Krisis matawang yang melanda Turki menyebabkan istilah-istilah seperti “financial contagion” dan “currency war” kembali trending. Di era kita ini, pasaran kewangan pun dah jadi salah satu medan “peperangan” di antara negara.

Demi melindungi negara daripada “volatility” kewangan, setiap orang harus memiliki ilmu asas tentang pengurusan fiskal dan kewangan negara, tak kiralah hang tu pembuat dasar atau orang awam.

Ramai pernah dengar pasal Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Malah, rakyat Malaysia lah antara yang paling terkesan dengan krisis tersebut. Disebabkan krisis itu, ekonomi kita berundur 10-20 tahun ke belakang. Tapi tak ramai yang tahu bagaimana krisis itu berakhir.

Disebabkan Tun M melaksanakan tambatan matawang 1 Dolar US = RM 3.80? Ehh bukan. Itu adalah langkah penstabilan dan pemulihan pasca krisis. There must be someone yang telah memberhentikan penyanggak matawang berbangsa Yahudi seperti George Soros daripada menyerang matawang di Asia, barulah pemimpin-pemimpin negara lain boleh rilek dan melaksanakan apa dasar yang mereka mahu.

Penamat krisis ialah kejadian yang berlaku pada hari ini, 20 tahun yang lalu. Pada 14 Ogos 1998, Donald Tsang Yam-kuen iaitu Setiausaha Kewangan Hong Kong (lebih kurang macam Menteri Kewangan) telah mengisytiharkan “perang” ke atas penyanggak matawang yang ketika itu cuba menyerang Dolar Hong Kong. Perang ini dikenali sebagai “Battle of Mandarins and Crocodiles” (官鱷大戰, “Gun Ngok Daai Zin”).

“Mandarins” merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti Donald Tsang, “crocodiles” (buaya) pula merujuk kepada Soros. Bagi orang Kantonis, muka Soros ni nampak macam buaya, itu sebabnya dia dipanggil buaya.

Sehari sebelum itu (13 Ogos 1998), Indeks Hang Seng (indeks pasaran saham Hong Kong) jatuh ke paras 6660 iaitu paras terendah sejak krisis bermula pada Julai 1997, menyusut sebanyak 60% dari 16673 iaitu paras tertinggi sebelum krisis.

Sebelum itu, hampir semua negara-negara Asia gagal untuk menangani serangan ke atas matawang mereka. Thailand menjadi negara yang pertama give up untuk mempertahankan nilai matawang mereka pada 2 Julai 1997, diikuti oleh Malaysia, Indonesia, Filipina dan Korea Selatan. Satu per satu terpaksa menerima tawaran pakej “penyelamatan” daripada IMF kecuali Malaysia.

Modus operandi Soros dan geng ialah: (1) meminjam matawang negara yang disasarkan (katakan Ringgit) dengan amaun yang banyak, (2) menukarkan Ringgit ke dalam Dolar US, (3) tindakan jual Ringgit dan beli Dolar yang diulang-ulang akan memberi tekanan kepada Ringgit dan (4) menyebabkan nilai Ringgit merudum.

Apabila nilai Ringgit merudum, pemegang Ringgit yang lain termasuk rakyat Malaysia sendiri akan jadi panik dan menukarkan Ringgit ke dalam matawang lain. “Vicious cycle” itu akan destabilize nilai matawang. Jadi negara sebenarnya tak mampu nak “outsmart” penyanggak ini terutama Soros yang sangat memahami psikologi manusia menerusi falsafah “reflexivity” yang dipelajari dari Karl Popper.

Apabila Soros & Geng menyerang Dolar Hong Kong, kerajaan Hong Kong pada awalnya cuba mempertahankan nilai Dolar Hong Kong dengan menaikkan kadar faedah. Tapi apabila kadar faedah naik, pasaran saham pula akan terjejas. Maka Soros & Geng juga “short sell” hadapan (“futures”) Indeks Hang Seng untuk bulan Ogos untuk cover “position” mereka dalam pasaran kewangan.

