Krabi-Krabong: Seni Mempertahankan Diri Siam

0
1916
views

Perkataan Krabi-Krabong merujuk kepada senjata-senjata utama yang digunakan dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Krabi/Krapi = pedang
Krabong/Krapong = tiang

Krabi-Krabong merupakan moyang kepada ‘Thai kickboxing’. Walaupun terkenal sebagai salah satu seni mempertahankan diri yang paling merbahaya di Thailand, Krabi-Krabong tidak digunakan untuk sukan tempatan kerana tidak begitu terkenal di kalangan rakyat Thailand.

Krabi-Krabong dikatakan wujud sejak abad ke-13 masehi, namun terdapat segelintir sejarawan yang tidak bersetuju dan menyatakan bahawa ianya lebih tua daripada itu. Menurut sejarah, Krabi-Krabong mengalami pelbagai jenis evolusi setelah mengalami pelbagai pengaruh daripada peperangan antara Burma dan Siam.

Semasa peperangan Burma-Siam (1765-1767), tentera Konbaung Dinasti(Burma) telah mengepung ibu kota Siam, Ayutthaya. Dalam satu perjumpaan antara Raja Siam pada masa itu, Raja Ekkathat dengan panglima perang Burma, Raja Ekkhat menyatakan bahawa dia akan menawarkan dirinya sebagai banduan dan ufti kepada Raja Burma untuk menyelamatkan Ayutthaya. Namun begitu, Kerjaan Burma tidak merima tawaran tersebut. Menurut para sejarawan, objektif utama kedatangan Burma ke Ayutthaya bukanlah untuk menjadikan Siam sebagai negeri naugan atau negeri jajahan, tetapi untuk memusnahkan Ayuttahaya.

Pada 7 April 1767, tentera Burma berjaya merobohkan tembok kota Ayuttahaya dan menjarah kota tersebut serta melakukan pelbagai kerosakan terhadap ralyat Siam.Namun begitu, tentera Burma mengalami beberapa halagan daripada rakyat Siam. Menurut para sejarawan, kebanyakan rakyat Siam yang dilatih ilmu Krabi-Krabong telah membantu tentera Siam Ayutthaya untuk menghalang kemaraan tentera Burma ke dalam kota Ayuttahaya. Namun begitu, akibat jumlah askar Burma yang lebih ramai berbanding tentera Siam, tentera Burma akhirnya dapat memasuki kota Ayutthaya.

Menurut sejarah, patung-patung emas Buddha dalam kota Ayutthaya telah dimusnahkan dan dicairkan, kemudian dihantar ke ibu kota Burma. Tentera Burma menangkap beribu-ribu rakyat Siam serta keluarga diraja Siam sebagai banduan perang dan membawa mereka ke Burma.

Dari peristiwa yang duka inilah muncul seorang tokoh bernama Raja Taksin. Raja Taksin merupakan salah seorang daripada ahli keluarga diraja Siam yang berjaya melarikan diri daripada ditangkap tentera Burma.

Raja Taksin merupakan seorang panglima perang Siam dan pendekar Krabi-Krabong. Setelah Ayutthaya jatuh ke tangan tentera Burma, Raja Taksin melarikan diri bersama para pengikutnya ke Rayong untuk mengumpulkan kekuatannya.

Selama beberapa bulan Raja Taksin menghantar jumlah tentera yang kecil untuk mengacau dan memotong laluan bekalan tentera Burma ke Ayutthaya. Berita kehebatan Raja Taksin telah sampai ke seluruh pelusuk Siam, berita ini telah memberikan semangat moral kepada rakyat Siam dan semakin ramai rakyat Siam menawarkan diri mereka sebagai askar kepada Raja Taksin.

Pada bulan November 1767, Raja Taksin dan tenteranya berjaya mengambil semula kota Ayutthaya daripada tentera Burma.

Semasa usaha Raja Taksin untuk mengambil semula kota Ayutthaya, Raja Taksin telah dibantu oleh dua orang panglima dan pendekar Krabi-Krabong yang terkenal bernama Phraya Pichai Daab Hak dan Phraya Pichai Chakri. Kalau tidak silap admin, ‘Daab Hak’ merupakan gelaran yang diberi oleh Raja Siam kepada Phraya Pichai yang bermaksud “pedang patah”, tolong betulkan jika saya salah. Hal ini sedemikian kerana, semasa dalam pertempuran, salah satu pedang yang sedang digunakan Phraya Pichai telah dipatahkan oleh musuh. Namun begitu, Pharaya Pichai memberanikan diri dan meneruskan pertempuran tanpa rasa gentar.

Seterusnya ialah panglima Phraya Pichai Chakri. Phraya Pichai Chakri juga dikatakan merupakan seorang yang mahir dalam ilmu Krabi-Krabong dan merupakan seorang panglima perang yang bijak. Di bawah pimpinan Phraya Pichai Chakri, tentera Siam telah berjaya menawan kerjaan Lao seperti Vientiane, Luang Prabang dan Chiangmai.

Walaupun seni mempertahankan Krabi-Krabong tidak diamalkan secara besar-besaran di bandar, kebanyakan teknik asli Krabi-Krabong masih boleh dilihat di pinggir bandar atau di kawasan kampung dan pedalaman Thailand.

Untuk menguasai seni Krabi-Krabong, para pelajar mesti menggunakan senjata-senjata berikut:

กระบี่ Krabi: pedang
กระบอง Krabong: tiang (biasanya diperbuat daripada kayu atau buluh)
ดาบสองมือ Daab song mue: dua pedang
โล่ Lo: perisai ( biasanya diperbuat daripada kulit kerbau atau kayu)
พลอง Phlong: kayu panjang atau buluh (kadangkala diikat dengan Lo)
ง้าว Ngao or Ngau: tombak
ไม้ศอก Mai sok san: belantan (biasanya dipakai di lengan)

Krabi-Krabong dikatakan moyang kepada beberapa lagi seni mempertahankan tempatan Thailand seperti Muay Thai dan Thai kickboxing. Krabi Krabong juga digunakan oleh askar Thailand dan pengawal diraja keluarga Thailand kini. Ini menunjukkan betapa bahayanya seni mempertahankan diri Krabi-Krabong.

Admin sebenarnya rasa hairan mengapakah ilmu seni mempertahankan diri ini tidak diiktiraf sebagai sukan? Adakah ianya terlalu berbahaya untuk dijadikan sukan? Adakah ianya kerana Krabi-Krabong memerlukan senjata? Mungkin jawapannya terletak kepada pendapat para guru dan para pelajar Krabi-Krabong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.