Semua sedia maklum dengan penularan wabak Covid-19 ini, salah satu cara yang digunakan pihak berkuasa untuk mengekang penularan Covid-19 ialah kuarantin selama 14 hari. Tetapi tidak ramai tahu, kuarantin sebenarnya memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental orang yang pernah mengalaminya.

Untuk mengkaji kesan ini, sekumpulan penyelidik dari King’s Cross, London melihat 24 kajian kesan kuarantin semasa penularan wabak seperti SARS, Ebola, MERS dan H1N1. Hasil dari pemerhatian mereka membawa kepada jawapan yang mengejutkan.

Antara kesan negatif kuarantin kepada kesihatan mental individu ialah sindrom tekanan pasca-trauma (PTSS/STPT), kemurungan, keliru, marah, takut dan berpotensi terjebak dengan penyalahgunaan bahan. Dan individu yang dianggap paling terkesan ialah individu yang mempunyai sejarah masalah mental.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan ini ialah tempoh masa yang dihabiskan semasa dalam kuarantin, tahap kebosanan, kekecewaan dan ketakutan, kekurangan bekalan asas dan kekurangan maklumat yang tepat berkenaan situasi semasa.

Selain isu kuarantin, kehilangan wang gaji akibat kuarantin dan stigma penyakit berkenaan turut memberi kesan kepada kesihatan mental individu berkenaan.

Bagi mengurangkan kesan negatif kepada kesihatan mental semasa kuarantin, pasukan penyelidik mencanangkan beberapa langkah:

  1. Tempoh kuarantin tidak berlanjutan daripada tempoh sepatutnya.
  2. Maklumat yang diberi semasa tempoh kuarantin tepat dan jelas.
  3. Mempunyai akses kepada bekalan asas yang mencukupi.
  4. Mengingatkan orang ramai tentang kepentingan kuarantin terhadap kesihatan awam.

Menurut ketua penyelidik Dr Samantha Brooks, langkah-langkah awal perlu diambil pihak berkuasa sebelum menguatkuasakan tempoh kuarantin bagi mengurangkan kesan negatif kepada kesihatan mental individu yang dikuarantin.

Dalam kajian sama, mereka berpandangan pekerja-pekerja kesihatan seharusnya mendapat perhatian dan sokongan sama semasa tempoh kuarantin serta menyarankan sokongan lebih harus diberi kepada individu yang mempunyai sejarah tekanan mental.

RUJUKAN:

AFP. Covid-19: Quarantine could have long-term mental effects. Free Malaysia Today. https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2020/03/03/covid-19-quarantine-could-have-long-term-mental-effects/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.