zaman Empayar Uthmaniyyah hingga ke zaman Republikan pra dan pasca demokrasi hari ini, Turki telah menyaksikan rampasan kuasa yang gagal dan berjaya berkali-kali dengan hasil yang berbeza-beza.

Pentadbiran Empayar Uthmaniyyah secara ringkasnya terbahagi kepada tiga cabang dengan satu moderator:

  • Ulama’ – Para agamawan yang menilai dan menjadi penasihat pemerintah dalam sebarang penerbitan ferman.
  • Kalamiya – Kumpulan yang mewakili badan birokratik pusat dan luar bandar.
  • Sayfiya – Kakitangan t3ntera.
  • Moderator – Istana

Keharmonian dan keseimbangan di antara ketiga-tiga kelas ini seperti kaki trivet yang dikendalikan oleh istana dinasti. Sekiranya keseimbangan ini tidak stabil, istana inilah yang akan menanggung akibatnya.

Istana pernah mengambil alih sepenuhnya kuasa pemerintahan pada waktu-waktu tertentu, seperti yang berlaku semasa zaman pemerintahan Sultan Murad IV pada abad ke-17. Namun, ketiga-tiga kelas ini biasanya tetap taat setia bersama kedaulatan istana dan memisahkan potensi kuasanta dengan kuasa sultan.

Dengan menghapuskan perkhidmatan pasukan elit Janisari dan mengehadkan autoriti para ulama dan wazir, Sultan Mahmud II mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan pemerintah pusat. Reformasi Tanzimat pada tahun 1839 membuka jalan bagi birokrat untuk mendapatkan kembali kuasa.

Dalam percubaan yang gagal untuk mematahkan pengaruh kekuasaan ini, Sultan Abdülaziz digulingkan pada tahun 1876 melalui rampasan kuasa birokrat t3ntera. Sultan Abdülhamid II mewarisi takhta, dengan mempermainkan pihak ‘negara dalam’ (deep state) British di Istanbul, dia berjaya mendapatkan kembali kuasa mutlak di istana seperti yang pernah dilakukan oleh datuknya Sultan Mahmud II.

Selepas Revolusi Turki Muda pada tahun 1908, kuasa beralih kepada t3ntera yang bertindak secara selaras dengan pihak birokrat. Semenjak saat itu, pemerintah silih berganti di Turki, tetapi pihak birokrasi awam dan tenter4 sentiasa mengekalkan kekuasaannya.

Satu cubaan merampas kembali kuasa oleh penyokong dinasti dianjurkan pada 31 Mac 1909, yang dikenali sebagai “Kejadian 31 Mac” terhadap orang-orang Turki Muda yang telah mencabul kekuasaan Sultan Abdülhamid II.

Melalui rampasan kuasa yang gagal ini, Sultan Abdulhamid II disingkirkan dari takhta. British didakwa telah menjadi perancang utama, kerana pemerintah British menginginkan kekuasaannya sendiri dalam menghadapi Jerman atau Jawatankuasa Kesatuan dan Kemajuan (C.U.P.) Semenjak itu, sebarang gerakan pembangkang akan dihapuskan.

Walaupun telah berjaya menjatuhkan Sultan Abdülhamid II pada tahun 1909, pihak Turki Muda menyedari bahawa kuasa politik masih berada di tangan para birokrat dan mereka mulai mengeluh, “Untuk apa kita melakukan revolusi ini?”Selepas itu, golongan muda yang tidak mempunyai kemahiran mentadbir, tetapi lebih berminat membaca puisi dan mabuk di bar-bar sekitar Thessaloniki menjadi satu-satunya pengawal kuasa kerajaan.

Pada tahun 1913, Enver Bey, seorang pegawai tenter4 muda yang bakal mencipta namanya, menyerbv “Bâb-ı Âli” (Pelabuhan Sublime), pusat empayar pada masa itu. Dia menemb4k Menteri P3rang dan memaksa Wazir Agung untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

Mereka berjaya menjadikan empayar ini runtuh dalam masa lima tahun. Orang-orang muda Turki meletakkan idea penentangan dalam pemikiran segelintir tentera dan orang awam yang menganggap diri mereka sebagai idealis sehingga mereka mampu melakukan kvdeta dan mengambil alih kuasa bila-bila masa yang mereka mahu.

