Kudeta sedang berlangsung di negara Afrika bernama Zimbabwe. Panglima angkatan tentera, Constantino Chiwenga mengisytiharkan bahawa Presiden Robert Mugabe kini berada di bawah penjagaan (“custody”) mereka, dengan kata lain, Mugabe di bawah tahanan.

Kudeta berasal daripada perkataan Perancis “coup d’etat” (“blow to the state”) yang membawa maksud rampasan kuasa politik oleh elit tentera. Kudeta selalu berlaku selepas berlakunya perbalahan antara pemimpin awam dan pemimpin tentera. Dalam kes Zimbabwe kali ini, pencetus (“trigger”) kepada kudeta ialah pemecatan Emmerson Mnangagwa (sekutu pihak tentera) daripada jawatan Naib Presiden dan juga ugutan Mugabe untuk memecat Chiwenga.

Satu lagi peristiwa kudeta yang terkenal berlaku di Indonesia pada tahun 1965 di mana Presiden Sukarno digulingkan oleh Jenderal Suharto selepas kegagalan Sukarno membendung kuasa Parti Komunis Indonesia.

Tiada siapa pun nak kesian dengan Mugabe, pemimpin Zimbabwe yang bersikap boros dan gagal memerintah negaranya sehingga Zimbabwe menjadi negara yang terkenal dengan inflasi merayap. Cuma, penggulingan secara kudeta selalunya tidak akan selesaikan masalah negara malah membuka pintu fitnah (atau “Pandora’s Box” / “floodgate” / “can of worms”) yang membawa kepada kitaran (“vicious cycle”) rampasan kuasa dan perang saudara yang tiada kesudahan.

Contohnya seperti di Iraq yang mengalami 3 kali lagi rampasan kuasa dan keganasan politik dalam masa 10 tahun selepas kudeta menggulingkan monarki pada tahun 1958. Di Syria berlaku 8 kali kudeta dalam masa 21 tahun (1949-1970) sebelum Hafez Assad berkuasa. 5 kudeta berlaku di Thailand sejak 1977. Di Turki, tentera Kemalis melakukan kudeta pada tahun 1960, 1971, 1980 dan 1997 terhadap pemimpin reformis-Islamis yang mengancam “Kemalist deep state”.

Negara-negara yang kelihatan maju dan demokratik sekarang seperti Korea Selatan pun pernah diperintah oleh diktator yang merampas kuasa secara kudeta seperti Park Chung-hee (1963-1979) dan Chun Doo-hwan (1980-1988). Permainan rampasan kuasa ni, kalau dah mula, susah nak dihentikan.

Dalam hal ini, Malaysia terserlah sebagai antara negara yang bebas daripada masalah kudeta. Kita harus menghargai jasa Founding Fathers kita yang mewujudkan “civil-military relations” yang baik, kawalan awam (“civilian control”) yang berkesan dan juga semangat keluhuran perlembagaan.

Tak kira apa masalah politik kita, selesaikan dalam kerangka perlembagaan, jangan sesekali main-main dengan jalan pintas seperti kudeta atau rampasan kuasa. Keamanan dan kestabilan yang kita nikmati bukan sesuatu yang mudah diperolehi, jadi jangan kita sia-siakan.

(setiap kali dengar kes rampasan kuasa je akan terfikir pasal buku “The Soldier and the State” oleh Samuel Huntington, karya agung dalam kajian “civil-military relations”)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply