Dalam artikel kali ini kita akan kembali sekali lagi ke abad ke-14, zaman di mana pegawai-pegawai kesihatan awam di Eropah masih tidak memahami kewujudan virus, tetapi mereka memahami kepentingan dalam menjaga jarak sosial dan membasmi kuman.

Hampir sekitar 700 tahun yang lalu, ramai para pakar perubatan dan pegawai kesihatan yang berusaha melawan keganasan wabak bubonic di Itali pada abad pertengahan tidak mempunyai pengetahuan mengenai virus atau bakteria, tetapi mereka cukup faham tentang Black De4th memandangkan mereka melaksanakan beberapa langkah anti penularan yang terawal di dunia.

Bermula pada tahun 1348, sejurus selepas wabak tiba di kota-kota besar seperti Venice dan Milan, pegawai kota meletakkan langkah-langkah kesihatan awam kecemasan di tempat yang sepatutnya, di mana ia hari ini ia menjadi salah satu amalan terbaik dalam menjarakkan sosial dan membasmi jangkitan di permukaan.

Mereka tahu bahawa mereka perlu berhati-hati dengan barang-barang yang sedang diniagakan, kerana penyakit ini boleh tersebar melalui objek dan permukaan, dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk menghadkan hubungan antara manusia.

KUARANTIN PERTAMA

Bandar pelabuhan Adriatik Ragusa (Dubrovnik moden di Croatia) adalah bandar yang pertama meluluskan undang-undang yang memerlukan perintah kuarantin mandatori terhadap semua kapal-kapal dan karavan pedagang yang tiba untuk memeriksa jangkitan.

Perintah asal tersebut yang terselamat dan disimpan dalam arkib Dubrovnik, mencatatkan bahawa pada 27 Julai 1377, Majlis Utama Bandar meluluskan undang-undang “yang menyatakan bahawa mereka yang datang dari kawasan yang dilanda wabak tidak akan dibenarkan masuk ke Ragusa atau daerahnya melainkan mereka duduk selama sebulan di pulau kecil Mrkan atau di bandar Cavtat, untuk tujuan pembasmian kuman.”

Memetik tulisan Zlata Blazina Tomic dalam Expelling the Plague: The Health Office and the Implementation of Quarantine in Dubrovnik, 1377-1533, Mrkan adalah sebuah pulau berbatu yang tidak berpenghuni di selatan bandaraya dan Cavtat terletak di hujung jalan karavan yang digunakan oleh pedagang-pedagang pedalaman menuju Ragusa.

Tomic menyatakan bahawa sesetengah ahli sejarah perubatan bersepakat dengan pendapat bahawa perintah kuarantin Ragusa adalah salah satu pencapaian tertinggi bidang perubatan zaman pertengahan.

Dengan memerintahkan pengasingan pelayar dan pedagang yang sihat selama 30 hari, pegawai Ragusa menunjukkan pemahaman yang luar biasa mengenai tempoh inkubasi.

Ketibaan baru mungkin tidak menunjukkan gejala wabak, tetapi mereka akan ditahan cukup lama untuk menentukan sama ada mereka sebenarnya bebas penyakit atau tidak.

KEPENTINGAN ‘QUARANTINO’ 40 HARI

Tempoh 30 hari yang ditetapkan dalam perintah kuarantin 1377 itu ditemui dalam bahasa Itali yang menyebutnya sebagai trentino, tetapi Jane Stevens Crawshaw, seorang pensyarah kanan dalam sejarah Eropah awal di Oxford Brookes University, mengatakan bahawa para doktor dan pegawai juga mempunyai kuasa untuk mengenakan jangka pendek atau lebih lama.

Perkataan Inggeris “quarantine” adalah keturunan langsung istilah quarantino, sejenis perkataan Itali untuk tempoh 40 hari.

