Beliau boleh sahaja untuk tinggal di dalam suasana yang dilimpahi kekayaan, bersesuaian dengan kedudukan dan darjat keturunannya yang menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, beliau memilih untuk meninggalkan kerusi kemewahan itu dan memilih untuk bersama dan berkhidmat untuk rakyat.

Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah atau Ku Li bukanlah nama yang asing lagi. Beliau merupakan antara ahli politik veteran yang masih berkhidmat sehingga ke hari ini, Tengku Razaleigh atau Ku Li dilahirkan dari jalur keturunan keluarga Diraja Kelantan, Long Yunus pada Subuh 13 April 1937. Beliau merupakan putera kedua Tengku Sri Maharaja Tengku Mohammed Hamzah, bekas Menteri Besar Kelantan.

Dibesarkan seperti anak-anak raja yang lain, Ku Li banyak menghabiskan zaman kanak-kanaknya di kediaman rasmi keluarganya, Palm Manor, sebuah bangunan yang dibentuk ala Georgian yang dibina oleh bapanya. Ketika p3rang, beliau menyaksikan sendiri kekej4man dan kez4liman yang berlaku. Contohnya, beliau menyaksikan sendiri bapanya memberi penghormatan kepada pemerintah boneka di sana dan beliau juga menyaksikan anak pengasuhnya ditangkap dan dihantar menjadi buruh Landasan Keretapi M4ut.

Setelah tamat p3rang, Ku Li menyambung pelajarannya ke Malay College Kuala Kangsar, sekolah yang menjadi medan buat anak-anak bangsawan ketika itu. Beliau kemudian menyambung pelajarannya ke Anderson School dan seterusnya ke Queens University Belfast dan mengambil jurusan Ekonomi. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya ke Lincoln’s Inn untuk mengambil jurusan undang-undang. Namun, kem4tian ayahnya pada 1962 membantutkan pelajarannya lalu mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaya.

Pasca Pilihanraya Umum 1964, Ku Li mula menunjukkan minatnya untuk mencipta fenomena di dalam ekonomi Malaysia. Pada awal 1965, Ku Li berjaya menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera yang bertujuan untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera.

Hasil daripada Kongres ini,Bank Bumiputra Berhad berjaya ditubuhkan dan beroperasi pada tahun yang sama. Beberapa bulan sebelumnya, Ku Li dalam diam terbang ke London untuk mengkaji pasaran kewangan dan berjumpa dengan beberapa tokoh bank di sana.

Setelah mencapai kejayaan di dalam sidang kongres pertama,  Sidang Kongres Ekonomi Bumiputera berlangsung buat kali kedua pada September 1968. Sebuah resolusi yang mana akan melonjakkan nama negara diluluskan. Dari situ lahirlah PERNAS setahun berikutnya. Tujuan PERNAS ditubuhkan untuk memudahkan Bumiputera untuk menyertai bidang perniagaan berbentuk sederhana.

Pada 29 November 1969, ianya telah rasmi dilancarkan. Pemegang-pemegang PERNAS pada ketika itu termasuklah badan-badan kerajaan dan Kementerian Kewangan memiliki saham terbesar. Untuk memantapkan pengurusan PERNAS, beliau telah  mendapatkan perkhidmatan Booker McConnell, yang merupakan pengurus operasi perniagaan yang terkenal di Afrika dan Kepulauan Carribean. Melalui usaha ini, tertubuhlah PERNAS-Edar Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menjaga rangkaian perniagaan.

Setelah mencatatkan keuntungan di dalam PERNAS, Ku Li berjaya menyelamatkan Malaysian Insurance Sdn Bhd yang hampir bankrap pada ketika itu, Ku Li juga antara diplomat awal yang datang ke China untuk meluaskan rangkaian perniagaan ke sana – jauh mendahului Tun Razak yang mengadakan hubungan diplomatik ke China pada 1974.

Selama tiga bulan di sana, PERNAS berjaya mendapatkan jaminan daripada pihak China untuk membeli produk China dan PERNAS sebagai orang tengah. PERNAS turut mendapat penghormatan untuk menjadi tetamu di Pameran Perniagaan Canton pada Oktober 1971. Pada tahun 1972, PERNAS telah meluaskan rangkaian ke beberapa buah negara seperti Jepun, Kesatuan Soviet dan Romania.

Dalam hasrat Ku Li untuk memajukan PERNAS, beliau juga tidak melupakan Bank Bumiputra yang ditubuhkannya. Sejajar dengan penubuhannya untuk membantu Bumiputera di dalam perniagaan, bank itu juga banyak memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera di dalam sektor perbankan. Malah, reka bentuk bangunan bank itu juga diilhamkan sendiri oleh Ku Li.

Menjelang pertengahan 70an, PERNAS meminta khidmat PERTAMINA untuk membantu mereka di dalam perdagangan yang tidak bersumberkan minyak. Pada masa yang sama, syarikat subsidiari PERNAS, MNI berjaya membantu menubuhkan syarikat syarikat lain seperti Syarikat Penerbangan Malaysia dan Malaysian International Shipping Company yang mana akan menjadi GLC-GLC utama di Malaysia. PERNAS juga turut menubuhkan sebuah syarikat, PERNAS-Construction (PERCON) untuk membantu kontraktor Bumiputera.

PERNAS Trading juga turut ditubuhkan untuk mengawal dari segi kewangan. Pada tahun 1976, hasil jualan mencatatkan 60 Juta Ringgit dan keuntungan mereka meningkat dua kali ganda dua tahun kemudian. Malah, ianya juga menjadi subsidiari pertama yang membayar cukai sebanyak 5.5% kepada para pencarum.  Setelah Tun Razaleigh dilantik menjadi anggota kabinet selepas PRU 1974, PERNAS ditukarnama menjadi PETRONAS dan Ku Li dilantik sebagai Pengarahnya yang pertama bertaraf menteri.

Setelah PETRONAS mengalami transformasi, Ku Li memaksa syarikat petroleum negara asing untuk menerima syarat-syarat perkongsian mereka walaupun menyebabkan karier Ku Li agak dibenci di Eropah dan Amerika. Namun, tindakan tegas beliau ini menyebabkan beliau lebih disanjungi dan digelar Putera Minyak Negara. Malah, Dewan Perniagaan Melayu juga bersepakat untuk menamakan beliau sebagai Bapa Ekonomi Malaysia.

Tengku Razaleigh bukan sahaja berjaya melunaskan khidmatnya kepada rakyat melalui sektor korporat, beliau juga turut menyumbang di dalam parti keramat UMNO yang dicintainya. Buktinya, beliau merupakan perintis ibu pejabat UMNO yang terletak di PWTC pada hari ini.

Kesimpulannya hal-hal ini telah melonjakkan nama beliau di peringkat parti hinggalah beliau disingkirkan akibat percaturan politik oleh sang penguasa. Segalanya kemudian menjadi sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.