Kuala Lumpur Pernah Ditawan Pengganas?

887

Kita sememangnya patut bersyukur kerana tinggal di Malaysia. Sejak merdeka hingga kini, negara kita masih kekal mempertahankan kedaulatannya dari di3r4ng oleh mana mana pihak.

Dari kekacauan k0mvnis, pencerobohan tent3ra Indonesia sewaktu Era Konfrotasi hinggalah sewaktu Sabah dis3r4ng oleh pengg4n4s Sulu, anggota pertahanan negara kita berjaya mempertahankan kedaulatan negara kita ini dengan d4r4h dan air mata. Tapi, pernah tak kita bayangkan kalau negara kita ditawan oleh pengg4n4s?

Pejabat AIA yang terletak di Jalan Ampang

Sekitar 70an, bangunan AIA yang terletak di Jalan Ampang merupakan bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada ketika itu. Di samping menempatkan pejabat insurans, bangunan ini juga menempatkan beberapa buah kedutaan negara-negara asing seperti Amerika Syarikat, Sweden , Perancis dan Kanada.

Namun, pada  4 Ogos 1975, segala-galanya berubah. Pada hari itu, pekerja bangunan tersebut melakukan kerja-kerja mereka seperti biasa setelah bercuti hujung minggu. Pada jam 10.30 pagi, suasana sibuk seperti kebiasan terutama di ruang lobi.

Di dalam kesibukan tersebut, lima orang tidak dikenali berjaya menyusup masuk lalu naik ke tingkat 9 dengan menggunakan lif.

Setibanya mereka di sana, lima orang tidak dikenali itu melepaskan 12 t3mb4kan rambang sebagai tanda amaran. Kesemua daripada mereka segera dikumpulkan di dalam sebuah bilik yang terletak di pejabat AIA.

Pejabat itu merupakan salah sebuah pejabat yang terletak di tingkat 9 selain daripada dua lagi pejabat lain iaitu kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Di bawah, apabila mengetahui lif dimatikan dan terdengar bunyi t3mb4kan, Ketua Pengawal Keselamatan, Sukdave Singh segera menyiasat apa yang berlaku. Pada masa yang sama, Setiausaha Konsul Sweden, Ulla Odqvist membuat panggilan kecemasan kepada polis.

Apabila Sukdave tiba di tingkat 9, beliau telah dit3mb4k dan peluru tersebut menembusinya kepalanya. Mujur, rakannya ada di situ dan segera menutup lif lalu turun ke bawah untuk meminta pertolongan kecemasan.

Sukdave SIngh yang c3d3ra parah dibantu oleh anggota perubatan.

Polis yang mendapat aduan dan panggilan kecemasan tanpa henti daripada pagi hari tersebut menghantar pasukan mereka, beserta unit tindakan khas. Pasukan FRU (Federal Reserve Unit) juga dihantar bagi mengawal orang ramai.

Seorang anggota polis mula tiba ke lokasi kejadian dan menyiasat seperti Sukhdave. Polis itu juga turut menerima nasib yang sama seperti Sukhdave tetapi beliau berjaya turun semula ke lobi bersendirian.

Di bawah, satu skuad di bawah seliaan Zaman Khan (kini Tan Sri) mula mengatur operasi combat. Beliau  bersama lima orang anggota polis yang cekap dan lengkap bers3nj4ta pada awalnya diarahkan untuk meneliti dan mengumpulkan maklumat kerana sewaktu itu, tiada orang pun tahu siapakah sebenarnya penj3n4yah-penj3n4yah ini.

Anggota keselamatan yang mula tiba di Bangunan AIA

Namun, setibanya mereka di tingkat 4, dia diarahkan untuk turun semula kerana sewaktu itu, 2 das t3mb4kan lagi dilepaskan daripada tingkat 9 ke udara serta sekeping nota bertulis permintaan mereka dilemparkan keluar kepada orang ramai.

Ketua Polis, Tan Sri Haniff Omar tiba ke lokasi kejadian. Beliau mula menyedari ini bukan pengg4n4s biasa, mereka ini dari Japanese Red Army (JRA), sebuah organisasi pengg4n4s yang aktif. JRA ini terkenal setelah menjadi dalang ser4ng4n pengg4n4s di seluruh dunia.

Tun Razak yang mula tiba di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian ini, JRA menjadi dalang bagi letvpan di Lapangan Terbang Lod, Tel Aviv, Israel. Setahun sebelum kejadian ini, JRA juga telah “menawan” kedutaan Perancis di Netherlands dan memusnakan loji minyak di Singapura.

Menurut Fredrik Bergenstrahle, Konsul Sweden ke Malaysia pada ketika itu,  pengambilan tebusan ini mungkin disebabkan oleh penahanan dua anggota JRA di Sweden pada awal tahun 1975 kerana mereka melakukan perkara yang menimbulkan syak wasangka.

Mereka ditahan kerana mula merakam dan mengambil gambar kedutaan asing yang terletak di Stockholm, dan kedua-dua yang ditahan ini dipenjarakan di Jepun.

JRA meminta dua perkara selepas mereka berjaya “menawan bangunan AIA.

1. Membebaskan 7 orang banduan ahli JRA di penjara yang terletak di Jepun.

2. Menyediakan pesawat beserta juruterbang untuk menghantar mereka ke mana-mana negara yang mereka minta.

Kerajaan Malaysia kemudian membentuk satu pasukan rundingan yang diketuai oleh Tun Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri pada ketika itu. Pasukan ini mendesak wakil kedutaan Jepun yang bernama Michaikki Suma bagi memberi keputusan untuk mengelakkan mana-mana tebusan berisiko untuk kehilangan jiwa.

