Di sebuah wilayah terpencil yang terletak di Monggolia, sepasukan arkeologi menemukan kota nomad yang telah lama hilang, di mana kota ini dahulunya pernah berfungsi sebagai ibu kota empayar yang cukup signifikan dalam sejarah China, iaitulah ‘Kota Naga’ bagi Empayar Xiongnu.

Pada tahun 2017, pasukan ahli arkeologi dari Univesiti Negeri Ulaanbaatar melakukan sejumlah penemuan di daerah Ulztiit yang terletak di Arkhangai, wilayah tengah Monggolia. Lokasi tepat bagi kerja-kerja penggalian tersebut adalah berhampiran tebing Sungai Orkhon. Walaupun menyedari signifikasi penemuan-penemuan tersebut, usaha penggalian terpaksa ditangguhkan lantaran kekurangan dana.

Hanya pada tahun ini barulah mereka berpeluang kembali semula ke tapak berkenaan dan menyambung kerja-kerja ekskavasi. Penemuan penting ini terlebih dahulu dirahsiakan dari pengetahuan umum dan hanya pada hari kebelakangan barulah ia disiarkan oleh media Monggolia.

‘KOTA NAGA’

Banyak artifak yang ditemui semasa kerja-kerja penggalian dilakukan, dan antara yang dianggap paling signifikan adalah serpihan bumbung berukir yang tertulis padanya ‘Anak Tuhan Chanyu’. Gelaran ‘Anak Tuhan’ berasal-usul dari budaya China dan akar pengamalannya boleh dijejak pada Dinasti Zhou. Gelaran ini digunakan bagi mengisytiharkan bahawa pemerintah memegang Mandat Tuhan sekaligus ia secara efektif mengabsahkan pemerintahannya.

Gelaran Chanyu pula merupakan gelaran yang disandang oleh pemerintah Empayar Xiongnu. Oleh kerana itu, menurut Sputnik News, Tumur-Ochi Iderkhangai, ketua pasukan arkeologi yang mengusahakan penggalian ini dipetik berkata, “Ini merupakan kali pertama artifak yang mengandungi tulisan sedemikian berjaya ditemui.”

Serpihan bumbung berukir yang mengesahkan lokasi Kota Naga

Serpihan bumbung yang mengandungi inskripsi ‘Chanyu’ ini secara langsung menjadi bukti kuat bahawa tapak berkenaan mempunyai hubungan dengan Empayar Xiongnu. Xiongnu merupakan sebuah konfederasi nomad yang membentuk sebuah empayar besar di Asia Tengah sekitar tahun 300SM hingga 100M.

Konfederasi ini banyak terlibat dalam pep3rangan dengan dinasti-dinasti China, di mana mereka lazimnya ditewaskan dan dipaksa membayar ufti. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Heritage Daily:

“Hubungan Xiongnu dengan dinasti-dinasti China di tenggara berlangsung rumit, di mana konflik di antara mereka sentiasa berlaku berulang kali. Masing-masing bersilih ganti membayar ufti, memeterai hubungan perdagangan dan mengadakan perkahwinan politik.”

XIONGNU MERUPAKAN LELUHUR HUN

Selepas mengalami kekalahan di tangan Dinasti Han dalam Pertempuran Mobei (119SM), Xiongnu terus melemah dan kemuncaknya, berpecah menjadi Xiongnu utara dan Xiongnu selatan. Walau bagaimanapun, mereka masih berupaya untuk mengekalkan kuasa dan setelah kejatuhan Han, mereka mula menghuni China. Pada kurun ke-4 Masihi di mana berlangsungnya era Enam Belas Kerajaan, Xiongnu turut menubuhkan sejumlah negara seperti Han Zhao.

Diikutkan, latar belakang Xiongnu sebenarnya agak misteri dan asal-usul mereka juga tidak diketahui. Sebilangan pihak mengandaikan bahawa mereka merupakan leluhur Hun. Menurut Sputnik News, “Pelbagai hipotesis dikemukan di mana Xiongnu diandaikan sebagai penutur bahasa Irani, Monggol, Turki, Urali, ataupun Yeniseia.” Salah satu misteri terbesar yang menyelubungi Xiongnu adalah lokasi ibu kota mereka, Luut atau Luncheng yang kadangkala turut dikenali sebagai ‘Kota Naga’.

Peta Empayar Xiongnu

Lokasinya telah hilang selama hampir 2000 tahun namun kini para penyelidik yakin bahawa mereka telah menemukan Kota Naga yang telah lama hilang. Iderkhangai dipetik oleh Aventuras na historia berkata, “Hasil daripada penyelidikan selama lebih sedekad tentang pusat politik Empayar Xiongnu, saya gembira kami menemukan dan mengekskavasi ibu kota empayar, Kota Naga atau Kota Luncheng’.

Pasukan arkeologi dari Universiti Negeri Ulaanbaatar meyakini bahawa mereka akhirnya telah menyelesaikan misteri lokasi kota nomad itu. Ukiran yang ditemukan di tapak ini ‘adalah bukti pertama yang ditemui dalam kawasan itu yang mengisyaratkan bahawa tapak itu adalah Kota Naga Luncheng’, Tumur-Ochir Iderkhangai memberitahu AKI Press. Serpihan dengan inskripsi Chanyu ini mengisyaratkan bahawa tapak berhampiran Sungai Orkhan adalah ibu kota nomad.

MISTERI DIRUNGKAI

Iderkhangai memaklumkan kepada Heritage Daily bahawa “menurut sumber-sumber purba, kota itu dipercayai terletak di kawasan Pergunungan Khangai, Monggolia.” Rujukan ini sepadan dengan lokasi penemuan yang dilakukan oleh pakar Monggolia itu.

Pada zaman dahulu, kota berkenaan dikelilingi oleh tembok berkembar dan mempunyai sebuah empangan yang besar. Penyelidikan yang lebih lanjut dijangka akan dijalankan di tapak berkenaan dan hasil penyelidikan ini diharapkan dapat membantu ilmuwan meraih gambaran yang lebih jelas tentang Kota Naga dan Empayar Xiongnu.

TERJEMAHAN:

Ed Whelan. (21 Julai 2020). Lost-lost Nomad City of the Xiongnu Empire Found in Mongolia. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.