Dua dekad memerintah Empayar Vijayanagara sudah memadai untuk Krishnadevaraya memahat namanya sebagai salah seorang raja berpengaruh di rantau India.

Kempen-kempen ket3nt3raan yang dipimpin beliau berhasil meluaskan sempadan empayar dan menjamin kekuasaannya, sambil keprihatinannya terhadap bidang seni dan pembinaan monumental pula secara efektif mempengaruhi tamadun-tamadun sekitar.

Kemahirannya dalam berdiplomasi juga banyak menyumbang dalam memasyhurkan namanya, khususnya menerusi interaksinya dengan Portugis yang mula bertapak di sub-benua tersebut.

MENGEPALAI PASUKAN T3NT3RA

Krishnadevaraya (Sri Krishnadevaraya) dilahirkan sebagai kerabat Dinasti Tuluva, dinasti ketiga yang memerintah Empayar Vijayanagara. Empayar ini terletak di bahagian selatan India dan berpangkalan di Dataran Deccan.

Krishnadevaraya ditabalkan sebagai raja ketiga dari Dinasti Tuluva pada tahun 1509, dengan menggantikan kedudukan abang tirinya, Viranarasimharaya. Semasa mula memegang takhta, Empayar Vijayanagara belum mencapai kedudukan sebagai kuasa serantau dan terpaksa mempertahankan diri dari s3r4ngan kerajaan-kerajaan jiran. Oleh kerana itu, pemerintahan awal Krishnadevaraya diwarnai dengan konflik-konflik ket3nt3raan.

Prasasti berbahasa Kannada bertarikh 1509 Masehi, oleh Krishnadevaraya di kuil Virupaksha yang memerihalkan pemahkotaannya

Pada mulanya, beliau menumpukan kekuatan kepada sultan-sultan Deccan yang kerapkali mencer0b0h sempadan empayar. Pada tahun sama beliau dimahkotakan, sultan Bijapur ditundukkan di Diwani setelahmana Bidar, Gulbarga, dan Bijapur terlebih dahulu menjadi m4ngs4 Krishnadevaraya.

Kemudian, tumpuannya dicurahkan pula kepada raja-raja Reddy dari Kondavidu, raja-raja Velama dari Bhuvanagiri, dan Ummatur, yang masing-masing merupakan raja bawahan Empayar Vijayanagara.

Dari semasa ke semasa, mereka melakukan pemb3r0ntakan sekaligus meng4nc4m kestabilan empayar. Maka, Krishnadevaraya bertekad mahu menundukkan mereka. Ummatur, misalnya, dip3r4ngi dan ditewaskan di tebing sungai Kaveri.

Beliau juga sempat memerangi raja-raja Gajapati dari Orissa, dengan melibatkan lima buah kempen ket3nt3raan secara keseluruhan. Setelah berakhir kempen kelima, raja Gajapati menyerahkan puterinya, Jaganmohini untuk dikahwini oleh Krishnadevaraya sekaligus menjadi ratunya yang ketiga.

Tugu Krishnadevaraya

HUBUNGAN DENGAN PORTUGIS

Nama Krishnadevaraya tidak hanya masyhur sebagai pahlawan terbilang, tetapi juga sebagai raja yang mahir berdiplomasi. Pada era pemerintahannya, pantai barat India menerima kehadiran Portugis.

Hubungan baik antara Vijayanagara dan kuasa Eropah itu dijalinkan dan Krishnadevaraya sendiri menggalakkan aktiviti perdagangan dua hala, khususnya apabila Goa diambil oleh Portugis sebagai pangkalan mereka di sub-benua itu pada tahun 1510.

Menerusi hubungan perdagangan ini, Krishnadevaraya meraih akses kepada bekalan senjata api dan kuda-kuda Arab sekaligus meningkatkan lagi keampuhan pasukan t3nt3ranya. Lebih daripada itu, beliau turut memanfaatkan kepakaran jurutera-jurutera Portugis dalam menambah baik sistem bekalan air di ibu kotanya, Vijayanagara.

Tugu Krishnadevaraya di Srikakulam

SUMBANGANNYA DALAM SASTERA DAN SENI BINA

Krishnadevaraya turut memahat namanya dalam lembaran sejarah dengan membina banyak bangunan monumental. Antara kuil-kuil yang dibangunkan oleh beliau adalah Kuil Hazara Rama dan Kuil Vittalaswami, yang masing-masing terletak di ibu kota empayar.

Selain membina kuil, Krishnadevaraya juga banyak memberikan sumbangan. Misalnya, beliau pernah menghadiahkan sebilah pedang emas bertatah permata dan sebentuk mahkota bertatah berlian kepada Kuil Venkateswara yang terletak di Tirumala.

Kuil Vitthala di Hampi, Karnataka

Lebih daripada itu, Krishnadevaraya turut dikreditkan sebagai pengasas kota Nagalapuram yang dibangunkan sebagai dedikasi untuk ibundanya. Tidak hanya membina bangunan-bangunan monumental, Krishnadevaraya juga memelihara kesenian, khususnya hasil-hasil sastera seperti puisi dari berbagai bahasa, termasuklah Sanskrit, Telugu, Tamil, dan Kannada hinggakan era pemerintahannya turut dicanangkan sebagai ‘zaman keemasan sastera Telugu’.

Prasasti berbahasa Tamil oleh Krishnadevaraya, Severappoondi

BERAKHIRNYA HARI-HARI GEMILANG VIJAYANAGARA

Walaupun pemerintahannya berlangsung gemilang, penamat riwayat Krishnadevaraya agak menghibakan. Pada tahun 1524, beliau melantik puteranya yang berusia 6 tahun, iaitu Tirumalaraya, sebagai putera mahkota.

Namun memasuki tahun berikutnya, putera itu m4t1 akibat dir4cvn. Perdana menteri kepercayaannya, Timmarusu, disyaki terlibat dalam pembvnuhan tersebut dan sebagai hukvman, beliau dibvtakan.

Lima tahun kemudian, iaitu pada 1529, Krishnadevaraya g3r1ng lalu m4ngk4t dan takhtanya diambil-alih oleh adik tirinya, Achyutadevaraya. Dengan demikian, hari-hari gemilang Empayar Vijayanagara pun meniti pengakhirannya.

RUJUKAN:

Wu Mingren. (29 Jun 2018). Krishnadevaraya: The Kingly Diplomat, Patron of the Arts and a Military Force. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/krishnadevaraya-kingly-diplomat-patron-arts-military-0010286


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.