Setelah menjalani proses rundingan dengan agak lama, akhirnya pihak Kerajaan Jepun akur dengan ketegasan Tun Ghazali Shafie. Keesokan harinya, pasukan perunding mendapat berita bahawa Kerajaan Jepun bersetuju untuk melepaskan tujuh orang banduan dan diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Para t3bvsan ketika tiba di Lapangan Terbang Subang

Setelah tiba di Lapangan Terbang Subang, Tun Ghazali berunding bersama ketua pengg4n4s ini bahawa mereka inginkan sedikit jaminan dan meminta beberapa tebvsan yang terdiri daripada kanak-kanak dibebaskan. 5 jam kemudian, 9 orang tebusan dibebaskan dan pertukaran selebihnya akan dibuat di lapangan terbang Subang kelak.

Tan Sri Zaman Khas telah bertindak untuk meletakkan beberapa p3n3mbak tepat di sekeliling bangunan sebagai langkah keselamatan. Selepas beberapa ketika, para pengg4n4s t turun bersama 15 orang tebusan, dan mereka meletakkan posisi mereka di setiap tiga orang tebusan.

Setiap seorang daripada mereka memegang sebutir b0m tangan sebagai langkah berjaga-jaga. Kesemua b0m tangan ini telah dicabut pin keselamatannya, jadi, jika mereka dit3mb4k, mereka akan rebah dan lever b0m tangan ini akan menghentak bahagian firing pin di mana dalam masa diantara 4 hingga 5 saat (3 – 5 saat) akan menyebabkan letvpan yang akan membvnuh mana-mana orang yang berada kurang dari jarak 5 meter serta menc3d3rakan orang yang berada dalam lingkungan 15 meter.

Setelah mereka meninggalkan bangunan, pakar pemvsnah b0m, Leftenan Jamil diarahkan untuk menyiasat sama ada wujud perangkap atau tidak sebelum mereka menyelamatkan tebusan yang lain.

Bas itu kemudian tiba di Subang. Semasa proses rundingan, pihak pengg4n4s meminta empat pegawai kerajaan sebagai pertukaran kepada 15 tebusan tersebut. Empat orang tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Ramli Omar dan dua pegawai kerajaan Jepun.

Semasa pertukaran berlaku, juruterbang pesawat DC8 bernama Kapten Tomio Masuko enggan berlepas sekiranya terdapat bahan letvpan di dalam pesawat tersebut.

Perbincangan ini mencapai kata sepakat untuk meledakkan b0m yang dibawa oleh mereka di sebuah kawasan lapang yang terletak kira-kira 500 meter daripada lapangan terbang tersebut. Dua orang daripada anggota JRA yang diiringi oleh Leftenan Jamil Tahir meledakkan bahan letvpan tersebut dengan selamat.

Pada masa yang sama, Tun Ghazali ilang punca untuk mencari negara yang menerima pesawat ini. Setelah membuat banyak panggilan telefon dan rundingan dengan kesemua negara di seluruh dunia, akhirnya kerajaan Libya bersetuju untuk menerima pesawat ini.

Namun begitu, kapten juruterbang tersebut melengah-lengahkan masa untuk membawa pesawat ke Libya. Tun Ghazali menggunakan propaganda dan diplomasi beliau untuk memujuk kapten tersebut dan seterusnya kapten tersebut akur.

Setelah itu, timbul lagi masalah kerana pesawat yang dinaiki oleh para tebusan dan pengg4n4s ini tidak boleh sampai ke Libya kerana faktor saiz tangkinya. Tun Ghazali sekali lagi menggunakan kemahiran diplomasinya dan akhirnya kerajaan Sri Lanka bersetuju untuk menerima pesawat ini bagi tujuan mengisi minyak tetapi dengan syarat, tiada siapa dibenarkan keluar dari pesawat.

Mereka akhirnya tiba di Tripoli, Libya pada 8 Ogos 1975 dam 2 hari kemudian, kedua-dua orang pegawai tertinggi kerajaan Malaysia selamat tiba di Malaysia. Kerajaan Libya ingin mendakwa kesemua 12 orang pengg4n4s itu, tetapi akhirnya mereka diletakkan di bawah house-arrest atas sebab bukti tidak mencukupi untuk menyatakan merekalah yang melakukan kejadian tersebut.

Tan Sri Osman S Cassim

Dakwaan yang dikenakan hanyalah penjara selama 3 bulan di Jepun atas tuduhan menggunakan pasport palsu. JRA terus melakukan keg4n4san sehinggalah berhenti sepenuhnya pada 2001.

Peristiwa ini membuktikan kecekapan pihak keselamatan kita dalam menangani detik-detik mencabar ini. Ia juga bukti bahawa pemimpin kita mampu berdiplomasi dalam keadaan tenang di dalam suasana yang bah4y4.

Oleh itu, pada 2009, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim menerima anugerah Royal Order of the Polar Star yang diberikan oleh Raja Negara Sweden, King Carl XVI Gustaf atas jasanya ketika peristiwa ini. Sukhdave juga turut menerima Anugerah Kehormatan Dan Keberanian oleh Persatuan Pekerja Amerika Syarikat.

Sukhdave Singh yang menerima Anugerah Keberanian dari Persatuan Pekerja Amerika Syarikat
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.