Kenapa 40 hari? Pegawai kesihatan mungkin telah menetapkan kuarantin selama 40 hari kerana jumlahnya mempunyai kaitan simbolik dan berunsur keagamaan yang dekat dengan kepercayaan penganut agama Samawi zaman pertengahan. Terutamanya agama Kristian.

Dalam kepercayaan Kristian, apabila Tuhan membanjiri Bumi, berlaku hujan selama 40 hari dan 40 malam, dan Jesus berpuasa sepanjang tempoh selama 40 hari tersebut.

Stevens Crawshaw mengatakan bahawa sebelum kedatangan wabak itu, pengertian alkitab tentang tempoh penyucian selama 40 hari itu telah lama mempengaruhi amalan kesihatan. Selepas melahirkan anak, misalnya, ibu yang baru bersalin perlu berpantang dalam tempoh selama 40 hari.

ADAKAH PERINTAH KUARANTIN BERFUNGSI?

Walaupun dengan undang-undang kuarantin yang diperkenalkan, Ragusa berterusan diserang oleh penyakit pasca-wabak pada tahun 1391 dan 1397. Sebagai sebuah kota maritim yang bergantung kepada perdagangan, adalah mustahil untuk menghancurkan Ragusa sepenuhnya dengan penyakit tanpa merosakkan ekonomi.

Tetapi walaupun langkah kuarantin tidak melindungi sepenuhnya penduduk Ragusa daripada penyakit, dipercayai bahawa undang-undang itu mungkin telah berjasa dari segi tujuan lain iaitu mengembalikan sifat kepatuhan terhadap undang-undang.

Terdapat risiko-risiko dengan adanya pelbagai jenis epidemik, keruntuhan sosial, situasi panik yang meluas, kegagalan memuaskan keperluan rakyat, yang boleh jadi isu berbahaya. Terdapat pelbagai jenis emosi yang perlu diakui dan diatasi, itu adalah sebahagian daripada dasar kesihatan awam sejak 600 tahun yang lalu sama seperti sekarang.

HOSPITAL WABAK PERTAMA DI RAGUSA

Kuarantin bukanlah satu-satunya senjata utama dalam pertempuran Eropah yang berterusan menentang wabak itu yang secara berkala akan menghuru hara kan benua itu hingga ke abad ke-17.

Ragusa juga merupakan bandar pertama yang mendirikan sebuah hospital sementara di sebuah pulau yang disebut Mljet. Kemudahan baru yang dibiayai oleh kerajaan ini kemudiannya akan menjadi terkenal di seluruh Eropah dengan nama Lazaretto

Stevens Crawshaw, yang menulis buku mengenai hospital-hospital wabak, mengatakan bahawa nama perkataan Lazaretto adalah sama dengan perkataan Nazaretto, iaitu nama panggilan untuk sebuah pulau laguna di mana Venice membina hospital wabak yang pertama secara kekal, Santa Maria di Nazareth.

Lazaretto menyediakan dua fungsi, sebagai pusat rawatan perubatan dan kemudahan kuarantin.  Ini adalah satu cara yang berhemah untuk melayani ketibaan pesakit baru dan warga tempatan yang dijangkiti dengan wanak penyakit itu sambil menjauhkan mereka dari penduduk lain yang sihat.

Di Lazaretto, pesakit yang dijangkiti wabak akan diberikan makanan yang segar, tempat tidur yang bersih dan pelbagai promosi rawatan yang yang lain, di mana semuanya dibayar oleh kerajaan.

Struktur kesihatan awam mereka agak luar biasa di mana kerajaan perlu melabur sejumlah besar wang, tidak kira sama ada terdapat wabak atau tidak di Venice, hospital-hospital ini tetap beroperasi, diurus, dan bersedia menunggu ketibaan kapal-kapal yang mungkin disyaki membawa penyakit berjangkit.

RUJUKAN:

  • Zlata Blazina Tomic – Expelling the Plague: The Health Office and the Implementation of Quarantine in Dubrovnik, 1377-1533.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.