Di tasik paling dalam di Amerika Tengah, sekumpulan saintis sedang menjalankan kajian menarik di situ selama beberapa tahun. Di Tasik Atitlan, Guatemala inilah, wujudnya sebuah kota lama Maya bernama Samabaj yang ditenggelami air pada kedalaman 16.7 meter.

Projek penerokaan, pemetaan dan merekod gambar Samabaj ini diselia oleh Muzium Negara Antropologi dan Sejarah Mexico (INAH) sejak pelancaran projek pada 2017. Projek INAH ini mendapat kerjasama dan sokongan Badan Penasihat Teknikal dan Saintifik UNESCO (STAB) dengan penglibatan saintis dari pelbagai negara seperti Argentina, Mexico, Guatemala dan Sepanyol.

Analisis para saintis mendapati Samabaj tidak dibina di kawasan pesisir Tasik Atitlan tetapi di sebuah pulau kecil di kawasan tasik sama. Ia dibina dan dihuni sekitar era Pra-Klasik Maya (sekitar 400 SM hingga 250 Masihi). Ia mempunyai semua ciri sama dengan petempatan Maya lain seperti kuil-kuil, dataran-dataran plaza dan perumahan domestik.

Sebahagian kota Samabaj yang ditenggelami air di Tasik Atitlan. Sumber: INAH

Tasik Atitlan terbentuk dalam kawah gunung berapi yang meletus kira-kira 84,000 tahun lalu. Ia mempunyai keluasan permukaan 130 km persegi dengan kedalaman 340 meter. Bagaimanapun, saintis percaya pada masa lalu, ia mengalami kenaikan paras air yang tinggi akibat aktiviti seismik yang dicetuskan oleh gunung berapi di wilayah sama.

Akibatnya, Samabaj yang dihuni penduduk kira-kira 2,000 tahun lalu tenggelam ke dasar tasik. Ini juga memaksa ratusan atau ribuan penduduk ketika itu menyelamatkan diri. Hari ini, tinggalan Samabaj yang masih utuh dilihat menawarkan peluang kepada pengkaji arkeologi melihat sejarah silam orang Maya yang pernah menghuni kota itu.

Ahli arkeologi menyelam untuk meninjau runtuhan tembok kota Samabaj. Sumber: INAH

Sehingga hari ini, tiada siapa mengetahui pembina asal Samabaj. Tetapi melihat sejarah sekitarnya, manusia yang tinggal di pesisir Tasik Atitlan kira-kira 2,000 tahun lalu ialah Tz’utujil dan Kaqchikel. Namun begitu, bagi orang Maya hari ini, puak Kaqchikel dianggap pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri.

Ini kerana pada abad ke-16, puak ini bekerjasama dengan Conquistador bagi menentang musuh ketat mereka, Tz’utujil dan K’iche’ Maya. Walaupun berjaya menewaskan kedua-dua puak ini, Kaqchikel kemudiannya dikhianati oleh sekutu mereka sebelum ditakluk oleh pihak Sepanyol. Pihak Sepanyol hanya melihat ini sebagai pakatan sementara dan tiada niat untuk berkongsi kuasa dengan sesiapa.

Kerja-kerja penerokaan Samabaj akan diteruskan tetapi INAH merancang untuk menyerahkan tanggungjawab penyeliaan tapak kota itu kepada komuniti arkeologi Guatemala. Penduduk Santiago Atitlan yang menetap di kawasan pesisir tasik akan berperanan sebagai pengawal keselamatan termasuk mencegah aktiviti kecurian artifak oleh perompak kubur.

Salah satu rancangan kerajaan Guatemala ialah menubuhkan sebuah pusat kebudayaan Samabaj. Pusat kebudayaan ini akan dibangunkan dengan kerjasama Fundacion Albenga yang berpangkalan di Argentina dan Muzium Tasik di Atitlan. Apabila pusat kebudayaan ini siap, orang ramai berpeluang melihat pameran maya kota yang tenggelam ke dalam air kira-kira 2,000 tahun sebelumnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


RUJUKAN

Falde, N. (2022, 6 April). Maya City Sunk in Lake Atitlán Explored By Underwater Archaeologists. Ancient-Origins.

Sumber gambar: INAH

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply