Kronologi Saga Mesut Ozil Tinggalkan Arsenal

1,383

Pra-tempah hanya di Shopee

Beberapa hari lepas, Mesut Ozil baru sahaja mengemas kini akaun media sosialnya yang menunjukkan beliau sudah tiba di bumi Turki. Mesut Ozil sudahpun bersetuju untuk menamatkan kontrak mewah beliau bersama Arsenal untuk menyertai Fenerbache.

Ramai sudah sedia maklum bahawa Mesut Ozil merupakan rakyat Jerman yang mempunyai pertalian darah dengan Turki.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin tertinggi negara itu juga menunjukkan beliau akan mudah selesa di sana.

Mari kita imbas kronologi ringkas Mesut Ozil di Arsenal dan dimanakah silapnya sehingga beliau membuat keputusan untuk berhijrah walaupun pada satu ketika, beliau boleh dijadikan lagenda kelab tersebut.

Pada 2 September 2013, Mesut Ozil menjadi pemain termahal Jerman setelah melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Real Madrid dengan nilai perpindahan sebanyak €42.3 juta.

Sidang media pertama Ozil sebaik sahaja tiba di Arsenal, beliau mengatakan ketika itu beliau sanggup datang dengan nilai percuma untuk bermain bersama Arsenal.

14 September tahun 2013 menjadi saksi perlawanan pertama Ozil bersama Arsenal.

Pada debut beliau, beliau berjaya mencipta assists untuk Giroud sekaligus membantu Arsenal menang menentang Sunderland 3-1.

Pada 1 October 2013, ketika Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemenang Ballon D Or, Ronaldo mengatakan bahawa beliau rasa sangat marah apabila menerima khabar Ozil sudah dijual.

Menurut beliau, Ozil merupakan pemain yang sangat faham tentang gerakan gerakan beliau di atas padang. Pada ketika itu, Ozil juga turut tercalon untuk Ballon d Or.

Penghujung musim 2013/2014, Ozil menamatkan saingan liga EPL dengan 7 jaringan dan 14 bantuan gol pada musim pertamanya. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa kualiti yang diperlukan Arsenal sebelum ini berjaya diisi oleh Mesut Ozil.

Pada 8 November 2015, Ozil mencipta satu rekod baharu di saingan liga EPL apabila beliau mencipta bantuan gol dalam enam perlawanan berturut turut.

Pada tahun yang sama juga, Ozil berjaya mencipta statistik mencipta peluang jaringan terbanyak dalam satu perlawanan ketika menentang Bournemoth.

Pada tahun 2016, Arsenal sudah memulakan langkah untuk melanjutkan kontrak Ozil dan pada bulan yang sama Mesut Ozil sudah membuat penampilan yang ke 100 buat Arsenal.

Pada musim tersebut Ozil berjaya mencipta lapan jaringan dan 20 bantuan gol.

Pada musim seterusnya Oziil terus konsisten dimana merekodkan jumlah jaringan dan bantuan gol melebihi 20 pada dua musim seterusnya.

Pada Ogos 2018, Mesut Ozil menukar nombor jersey ke nombor 10 setelah Jack Wilshere meninggalkan Arsenal pada musim tersebut.

Pada musim 2019, Ozil hanya berjaya mencipta enam jaringan dan tiga bantuan gol sahaja walaupun bermain sistem serangan baru pengurus Unai Emery.

Musim 2019/2020 mula menunjukkan bahawa masa hadapan Mesut Ozil tidak menentu kerana Unai Emery tidak menyenaraikan beliau untuk tiga perlawanan berturut turut.

Pada 13 Disember 2019 menjadi titik mula pengakhiran karier Ozil setelah beliau menyatakan sokongan kepada umat islam yang tertindas di China.

Sejurus selepas itu kerajaan China terus mengharamkan Ozil daripada di saluran media.

Pada penghujung tahun 2019, Mikel Arteta telah dilantik sebagai pengurus baru Arsenal.

Pada April 2020, Ozil tidak bersejutu untuk menerima potongan gaji kerana beliau tidak dinyatakan dengan jelas kemana wang potongan tersebut akan pergi.

Pada October 2020 sah menjadi penamat buat Ozil setelah beliau tidak disenaraikan dalam skuad utama Liga Perdana Inggeris dan juga UEFA League.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.