Tak perlu pening pasal istilah-istilah ini, yang penting Soros yakin Indeks Hang Seng akan jatuh pada paras yang lebih rendah, dan itu akan menguntungkan Soros.

Donald Tsang rasa dah sampai masa kerajaan bertindak, tapi tak boleh guna cara lama iaitu menaikkan kadar faedah. Apa yang Donald Tsang nampak, kalau kerajaan Hong Kong hanya bercampur tangan dalam pasaran kewangan semata-mata, ia hanya akan menguntungkan Soros & Geng. Jadi kerajaan patut mengguna rizab matawang asing untuk beli Dolar Hong Kong dan juga saham-saham di bursa Hong Kong, untuk naikkan kedua-dua nilai Dolar Hong Kong dan Indeks Hang Seng. Itu akan membuat Soros & Geng rugi dan hentikan serangan.

Sehari selepas Donald Tsang menyuntik wang ke dalam pasaran saham, Indeks Hang Seng berjaya naik ke paras 7224, peningkatan sebanyak 8% dalam sehari. Terkejut Soros & Geng, maka mereka melancarkan lagi serangan, dan serangan disambut baik oleh Donald Tsang.

Kalau den ulas lagi terperinci nanti jadi macam ulasan pasaran saham pula. Yang penting, selepas 2 minggu serang-menyerang antara kerajaan Hong Kong dan Soros & Geng, akhirnya kerajaan Hong Kong menang. Indeks Hang Seng berjaya mendarat di paras 7830 pada 28 Ogos 1998, hari terakhir bursa Hong Kong beroperasi bagi bulan Ogos, “beat” Soros punya jangkaan bahawa saham Hong Kong akan jatuh pada hujung bulan Ogos.

Dan di luar jangkaan Soros & Geng, di belakang Donald Tsang ada “tangan ghaib” yang menyalurkan rizab matawang asing yang banyak untuk menyokong perang Donald Tsang, iaitu kerajaan China. Krisis kewangan ini menyedarkan kerajaan-kerajaan Asia tentang pentingnya ada rizab matawang asing yang banyak, jadi masing-masing mula mengumpul rizab matawang asing.

Soros rugi hampir $ 2 bilion dalam pertarungan tersebut. Sebulan selepas itu, berlaku pula krisis di Rusia. Jadi Soros & Geng terpaksa menarik diri daripada pasaran Asia dan mengambil masa untuk recover aset syarikat Quantum Fund dia.

Soros hanya dapat untung 1 bilion ketika menewaskan Bank of England pada tahun 1992. Ni sekali rugi 2 bilion, mahu tak sakit hati. Sampai hari ini Soros masih mahu membalas dendam dekat China dan Hong Kong, tapi tak pernah berjaya. Seorang lagi penyanggak matawang bernama Julian Robertson yang sama masyhur dengan Soros siap kena tutup syarikat Tiger Fund dia ekoran daripada kerugian dalam perang matawang dengan Hong Kong.

Jadi siapa kata pasaran kewangan dikawal oleh Yahudi? Siapa kata bangsa selain Yahudi tak mampu untuk mengalahkan Yahudi dalam hal-hal yang mereka mahir misalnya manipulasi kewangan, asalkan ada strategi dan ilmu yang betul?

Dan korang faham kenapa Erdogan enggan untuk menaikkan kadar faedah untuk menstabilkan Lira? Erdogan sedar tindakan itu hanya akan membuka ruang kepada penyanggak matawang untuk menyerang ekonomi Turki. See? He is damn smart. Beliau belajar dari sejarah, bukan tawakkal semata-mata.

Jadi sesiapa yang kata nak berjuang menegakkan maslahat umat dan sebagainya, korang patut belajar ilmu duniawi seperti ilmu kewangan dan ilmu geo-ekonomi. Tak perlu takut dengan Yahudi yang kononnya “mengawal” sistem kewangan dunia. Hari ini, 20 tahun yang lalu, mereka telah dimalukan oleh bangsa Kantonis yang merupakan latecomer dalam dunia kewangan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.