Moving Forward As One

Kubur Manusia Tertua Dunia Ditemui!

2,671

PayLater by Grab

Seorang anak ialah permata untuk ibu bapa yang bertanggungjawab. Daripada bayi sampai besar, anak ditatang sehabis mungkin dengan curahan perhatian serta kasih sayang tidak terhingga.

Setiap hari hubungan ibu bapa semakin akrab dengan anak, tambah jika masih lagi bayi. Maka kehilangan seorang anak memanglah sa.kit lagi meny.ak.itkan.

Itulah perasaan seorang ibu (atau sepasang suami isteri) yang hidup sekitar 78,000 tahun lalu. Saintis hari ini menemui sebatang jasad yang terkujur dalam li.ang la.had di Kenya.

Jasad ini masih lagi kecil, yakni seorang bayi berusia 30 hingga 36 bulan. Tidak sempat langsung untuk mengenal dunia… tetapi dunia hari ini mengenalnya sebagai “kµbµr paling tua” dalam sejarah.

Tapak penggalian bayi ini.

Jujurnya penemuan bayi ini tidak harus mengejutkan pakar arkeologi. Memang biasalah kalau jumpa rangka daripada 78,000 tahun lalu. Sangat biasa. Rekod paling tua dipegang rangka Jebel Irhoud di Morocco, dengan jangkaan melebihi 300,000 tahun (Strickland, 2017).

Namun Rangka Jebel Irhoud ditemui dalam keadaan bersepah, hanya serpihan fosil terdiri daripada tempurung kepala dan tulang rahang… itu pun daripada lima individu berbeza. Kalau bercerita dalam bahasa pasar, Rangka Jebel Irhoud ialah sebuah keluarga yang ma.ti di ruang tamu atau dapur (kerana ada bukti penggunaan api).

Tulang rahang Rangka Jebel Irhoud.

Dalam bahasa arkeologi, rangka-rangka sebegini ditemui dalam sebuah tapak… bukannya kµbµr. Untuk digelar sebuah kµbµr, rangka perlu terletak elok dan lengkap daripada hujung kepala sampai hujung kaki.

Dan rangka bayi yang ditemui di Kenya lulus saringan ini. Walaupun sudah lama, saintis masih dapat mengesan perasaan sayang keluarga (atau masyarakat) yang mengenali bayi ini. Namanya sudah lama ditelan zaman; jadi saintis memanggilnya “Mtoto” (bermaksud “budak” dalam bahasa Swahili).

Susunan tulang halus Mtoto menjadi saksi saintifik. Kerana Mtoto disem.adikan dengan lembut secara mengiring ke sebelah kanan. Kedua-dua kaki pula dilipat ke bahagian dada kecilnya. Mungkin tubuhnya dibalut ketat dengan bedung diperbuat daripada kulit haiwan.

Dan di bawah kepalanya ada pelapik lembut sebagai bantal (Martinon-Torres, et al., 2021). Cara pen.gebµ.mian ini agak menyentuh hati. Mereka menyediakan sebuah lia.ng lah.ad sangat selesa, seolah-olah untuk Mtoto tidur dengan nyenyak.

Lukisan digital Mtoto. Rangkanya perlu dikeluar satu demi satu kerana terlalu rap.uh.

Ini amat mengejutkan saintis, kerana jelas sekali satu usaha terakhir daripada ahli keluarga tersayang. Mungkin dikucup terlebih dahulu sebelum wajah comel Mtoto hilang buat selamanya.

Penemuan Yang Sangat Penting

Apa yang menyebabkan kema.tian tidak mungkin dapat dikenal pasti. Rangkanya terlalu usang untuk menjalani bed.ah siasat yang rapi. Pelapik itu sudahpun rep.ut dima.mah zaman, menyebabkan kepala Mtoto teralih menegak oleh kerana ruangan kosong di bahagian bawah.

Mungkin terkena penya.kit. Mungkin dipat.µk ular. Banyak kebarangkalian yang sebenarnya tidak penting untuk diulas lebih lanjut.

Yang paling penting ialah elemen sosial di sebalik pengebµ.mian ini. Kedudukan jasad sudah cukup untuk menceritakan tentang kepercayaan pada masa itu.

Malah penemuan barangan bernilai di sekitar kµbµr ini mencerminkan perasaan orang sekeliling pada Mtoto. Walaupun sudah jelas, saintis masih lagi membuat pengesahan yang bayi ini memang dikeb.µm.ikan.

Imbasan mikroskop mendapati yang “usia tulang” dan “komposisi kimia” pada tanah mempunyai usia sama. Bermakna Mtoto re.put dalam tanah yang dikorek.

Sudah pasti saintis akan giat meneruskan penggalian untuk menyingkap prasejarah Afrika. Selama 150 tahun, pakar-pakar arkeologi membuka jendela masa. Tetapi mereka terlalu menumpukan perhatian di Eropah dan Timur Tengah.

Usaha penggalian di Afrika sangatlah terhad. Jadi Mtoto buat masa sekarang memegang rekod pasal kµbµr. Tidak pelik satu hari nanti terjumpa kµbµr jauh lebih tua. Ilmu arkeologi pun akan bertambah dengan penemuan-penemuan sebegini.

Kerana ia menjadi saksi bahawa evolusi sentiasa berlaku, dan manusia prasejarah mempunyai hati perasaan serta akal sama seperti zaman ini.

RUJUKAN:

Martinon-Torres, N., et al. (2021, Mei 5). Earleist known human (ditapiskan) in Africa. Nature.

Strickland, A. (2017, Jun 8). Oldest Homo sapiens fossils discovered. CNN Health.

Ruangan komen telah ditutup.