Kucing paling dah$yat di dunia? Mesti kita rujuk kepada keluarga kucing besar macam harimau, harimau bintang, dan singa. Kita mesti fikir harimau-lah kucing paling dah$yat kerana memburu secara senyap. Sesetengah kita juga fikir harimau bintang-lah kucing paling dah$yat kerana lariannya pantas mengejar mangsa. Ada juga antara kita fikirkan bahawa singa-lah paling dagh$yat kerana statusnya sebagai raja rimba. Tapi betulkah ketiga-tiga kucing besar ini memegang gelaran ini?

Sebenarnya, ketiga-tiga kucing besar ini tidak memegang gelaran tersebut. Kucing yang layak memegang gelaran ‘Kucing paling Dah$yat di Dunia’ adalah kucing berkaki hitam (black-footed cat), kucing Afrika terkecil dunia.

Seriuslah bro? Kucing Afrika yang saiznya macam anak kucing biasa ni memegang gelaran kucing paling dah$yat di dunia? Lebih baik singa yang pegang gelaran tu kan?

Kalau tak percaya, saya ceritakan serba sedikit pasal kucing comel ini. Nama saintifik kucing berkaki hitam ini adalah Felis nigripes, juga dikenali sebagai kucing bertompok kecil (small-spotted cat). Kucing ini hanya ditemui di selatan benua Afrika terutamanya di Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, dan selatan Angola. Rekod terdahulu menunjukkan Botswana juga mempunyai populasi kucing ini namun kajian terkini tidak kehadiran kucing tersebut.

Kucing berkaki hitam/Black-footed Cat

Kucing berkaki hitam adalah kucing Afrika terkecil dunia dengan panjangnya hanya sekitar 52 hingga 62 cm. Berat kucing dewasa hanya purata 1.9 kg hingga 2.45 kg. Walaupun nama kucing ini berkaki hitam, namun bahagian kaki yang hitam hanyalah bahagian tapaknya saja. Telinganya bulat, bermata besar, dan berekor pendek dengan hujungnya bertompok hitam. Bulunya pula berwarna kayu manis bersama tompokan hitam dan perang.

Habitat kucing ini adalah kawasan savanna, semi desert (gurun bersuhu sederhana), dan padang rumput. Biasanya mereka tinggal di lubang bekas rumah anai-anai. Kucing ini bukan pemanjat seperti kucing lain, jadi lubang yang dia korek sajalah tempat tinggalnya. Kucing ini juga tidak jenis bersosial dan hanya hidup sendirian.

Masuk diet pemakanannya, kita akan tahu mengapa Kucing ini adalah paling dah$yat di dunia. Kucing ini hidup nokturnal. Siang hanya rehat dan pada waktu malam ia aktif memburu. Sepanjang 8 kilometer kucing berkaki hitam perlukan untuk mengembara mencari mangsa. Kucing ini hanya memburu spesis mangsa seperti tikus, burung, dan arnah hutan bersaiz kecil. Serangga dan labah-labah juga hidangan kucing tapi jarang menjamahnya.

Kayu ukur kedah$yatan seekor haiwan ini adalah berdasarkan kekerapan haiwan ini memburu setiap 24 jam. Dalam kes kucing berkaki hitam, hanya satu malam kucing ini berjaya membvnuh 10 hingga 14 ekor mangsa. Purata seekor mangsa pada setiap 50 minit. Cara pemburuannya hanya melalui pengintipan sehingga mangsa lalai dan menunggu mangsa keluar dari sarangnya. Kekerapan pemburuan sebanyak 60% tanpa kegagalan menjadikan kucing ini layak memegang gelaran kucing terdahsyat berbanding singa yang hanya mempunyai kadar pemburuan sebanyak 20-25% tanpa gagal.

Sekarang, status konservasi kucing berkaki hitam adalah ‘Terdedah’ (Vulnerable) sejak 2002. Populasi kucing ini semakin berkurang kerana pemburuan mangsa untuk daging, penyeludupan haiwan eksotik, dan pemburuan oleh haiwan domestik. Afrika Selatan telah mengharamkan pemburuan mangsa untuk selamatkan populasi kucing Afrika terkecil ini. Sebuah organisasi penyelidikan iaitu The Black-footed Cat Working Group berusaha melakukan projek kajian untuk pemeliharaan kucing berkaki hitam yang berterusan. Pelbagai zoo di selatan Afrika melakukan pemuliharaan haiwan ini melalui pembiakan.

RUJUKAN:

Sliwa, A.; Wilson, B.; Küsters, M. & Tordiffe, A. (2016). “Felis nigripes”. IUCN Red List of Threatened Species. 2018-1. IUCN. 2016

Stuart, C. T., Wilson, V. J. (1988). The cats of southern Africa. Chipangali Wildlife Trust, Bulawayo.

Sunquist, M.; Sunquist, F. (2002). “Black-footed cat Felis nigripes (Burchell, 1824)”. Wild cats of the World. Chicago: University of Chicago Press. pp. 76–82

Weisberger M. (01 November 2018). Adorable, Remorseless Killing Machine Is World’s Deadliest Cat. Live Science. https://www.livescience.com/63992-deadliest-cat.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.