Tidak melampau rasanya jika kita katakan bahawa tanpa mengambil kira kekuatan bersenj4ta, mustahil rampasan kuasa mampu dilaksanakan jika tiada hasvtan dan sokongan kuasa asing.

Sepanjang sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak pemb3rontakan dan rampasan kuasa yang dimulakan oleh t3ntera yang disokong oleh birokrat atau ulama. Sebanyak 11 kali sultan-sultan kehilangan takhta di mana tiga daripadanya mengakibatkan kem4tian sultan.

Salah satu peristiwa yang amat memberi kesan kepada Turki adalah ketika Sultan Abdülaziz digulingkan dari takhta melalui pembvnuhan. Ia bermula dengan perancang utama memperdayakan pihak t3ntera dengan membuat dakwaan bahawa Rusia mahu mencvlik sultan dan mereka perlu pergi melindunginya.

FITNAH TERHADAP SULTAN ABDÜLAZIZ

Rampasan kuasa era moden yang pertama dalam sejarah Turki biasanya merujuk kepada peristiwa penggulingan takhta Sultan Abdülaziz pada tahun 1876. Perancang rampasan kuasa, iaitu Midhat Pasha (ketua Jawatankuasa Uthmaniyyah Baru), Hüseyin Avni Pasha (Ketua Kakitangan), dan Süleyman Pasha (Menteri Per4ng), menggulingkan Sultan dan mengangkat Murat V di atas takhta.

Sama seperti yang biasa berlaku sepanjang era Republik, pelajar tenter4 digunakan untuk rampasan kuasa. Sepuluh hari kemudian, Sultan Abdülaziz ditemui m4ti dalam keadaan yang amat mencurigakan, seolah-olah keadaan jen4zahnya dibuat supaya kelihatan seperti dia ‘membvnuh diri’.Pada tahun 1876, Empayar Uthmaniyyah adalah negara keempat yang paling kuat di dunia; ia mempunyai angkatan t3ntera keempat terbesar di dunia dan armada laut ketiga terbesar di dunia. Keluasannya merangkumi wilayah seluas 12 juta km persegi dengan jumlah penduduk 64 juta orang.

Ketika perisik British menyebarkan propaganda bahawa Empayar Uthmaniyyah sedang kehilangan pengaruhnya dan sedang menjadi ‘orang sakit Eropah’, pada hakikatnya Uthmaniyyah ketika itu sebenarnya menikmati salah satu era teragungnya di bawah kepimpinan Sultan Abdülaziz.

Wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyyah pada 1876 merangkumi 35 buah negara yang berlainan hari ini. Pada waktu itu, Istanbul adalah bandar kelima terbesar di dunia.

Sultan Abdülaziz adalah seorang sultan yang berani mengambil pendirian yang jelas dan tegas terhadap British yang sedang membina pengaruh melalui ‘deep state’. Dia tidak membiarkan fahaman teori Darwinisme disebarkan, dia menyingkirkan perisik British dari persekitaran terdekatnya.Abdülaziz juga segera menutup media cetak Mecmua-i Fünûn (Jurnal Sains) di atas tindakan tabloid tersebut yang memulakan penyebaran propaganda Darwinis. Perintah untuk menyingkir Ahmed Midhat Pasha yang pro-British serta salah seorang penyebar Darwinis yang paling kuat di Empayar Uthmaniyyah, adalah seperti berikut:Dia menyingkirkan Hüseyin Avni Pasha dari jawatannya kerana Avni memiliki kepercayaan yang obses terhadap Darwinisme dan kerana sikapnya yang pro-Inggeris, namun akibatnya, Avni Pasha akan bertindak sebagai salah seorang pelaku utama rampasan kuasa terhadap Sultan Abdülaziz.  Hüseyin Avni Pasha adalah individu yang merancang pembvnuhan Sultan.

“Mulai sekarang, tidak akan ada lagi pusat percetakan yang akan mencetak apa-apa mengenai monyet Midhat Efendi.”

Sultan Abdülaziz adalah seorang Muslim yang taat, yang memiliki impian untuk melihat dunia Islam yang bersatu. Semasa pemerintahannya, dia menjadikan Tentera Uthmaniyyah sebagai kekuatan yang hebat dengan senjata canggih, yang meliputi 25 kapal p3rang lapisan keluli jenis stim dan 175 kapal p3rang biasa.

Sebaik sahaja dia menaiki takhta, dia melipatgandakan kepanjangan landasan kereta api sejauh 450 km sebelumnya. Khalifah terakhir Uthmaniyyah yang dilantik Majlis Agung Kebangsaan Republik Turki, Abdulmejid II menggambarkan bapanya Abdülaziz dengan kata-kata berikut di dalam buku catatan yang ditulisnya pada tahun 1920-an:

“Syukurlah, ayahandaku Abdülaziz Khan tidak mencandu (ketagihan) sebarang kelemahan moral. Sebenarnya, bukan sahaja dia tidak pernah minum alkohol sepanjang hidupnya, tetapi juga dia tidak merokok. Malah kopi adalah sesuatu yang diminumnya hanya pada waktu yang jarang berlaku.

Itulah sebabnya dia mempunyai struktur badan yang sangat kuat. Dia tidak pernah jatuh sakit selama lima belas tahun pemerintahannya. Namun, dia m4ti syahid setelah menghadapi musibah digulingkan kerana dia tidak memiliki seorang pun yang dapat membantunya dengan jasa besar yang dimulakannya”.Hüseyin Avni Pasha, penghasut pembvnuhan itu, pergi ke Istana untuk melihat bagaimana rancangan pembvnuhannya berjalan. Ketika dia melihat bahawa Abdülaziz Khan masih hidup setelah pergelutan itu, dia memerintahkan agar Sultan dibawa ke dapur balai polis atas ‘urusan’ istana. Inilah sebabnya mengapa bantuan perubatan dilewatkan hingga dia mengalami pendar4han yang teruk dan m4ti syahid.

Pelaku rampasan kuasa kej4m ini cuba memfitnah Abdülaziz Khan dengan dakwaan bahawa dia membvnuh diri. Namun, pemeriksaan pada tubuhnya menunjukkan bahawa kedua belah pergelangan tangannya telah dikel4r, satu sisi janggutnya telah dir0bek, giginya telah patah dan terdapat kesan l3bam besar di dadanya.

Untuk menyembunyikan kesan pergelvtan, Hüseyin Avni Pasha merobek langsir di stesen dan menutup jen4zah Sultan kecuali bahagian lengannya. Dia menyuruh doktor Marko Pasha, pengarah Sekolah Perubatan Tentera, untuk memeriksa pergelangan tangannya sahaja dan menulis keputusan laporan itu sebagai kes bvnuh diri.

Namun, Marko Pasha menolak.  Kemudian seorang doktor tentera lain, Kolonel Dr. Ömer Bey, dipanggil, tetapi ketika dia juga menolak untuk menandatangani laporan itu, pingatnya dilucutkan dari seragamnya pada saat itu juga sebelum dia diusir ke Libya.

J3nazah Sultan Abdülaziz dimakamkan dalam keadaan yang tergesa-gesa pada hari yang sama berhampiran makam Sultan Mahmud II di Divanyolu.

Sejarawan Turki, İsmail Hami Danişmend, dalam buku İzahlı Osmanlı Tarihi Kronolojisi sebanyak lima jilid (Kronologi Terperinci Sejarah Uthmaniyyah), menyenaraikan tiga puluh satu dalil yang membuktikan bahawa Sultan tidak membvnuh diri.

Doktor dari Kedutaan British pula mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh memotong pergelangan tangan seseorang seperti itu, setelah melihat sendiri jenaz4h Sultan. Manakala kenyataan oleh Nazime Sultan, puteri Sultan Abdülaziz, tidak memberikan ruang untuk meragui apa sebenarnya yang berlaku:

“Segala dakwaan bahawa bapa saya membvnuh diri adalah bohong. Saya melihat dengan mata saya sendiri bahawa mereka membvnuh ayah saya.”

