Moving Forward As One

Krisis Identiti Superhero Dalam Filem Dan Komik

839

Superhero (adiwira) bukanlah satu perkara yang baru. Jejaknya boleh ditelusuri sejauh hingga kisah-kisah mitologi kuno Mesir, Parsi, Yunani, Rom, dan lain-lain. Kita juga boleh mendapati bahawa banyak jejak yang sama yang terdapat dalam komik, filem, dan rancangan TV superhero masa kini juga digunakan di dalam mitologi kuno.

Mungkin karya sastera ‘superhero’ yang paling awal pernah ditemui adalah berusia sekitar 4,000 tahun dan ianya berkisar tentang seorang pahlawan berkuasa super bernama Gilgamesh. Bahkan manusia zaman dahulu sentiasa akan mencipta pelbagai karya mitologi mengenai pahlawan-pahlawan yang hebat, Dewa-dewi berkuasa Demi-god. Begitulah juga dengan manusia moden, mereka mencipta para adiwira untuk mengisi peranan dan tujuan yang sama.

Dari masa ke semasa, cerminan atau kiasan ini berubah mengikut zaman. Pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20, majalah-majalah cereka menjadi popular. Memandangkan ia dicetak menggunakan kertas kulit kayu, majalah-majalah ini murah untuk dihasilkan dan tidak membelanjakan banyak wang. Salah satu konsep yang diperkenalkan dalam buku ini adalah kisah aksi / pengembaraan yang menampilkan pahlawan misteri bertopeng. Watak seperti Shadow dan Spiderman adalah penjaga keamanan yang melaksanakan keadilan sambil menyembunyikan wajah mereka di sebalik topeng.

Superman adalah antara adiwira yang terawal dicipta untuk komik moden. Siegel dan Shuster mengambil inspirasi bukan hanya dari kisah-kisah mitos, tetapi juga dari lelaki misteri bertopeng dan pahlawan cereka yang lain seperti Doc Savage, tetapi dengan penambahan, iaitu mereka menjadikan lelaki misteri ciptaan mereka memiliki kuasa super. Apabila Batman menyusul, banyak inspirasi diambil dari Shadow dan pada awalnya, Batman bahkan membu.nuh dan membawa sen.jata api, seperti kebanyakan adiwira misteri.

Seiring berjalannya waktu, adiwira menjadi popular. Dalam beberapa cara, mereka menjadi cerminan zaman sekarang. Pada tahun 30-an, Amerika Syarikat menghadapi Great Depression, jadi rakyat perlukan hiburan sebagai penawar duka. Karakter seperti Superman juga telah mengundang rasa kekecewaan orang ramai ketika itu, kerana itulah Superman pada masa itu dilabel sebagai “pejuang keadilan sosial” melalui troll dan meme di internet hari ini kerana dia memb.uru orang-orang kaya, peniaga k.orup, bahkan kaki puk.ul isteri.

Superman pada tahun 1951

Semasa Pe.ran.g Dunia Kedua, adiwira menjadi sangat popular. Lalu mereka dijadikan alat propaganda dengan digambarkan sebagai pahlawan yang akan menentang musuh jahat yang kelihatan seperti penjahat dalam kehidupan sebenar (tanpa kuasa istimewa). Para pahlawan super ini tanpa sedar telah memberikan satu harapan kepada orang ramai bahawa mereka boleh memenangi pe.ran.g.

Pada awal tahun 1940-an, Amerika Syarikat sedang berada di dalam dilema. Negara itu baru saja menyertai Pe.ran.g Dunia Kedua, peranan wanita berubah kerana penglibatan mereka dalam pe.ran.g, dan ratusan ribu pendatang melarikan diri dari kemusnahan akibat pera.ng di Eropah. Zaman pergolakan ini terbukti menjadi lahan yang subur bagi ramai seniman, tetapi turut menjadi ilham besar bagi penulis buku komik yang mendapat inspirasi untuk mencipta ikon popular seperti Captain America, Wonder Woman, dan Superman.

Apa yang menjadi persoalan, bagaimana komik menyesuaikan diri dengan masyarakat kita yang selalu berubah? Dan apakah asal usul buku komik dan superhero di Amerika?

Muzik Jazz dan buku komik merupakan dua cabang seni Amerika yang terkenal. Mereka muncul dari fenomena struktur sosio-ekonomi yang sama. Pada separuh pertama abad ke-20, demi untuk keluar dari era Great Depression, masyarakat golongan pendatang didapati mencari kaedah tersendiri untuk memperkasakan kehidupan mereka secara profesional dan kreatif.

