxin dalam keretapi yang berasingan di 3 line.
.
Ini adalah disebabkan oleh gas Sarin, iaitu gas pembunuh yang dicipta oleh Nazi pada zaman dan ia merupakan toksin yang paling dasyat pernah dibawa ke tanah besar Jepun ini.
.
Perancang utama adalah kepercayaan agama Aum Shinrikyo, yang percaya kepada kiamat sudah hampir tiba. Ketua kepada agama Aum Shinrikyo iaitu Shoko Asahara telah dijatuhi hukuman mati.

Aum Shinrikyo yang membawa maksud “kebanaran yang nyata” bermula pada tahun 1980 sebagai kumpulan spiritual yang mencampurkan kepercayaan Hindu dan Buddha, kemudian diselitkan sedikit amalan Kristian apokaliptik. Pengasas kumpulan, Shoko Asahara menggelarkan dirinya sebagai Kristian yang benar pertama selepas agama Buddha.
.
Kumpulan ini yang juga dipanggil sebagai Aum telah mendapat pengiktirafan rasmi oleh organisasi keagaam Jepun pada 1989. Asahara telah melebarkan sayapnya sehingga mempunyai puluhan ribu pengikut di seluruh dunia.
.
Berdasarkan dari penjelasan bekas ahli kumpulan Aum, mereka percaya rambut dan air mandi Asahara merupakan keramat dan suci sama seperti juga kes Ayah Pin di Malaysia. Pada tahun 1988, untuk menjadi ahli tetap atau setia,mereka harus membayar yuran pendaftaran sebanyak 900,000 yen (RM 32,000) dan meminum “darah suci” yang dikatakan darah pemimpin.

Ramai pengikut Asahara di Jepun terdiri dari pelajar universiti yang kelas atasan di mana mereka tergolong dari pelajar atau anak muda yang ditekankan oleh keluarga berlatarbelakangkan akedemik tinggi.
.
Selepas beberapa bulan insiden yang mengorbankan 13 orang itu, beberapa percubaan untuk melepaskan gas hydrogen synida di stesen telah berjaya di patahkan. Insiden ini mengejutkan seluruh dunia dimana Jepun dikenali sebagai negara dengan kadar jenayah yang rendah dan perpaduan sosial yang tinggi.
.
Selepas kejadian tersebut, polis jepun telah mengambil tindakan tegas dengan melakukan beberapa tangkapan sehingga kepada ketua Aum iaitu Asahara, namun saki baki kumpulan Aum telah menubuhkan beberapa lagi orgnisasi lain yang turut membawa kepercayaan yang sama.

Aum Shinrikyo telah diktirafkan sebagai organisasi penjenayah di Amerika dan sebagai ‘agama berbahaya’.

Artikel disumbangkan oleh Jerong Wa untuk The Patriots.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.