Tidak ada sesiapa yang mempercayai dakwaan palsu ini kerana salah seorang ahli gusti yang melakukan pembvnuhan itu telah membuat pengakuan atas jenayahnya setelah beberapa ketika:

“Fahri Bey meny3rang dari belakang dan memegang lengan [Sultan Abdülaziz].  Haji Mehmet dan Algeria Mustafa duduk di atas lututnya. Dan saya mengelar urat di lengan kirinya sedalam yang saya boleh dengan pisau lipat. Saya bahkan menusuk lengan kanannya di beberapa tempat dengan pisau..”


Sejarawan melaporkan bahawa sebelum rampasan kuasa, Midhat Pasha terus-menerus dipuji dan dijulang oleh media Eropah, terutamanya oleh akhbar-akhbar British.

Benar, semasa penggal pertamanya sebagai wazir agung sebelum rampasan kuasa, yang berlangsung selama lapan puluh hari, Midhat Pasha membenarkan Mesir dan Tunisia memohon pinjaman secara bebas, yang menyebabkan Mesir berada di bawah pemerintahan Inggeris dan Tunisia di bawah pemerintahan Perancis.

Ketika siasatan dilancarkan setelah ser4ngan berd4rah itu, Midhat Pasha yang ‘anglophile’ itu lari mencari perlindungan di pejabat Konsulat British, memandangkan dia tahu apa akibat yang akan dia perolehi.

Keadaan itu yang menyebabkan situasi ekonomi empayar merosot pada tahun 1876 lalu menyebabkan pakatan di antarq Midhat, wazir agung, dan menteri p3rang mengguling dan membvnuh Sultan Abdülaziz pada 30 Mei dan meletakkan anak saudaranya Murad V di atas takhta.

Selepas rampasan kuasa, dia dilantik kembali sebagai wazir agung dan dia mengadakan ‘Persidangan Konstantinopel’ (juga dikenali sebagai Persidangan Shipyard), bersama-sama dengan penyertaan pegawai British.

Persidangan ini merupakan tonggak penting kerana Midhat Pasha, yang dipimpin oleh negara dalam British, memutuskan untuk mengheret Uthmaniyyah ke kancah p3rang dengan Rusia, yang memainkan peranan besar dalam kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Tidak lama setelah menaiki takhta, Sultan Murad V yang merupakan seorang anggota Freemason, didapati mengalami masalah mental yang teruk, sekaligus membatalkan kelayakannya untuk memerintah lalu menyebabkan dia diturunkan pada bulan Ogos, dan dia digantikan oleh adiknya Abdülhamid II.

Midhat sekali lagi menjadi wazir agung, dan atas desakannya, perlembagaan pertama kerajaan diluluskan pada 23 Disember, menjamin pelbagai kebebasan demokratik. Namun, pada bulan Februari berikutnya, dia dipecat dan diperintahkan untuk meninggalkan negara itu.

Dia dipanggil semula pada tahun berikutnya dan dilantik sebagai gabenor Smyrna. Pada bulan Mei 1881, sultan kembali memerintahkan penangkapannya, dan, walaupun dia melarikan diri dan berlindung di sebalik kekuatan Eropah, dia menyerah diri tidak lama kemudian.

Dalam perbicaraannya, dia didapati bersalah telah menyebabkan kem4tian Sultan Abdülaziz yang digulingkan dan Midhat dijatuhkan hvkuman m4ti. Melalui campur tangan British, hvkuman itu diganti dengan hvkuman p3njara seumur hidup. Midhat menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya di Al-Ṭāʾif, di mana dia dipercayai mungkin dibvnuh.

Ketika Abdülhamid II menduduki takhta, baginda pernah memerintahkan kes siasatan terhadap kem4tian Sultan Abdülaziz dibuka semula.

RUJUKAN:

  • Ekrem Bugra Ekinci – A Brief History of Coups in Turkey

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.