Peranan yang dimainkan oleh pendatang Yahudi melalui pasaran buku komik tidak boleh dipandang ringan. Kisah Superman sendiri bermula dengan kisah ‘pendatang’ yang berasal dari planet lain dan mendarat di tanah Amerika sebelum menjalani kehidupan yang lebih baik. Stan Lee, Jack Kirby, Joe Kubert, Will Eisner, Jerry Siegel dan Joe Shuster, adalah para pencipta bersama Superman yang merupakan tokoh legenda di Amerika sejak tahun-tahun awal, dan mereka semua adalah keturunan pendatang Yahudi.

Kerana itulah kisah pendatang sangat biasa dimasukkan ke dalam buku komik sebagai sebahagian daripada ‘DNA’ sesebuah komik, terutamanya semasa “Zaman Keemasan” komik. Tetapi kita masih akan mendapat intipati Amerika dalam kebanyakan kisah hari ini.

Memandangkan asal-usul komik sentiasa terikat dengan Pera.ng Dunia Kedua, buku-buku ini berbicara secara langsung kepada pembaca mengenai pepera.ngan, tentang penentangan terhadap N.azi, tentang catuan, bahkan ia bertujuan untuk memastikan supaya orang ramai mematuhi catuan yang ditetapkan. Superman dipaparkan menuding jari dari muka depan komik dengan dialog, “Anda harus membeli bon pera.ng anda!” Jadi propaganda melalui komik sebegini adalah benar.

Kita boleh melihat isu yang diperjuangkan oleh Captain America, atau penjahat yang ditentangnya, dan kita boleh melihat di mana masyarakat Amerika ketika itu. Semasa Pera.ng Dunia Kedua, dalam komik Captain America yang pertama, dia dilukis dengan gambaran sedang menu.mbuk Ado.lf H. Captain America jarang diberikan gambaran secara halus melalui buku komik tersebut. Sepanjang tahun 1950-an dia membuat kemunculan semula sebagai “Captain America: Commie Sm.asher” dan ia secara terang-terangan bersifat anti-Komunisme.

Propaganda Amerika Syarikat melalui Captain Amerika

Pada tahun 1970-an, Captain America sedang menyiasat satu organisasi rahsia di Marvel Universe, dan dia tiba kepada ketua organisasi ini dan ternyata, Richard Nixon dan Henry Kissinger berada di belakang organisasi yang mengerikan ini. Captain America sangat terkejut sehingga dia menanggalkan kostumnya, dan selama kira-kira satu tahun dia menjadi “Nomad: The Hero Without a Country”.

Seperti biasa, dia tidak memera.ngi penjahat berkuasa super, tetapi penciptanya membuat kritikan politik secara terbuka mengenai Ska.ndal Watergate. Tepat selepas peristiwa 9/11, dia berada di Timur Tengah memeran.gi pengga.nas. Oleh kerana peran.g mula kurang popular, maka komik mula terdapat lebih banyak nuansa. Dari aspek perniagaan, itulah usaha dalam memanfaatkan sentimen awam dan menggerakkan lebih banyak buku. Tetapi pencipta kadang-kadang menyelitkan falsafah politik mereka sendiri, dan kadang-kadang mereka mempunyai hasrat bertentangan antara bakat kreatif dengan penerbit.

Salah satu sebab mengapa komik-komik Marvel menjadi dominan pada tahun 1960 adalah kerana Stan Lee benar-benar mengikut kehendak pembaca. Dan ketika gerakan hak-hak asasi manusia mula meningkat pada tahun 60-an, dia menyedari bahawa dia boleh mula memperkenalkan elemen-elemen tersebut ke dalam komik dan para pembaca akan mula bertindak balas. Ketika itulah pembaca di peringkat pelajar kolej benar-benar mula masuk ke dalam budaya campuran.

Pada awal 1970-an, Marvel juga memperkenalkan Luke Cage (Power Man), yang merupakan orang Afrika-Amerika pertama dengan buku komiknya sendiri.  Proses itu juga telah berjalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di mana telah berlaku banyak pertukaran jantina dan pertukaran kaum yang berlaku di kalangan watak.

Spider Man telah muncul sebagai remaja Afrika-Amerika kacukan Amerika Latin, dan sekarang kita juga sudah ada Thor dan Wolverine versi wanita. Watak Ms. Marvel pula dicipta sebagai seorang gadis Muslim dan beberapa watak klasik telah dicipta ulang mengikut pelbagai peranan sebegini. Walau bagaimanapun, budaya ini mula melampaui batas hingga merendah-rendahkan asal usul sebenar suatu karakter asli.

Natalie Portman sebagai Thor wanita

Berbeza dengan Wonder Woman, sekiranya kita membaca semula komik Wonder Woman yang terawal, terdapat unsur-unsur perhambaan dan penyerahan yang melampau di seluruh halaman secara terang-terangan. Tidak pasti bagaimana dengan undang-undang penapisan pada waktu itu. Tetapi sebahagian besarnya, peminat hari ini yang memandang Wonder Woman sebagai ikon feminis pasti akan merasa janggal jika membaca kembali komik-komik Wonder Woman yang asal.

