Umum mengetahui bahawa P Ramlee merupakan seorang seniman yang versatile. Jika tidak kerana tangan emasnya, kita tak akan mengenali siapa itu Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin , Sarimah dan lain-lain. Bahkan kita mungkin tak dapat menonton filem Esok Masih Ada ,Gelora bahkan Bukit Kepong sekalipun tanpa magis P.Ramlee ini.

Apa yang hendak diperkatakan oleh beliau ini bukanlah soal mengenai artis-artis melayu . Tetapi di dalam artikel ini, saya akan mengupaskan apakah kritikan P.Ramlee di dalam filem-filemnya.

Filem pertama arahan beliau ialah Penarek Becha yang mana ia ditayangkan pada 1955 dan juga filem ini merupakan debut beliau sebagai seorang pengarah.

Ketika zaman pasca perang hingga zaman Pembentukan Malaysia, sifat feudalisme dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu masih menebal. Di dalam filem tersebut, terdapat satu babak di mana Amran membawa Orang Kaya Marzuki menggunakan becanya, dia membawa Orang Kaya Marzuki melalui kawasan rumah orang kaya Marzuki. Babak ini menunjukkan jelas pertentangan di antara si kaya dan si miskin.

Selain itu, antara kritikan jelas P Ramlee terhadap feudalisme ialah di dalam Filem Pendekar Bujang Lapok. Iaitu ketika babak Ahmad Nesfu datang ke penambang dan disambut oleh anak anak buahnya. Perkara ini me ini menunjukkan jelas bahawa masyarakat pada ketika itu sikap “kefeudalism”nya masih tebal terhadap penjajah ataupun orang kaya.

Di dalam babak yang lain, kita memperlihatkan bahawa hierarki merupakan sudut terpenting dalam feudalisme. Contohnya babak di mana Tauke Penambang mengarahkan anak-anak buahnya untuk membelasah Wak Mustarjo dan Shariff Dol mengarahkan rakan-rakanya untuk berbuat sedemikian. Ini merupakan bentuk feudalisme yang paling mudah dikesan di dalam filem ini.

Ada sesetengah filem di mana P.Ramlee mengkritik feudalisme secara “direct”, iaitu Antara Dua Darjat yang menceritakan soal pangkat dan harta sahaja yang membolehkan seseorang itu berkuasa. Umumnya filem ini mengkritik feudalisme secara terus menerus. Contohnya awal awal filem lagi di dalam filem ini P.Ramlee mengkritik Feudalisme iaitu sewaktu Tengku Mukri turun dari kapal terbang BOAC (British Overseas Aircraft Corp) yang terbang daripada London.

Di sini jelas bahawa hanya golongan feudal yang mendapat keiistimewaan seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara dsb. Di dalam filem ini juga kita memperlihatkan bahawa golongan feudal ini diberikan wakil arketaip.

Contohnya Tengku Karim yang masih berfikiran feudal ala kuno, Tengku Hassan yang mendapat keiistimewaan untuk menjadi golongan feudal kerana beliau merupakan anak Tengku Karim dan Tengku Aziz yang mewakili golongan feudal yang memahami nasib rakyat marhaen.

Kesimpulannya, masih terdapat banyak lagi kritikan feudalisme P.Ramlee semasa beliau di Singapura. Walaupun zaman feudal sudah berlalu, namun kritikan demi kritikan yang ditonjolkan P.Ramlee ini masih relevan hingga ke hari ini.

Jika sebelum ini kita hanya menonton filem beliau tanpa apa apa pengisian, mungkin selepas ini kita boleh mengkaji apa yang P.Ramlee cuba sampaikan melalui filem-filemnya. Sekian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.