1. 16 Puasa merupakan drama Melayu arahan sutradara Mamat Khalid. Ia mengisahkan tentang sekumpulan orang-orang kampung yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Mereka akhirnya ditangkap oleh penguatkuasa agama apabila didapati makan di tepi sungai. Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini antaranya ialah Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Bell Ngasri, Arwah Rab Khalid, Syarwani dan ramai lagi.

2. Mamat Khalid dalam satu temubual dalam Astro Awani menyatakan sebab mereka tidak berpuasa bukan kerana mereka tidak mampu berpuasa. Tetapi kerana jiwa mereka memberontak dan ego kerana dibuang kerja. Ini boleh dilihat pada dialog Yeh, “aku kan dah kena buang kerja..” Bila isterinya mengadu beras sudah habis.

3. Mungkin sebab itulah lagu-lagu sosialis seperti Loituma Polka, Hiski Solama, dan Lannen Jukka dari Finland telah menjadi latar dalam drama ini. Sosialisme memang terkenal sebagai satu ideologi yang mempertahankan hak-hak kelas pekerja. Ini mungkin sesuatu yang belum pernah ada dalam mana-mana drama Melayu sebelum ini.

4. Dalam satu adegan Abe Li lakonan Sabri Yunus membeli roti kering untuk ponteng puasa. Tapi akhirnya dia tidak jadi makan kerana malu untuk berbuka puasa dengan roti kering sahaja. Satu lagi adegan apabila Abe Li membawa nasi dan telur sahaja untuk dimakan. Tetapi kawan-kawan yang lain pada mulanya menolak kerana berasa tidak padan berbuka puasa hanya dengan nasi dan telur. Walaupun dalam kesempitan hidup, tapi masih ‘memilih’ makanan.

5. Dengan dihimpit kesusahan hidup, Abe Li mempunyai seorang Ayah yang pemalas. Dia buat rumahnya seperti kedai makan. “Hollick Ais!” , “Teh Ais!”. Bahkan pada waktu pagi di bulan puasa pun dia tidak malu menempah minuman kepada isteri Abe Li. Perangai semacam ini kita boleh lihat di mana-mana sebenarnya.

6. Walaupun mereka tidak berpuasa dan tahu makan pada bulan puasa itu haram. Tapi mereka berasa takut apabila memegang anjing. Wani dalam satu dialog, “Kalau dah pegang nanti jenuh nak samak.” Secara umumnya, inilah pemikiran orang kita. Sangat sensitif dengan anjing padahal makan pada bulan ramadan itu pun haram juga.

7. Khuda merupakan satu watak yang tidak kesah makan di kedai buatan orang Cina. Dia membeli Mee Kari di kedai Ah Hok lalu dibungkus untuk makan di dalam hutan. Watak ini agak terpencil dalam masyarakat Melayu yang sangat jarang makan buatan kedai Cina. Tetapi pada suatu hari Khuda membeli Mee Kari untuk kesemua kawan-kawannya. Lalu mereka tersentak apabila Mee Kari itu dibeli dari kedai Ah Hok. Padahal sebelum tahu, mereka makan dengan amat berselera.

8. Watak Ngasri satu watak yang sinonim dengan para suami dalam masyarakat kita. Dia sangat takutkan isteri. Tetapi makan secara haram tidak takut pula. Sehingga bila ditangkap dengan penguatkuasa agama pun. yang lain dia tidak takutkan, Yang ditakutkan ialah kalau isterinya tahu yang dia tidak berpuasa.

9. Ngas juga seorang yang sangat sensitif. Tidak boleh salah soalan atau bergurau. Dia akan terasa dan merajuk. Orang yang cepat sensitif ini memang ada pada sebahagian orang. Kata orang, ‘tak boleh dibawa bergurau’. Sebab itulah perangainya kebudak-budakkan. Dilihat dari trademark nya, “Yak yak yeay!.

10. Suatu yang sangat dekat dengan masyarakat kita ialah walaupun tidak berpuasa. Tetapi pada setiap malam mereka tetap hadir untuk solat terawih di masjid atau surau. Rancangan untuk tidak berpuasa pada esok hari juga dirancang semasa di surau.

11. Walaupun solat itu dituntut untuk khusyuk. Tapi masyarakat kita masih tidak reti untuk menukar telefon ke dalam mode senyap. Salah satu adegan yang melucukan di surau apabila telefon makmum berbunyi ketika solat berjamaah. Walaupun selepas salam Pak imam cuba menegur makmum. Tetapi telefon dia juga akhirnya berbunyi dengan lagu ‘uptown girl’. Alasan Pak Imam cucunya telah menukar ringtone itu. Ya, ramai dalam kalangan orang yang berusia masih tak pandai menukar ringtone!

12. Dalam drama ini juga mengkritik sebahagian penguatkuasa agama yang terburu-buru ingin menangkap orang yang tidak berpuasa. Satu adegan mereka ingin menangkap orang yang sedang menjual air untuk orang berbuka puasa. Tetapi mereka ingin merampas barangan yang ada di gerai tersebut. Tetapi telah dihalau dengan parang. Pergaduhan seumpama ini begitu banyak terjadi antara pekedai dengan mana-mana penguatkuasa dalam negara kita.

13. Antara adegan yang menarik ialah ketika Yeh berleter kepada isterinya yang berleter. Sedangkan dia juga sedang berleter. Dia berleter panjang apabila beras di rumahnya sudah habis. Gelagat Yeh berleter dalam loghat utara ini amat melucukan.

14. Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita bincangkan mengenai Drama 16 Puasa ini. Ia wajar ditonton oleh masyarakat Islam. Ia sangat dekat dengan realiti masyarakat dalam konteks orang Melayu. Drama ini telah menyampaikan sesuatu yang harus difikirkan walaupun disampaikan dalam bentuk jenaka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Faizal Bin Basir. Anak muda kelahiran Tanjong Malim Perak ini merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments are closed.