Pada penghujung 1960-an dan awal 1970-an, sebenarnya ada usaha dari pihak DC Comics untuk memanfaatkan populariti gerakan Feminis. Pendekatan mereka adalah, “Kuasa super tidak mencipta adiwira. Pilihan heroik yang mereka ambil itu akan menciptakan adiwira.“  Oleh itu, mereka memutuskan untuk membatalkan kuasa Wonder Woman, dan menjadikan dia seorang pejuang wanita biasa.  Jadi hasrat DC Comics adalah ingin memanfaatkannya dan menonjolkan ‘kuasa wanita’.

Tetapi reaksi seorang jurnalis feminis ketika itu, Gloria Steinem, adalah, “Kita memiliki satu watak adiwira wanita yang kita semua tercari-cari, dan kamu membatalkan kuasanya. Kamu tidak membatalkan kuasa Superman tetapi membatalkan kuasa Wonder Woman.” Pertikaian ini berlangsung selama beberapa tahun, dan kemudian Wonder Woman kembali dengan kuasa super. Dan sejurus selepas itu, Steinem melancarkan Ms. Magazine dan Wonder Woman kembali dalam kegemilangan yang penuh berkuasa sebagai hiasan muka depan terbitan pertama.

Pada pertengahan 1980-an seorang penulis bernama George Perez mengambil alih Wonder Woman. Wonder Woman pada dasarnya memiliki komponen asal usul yang tidak jelas hinggakan apabila pencipta yang lain turut serta, mereka bergelut untuk mencari kisah asal usul yang bermakna. Tetapi Wonder Woman sangat terikat dengan mitologi Yunani, dan salah satu hal yang dilakukan oleh George Perez ialah dia kembali dan menggantikan “kekusutan” pada asas Wonder Woman dengan asal-usul mitologi ini. Tindakan ini telah meluaskan lagi kisah asal usulnya, dan hasilnya adalah kisah Wonder Woman yang lebih baik sehingga tahun-tahun berikutnya.

Wolverine wanita

Manusia, sebagai spesis yang berakal, sentiasa memiliki impian untuk menjadi lebih hebat / kuat / lebih cepat daripada keupayaan kita yang biasa sekarang, dan gemar membayangkan perkara yang mampu dilakukan sekiranya manusia memiliki kuasa-kuasa tersebut. Kita menceritakan kisah pengembaraan yang berani dan pertem.puran epik serta kuasa baik melawan kuasa jahat untuk saling mengingatkan bahawa kebaikan dan kejahatan itu wujud dan bagaimana kita menangani mereka secara kon.flik.

Namun, faktor-faktor yang menjana populariti adiwira jelas telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia menjadi semakin terikat dengan kesan-kesan khas dan francais berbanding relevan secara politik dan sosial. Dengan adanya teknologi terkini, studio filem dapat mencipta dunia fantasi yang realistik, yang dihargai oleh penonton tanpa semestinya memerlukan filem-filem tersebut relevan secara sosial dan politik.

Konteks politik dan sosial masih wujud dalam kebanyakan filem adiwira, tetapi tahap relevannya tidak lagi dituntut oleh majoriti penonton, seperti yang dibuktikan oleh kurangnya kontekstualisasi kebanyakan filem. Sebenarnya, sebilangan penonton terutamanya di peringkat antarabangsa, mungkin lebih menyukai pengurangan kontekstualisasi politik Amerika, yang menjadikan filem-filem itu tidak relevan dalam konteks masyarakat asing.

Sejauh mana studio filem dapat mendorong filem yang mempunyai kesan khas sebelum ia mula ditolak dan membosankan? Adakah penonton akan terus mengeluarkan wang mereka untuk melihat sekuel demi sekuel?  Jawapan untuk soalan-soalan ini akan bergantung kepada waktu dan kajian lebih lanjut.

Walau bagaimanapun, sejak tahun 2017 boleh dikatakan kisah-kisah adiwira masih boleh meningkat kerana gabungan faktor politik, estetika, dan francais. Tetapi mungkin akan jatuh atas faktor-faktor kecelaruan identiti karakter adiwira berikutan terlalu menurut kepada tuntutan hak asasi dan kesamarataan jantina dan kaum yang melampau.

RUJUKAN:

Smart, Talia. (2016). Superhero Popularity in Past and Present America. PIT Journal.

Peterson, Frasier. (2016). How American History Created the American Superhero. Humanities Washington

Ruangan komen telah ditutup.