Dalam fiksyen-fiksyen pasca-apokalips, semestinya radiasi nuklear akan digunakan seolah-olah kehidupan manusia telah menemui jalan kebuntuan. Pertukaran ser4ng4n nuklear selalunya antara kapitalis dan komunis.

Perkara ini sudah jadi suatu kebiasaan, kerana persengketaan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mencapai takat didih kerana diplomasi luar negara John F. Kennedy yang mem4k4n diri. Kemudian dengan pembubaran Soviet, fiksyen-fiksyen sains mula beralih ke China, Iran dan Korea Utara pula.

Dalam realiti pula, k0nflik nuklear tidak berlaku kerana pertukaran b0m. Chernobyl dan Fukushiima telah diabadikan sebagai nama yang memperingati dunia bahawa pengendalian nuklear boleh mencetuskan isu yang begitu besar. 34 tahun sudah berlalu sejak tragedi Chernobyl menggemparkan dunia. Sabtu tersebut merupakan hari paling malang dalam sejarah Ukraine, jauh lebih malang berbanding Holodomor sendiri.

Pada 26 April tersebut, sebuah letvpan telah menghamburkan unsur-unsur radiasi ke atmosfera. Mikhail Gorbachev terpaksa mengakui perkara ini selepas Denmark, Finland dan Sweden melaporkan tentang radiasi dengan begitu terkejutnya (The Learning Blog, 1986). Dan barulah seluruh dunia dengan seragam menyedari bahawa Chernobyl sedang mengeluarkan gas m4ut semasa prosedur ujian janakuasa.

Seramai 116,000 orang terpaksa dikeluarkan daripada kawasan perumahan yang berhampiran. Dianggarkan lima juta orang masih lagi hidup dalam kawasan yang dianggap tercemar dengan bahan-bahan radiasi. Ramai dalam kalangan bomba yang berjvang memadam api didapati meningg4l dunia tidak lama kemudian kerana kesan radiasi.

Begitu ng3ri keadaan di Chernobyl. Masa tergantung tanpa tali di Chernobyl. Setiap saat yang berdetik tidak berlalu. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau pula tanpa warna. Angin yang bersepoi pun tiada bunyi. Sebaliknya di setiap inci tempat ini ialah taman permainan m4ut, m4ut dan m4ut.

Chernobyl dikatakan sudah tidak selamat sampaikan beberapa tempat di bandar tersebut perlu 20,000 tahun untuk saki-baki radiasi leny4p secara sendiri (Maza, 2019). Sepertimana Chernobyl menjadi contoh fizikal kepada pepatah padang jarak, padang terkukur, bandar ini juga mempamerkan satu lagi contoh yang nyata. Bahawasanya Bumi ini boleh merawat diri sendiri.

Radiasi telah lama dipercayai sebuah unsur yang tidak sesuai untuk kehidupan. Namun sejak 1991 lagi, sejenis kulat telah ditemui pada dinding-dinding relau nuklear (nuclear reactor). Kulat ini yang berwarna hitam didapati 16 tahun kemudian mempunyai ciri-ciri begitu memberangsangkan. Ia merupakan satu-satunya kehidupan yang boleh makan apa saja kalah puak Wuhan (Ledford, 2007). Kaya dengan melanin, Chernobyl merupakan habitat yang begitu sesuai untuknya.

Ia mem4k4n asbestos, plastik, minyak – dan radiasi sendiri. Setiap benda yang dim4k4n akan dibuat sumber bekalan kimia untuk tumbesarannya. Jadi terdapat kebarangkalian tinggi bahawa Chernobyl suatu hari nanti mungkin boleh didiami berkat dengan bantuan simbiosis daripada kulat hitam ini. Radiasi yang menghalau manusia telah menciptakan suatu suasana begitu kondusif untuk kehidupan liar. Babi hutan dan rusa merupakan antara haiwan yang kian beranak-pinak (Offord, 2015).

Dalam hal ini pula, Chernobyl menunjukkan bahawa kesan-kesan pemburuan sebenarnya jauh lebih berbaaaya berbanding radiasi itu sendiri. Kerana kadar pembiakan haiwan di Chernobyl sebenarnya lebih memberangsangkan kalau dibandingkan dengan hutan bersih.

Namun begitu perkara ini tidak sama sekali bermaksud Chernobyl sesuai dijadikan habitat untuk haiwan. Hanya bagaikan contoh fizikal semata-mata, bahawa jika kegiatan memburu berjaya dibendung secara akta dan amalan, kepelbagaian biologi mungkin boleh dibetulkan semula.

RUJUKAN:

The Learning Blog. (1986, April 29). Soviet announces nuclear accident at electric powerplant. New York Times. Retrieved from https://learning.blogs.nytimes.com/2012/04/26/april-26-1986-explosion-at-chernobyl-nuclear-plant/

Ledford, H. (2007, May 23). Hungry fungi chomp on radiation. Nature. Retrieved from https://www.nature.com/news/2007/070521/full/news070521-5.html#B1

Maza, C. (2019, June 5). Is Chernobyl safe? Can you live there now? Experts explain the risks. Newsweek. Retrieved from https://www.newsweek.com/chernobyl-safe-now-when-will-1414489

Offord, C. (2005, October 7). Animals return to site of Chernobyl nuclear disaster. Science Focus. Retrieved from https://www.sciencefocus.com/planet-earth/animals-return-to-site-of-chernobyl-nuclear-disaster/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.