Kota Melaka Dan Tenochtitlan

0
880
views

Conquistador Sepanyol menegaskan bahawa tiada pemandangan sepertinya di Tenochtitlan, ibukota empayar Aztek. Menara-menara dan bangunan-bangunan agam yang besar-besar seakan-akan timbul dari dalam air dan menjulang ke langit.

Tenochtitlan terletak di tengah tasik dan dihubungkan dengan rangkaian jalan tambak dan dilengkapi dengan jambatan mudahalih. 

Pasar besarnya sahaja bersaiz 2 kali bandar Salamanca, Sepanyol ketika itu. Kira-kira 60,000 orang berdagang setiap hari di dalam pasar ini.

Istana pemerintah sendiri memiliki sebuah zoo yang dijaga 300 orang dengan pelbagai haiwan seperti burung-burung, pelbagai reptilia dan mamalia. Tidak cukup dengan itu, ia dilengkapi dengan taman botani dan kawasan akuatik yang mengandungi 10 kolam air tawar dan 10 kolam air masin yang dipenuhi pelbagai jenis ikan dan haiwan akuatik.

Waqaf Saham

Minuman diraja ketika itu adalah air coklat malah buah tomato pertama kali dilihat oleh askar-askar Sepanyol.

“…beberapa orang dari askar kami pun bertanya sama ada perkara yang kami lihat bukan mimpi. Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya, melihat perkara-perkara seperti yang kami lakukan yang tidak pernah didengar atau dilihat sebelum ini, tidak pernah dimimpikan.”

-Bernal Díaz del Castillo

Namun selepas menjarah Tenochtitlan sekaligus menakluknya dalam masa tidak sampai 3 bulan, askar-askar Sepanyol dan sekutu pribumi mereka telah memusnahkan apa saja, dari lorong ke lorong, dari rumah ke rumah dan membumiratakan kotaraya yang penuh mempesonakan itu. Bangunan-bangunan agam yang megah dileraikan satu persatu; batu-bata dari premis-premis asal digunakan untuk membina bangunan baru bercirikan Eropah. Pelan mereka ialah membina sebuah ibukota bagi ‘Sepanyol Baru’ di atas tapak Tenochtitlan. Maka lahirlah Mexico City.

Perkara yang sama berlaku kepada Kota Melaka. Membina kota yang baru di atas kota yang lama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here