Sebut saja Angkor Wat, ramai membayangkannya sebagai antara latar tempat pilihan filem Lara Croft: Tomb Raider lakonan Angelina Jolie. Atau sebagai satu lagi tempat tarikan pelancong utama di Kemboja. Tetapi tidak ramai tahu, ia merupakan antara pusat utama kerajaan Angkor dan pada kemuncak kegemilangannya, bilangan populasinya lebih ramai dari populasi kota-kota Eropah abad ke-11 hingga ke-14 Masihi.

Mungkin anggapan ini sukar ditelan oleh sesetengah pihak. Ini kerana pertama, cara menganggar bilangan penghuni kota Angkor berbeza-beza sehingga menghasilkan anggaran yang tidak konsisten. Kedua, sentiasa wujud gangguan keselamatan terutama an.ca.man rejim Pol Pot dan Pe.ra.ng Kemboja-Vietnam (1978-1989). Ini menyukarkan komuniti saintifik untuk melakukan tinjauan dan ekskavasi bagi menilai skala sebenar bilangan penduduk Angkor.

Bagi mengetahui sejauh mana pertumbuhan demografi kerajaan berkenaan, sekumpulan saintis diketuai Dr Sarah Klaasen menggunakan pendekatan berbeza. Mereka menggunakan teknologi terkini seperti lidar untuk mengimbas keseluruhan kawasan dan menggabungkan data imbasan dengan data arkeologi tradisional. Dan hasilnya sememangnya menakjubkan.

Hasil analisis pasukan Klaasen mendapati antara 1180 hingga 1300 (kemuncak kegemilangan kerajaan Angkor), kota Angkor pernah dihuni antara 700,000 hingga 900,000 orang penduduk. Jika dibandingkan dengan kota-kota Eropah lain ketika itu, mereka mempunyai saiz kota yang lebih luas. Tetapi dari segi bilangan penduduk, mereka hanya merekodkan antara 250,000 hingga 500,000 orang, amat jauh jika dibandingkan dengan populasi kota Angkor.

Analisis pasukan Klaasen mendapati 160,000 orang penduduk menghuni kawasan pusat bandar yang turut berperanan sebagai pusat keagamaan kerajaan tersebut. Manakala bakinya menetap di kawasan metropolitan Angkor yang lebih besar dan tebing-tebing sungai. Keluasan kota Angkor mencecah 3,000 km per segi sekaligus membenarkan tanaman-tanaman berstatus makanan ditanam di luar kota. (Higham, 2014) Bagaimanapun, ia masih tidak menjawab skala sebenar kemakmuran ekonomi kota tersebut.

Yang pasti, perdebatan tentang kemerosotan Angkor jauh lebih hangat daripada mengetahui punca kegemilangan kerajaan tersebut. Bagaimanapun, ramai sejarawan percaya kemerosotan ini disumbang oleh penularan wabak penyakit, perubahan musim monsun dan kegagalan pihak Angkor menguruskan sistem pengairan mereka.

Ini membuka ruang kepada Siam melancarkan kempen ke atas Angkor pada tahun 1431. Se.ra.ngan tersebut bertujuan menghentikan saki-baki pemberontakan orang Angkor terhadap kekuasaan mereka. Se.ra.ngan itu bukan sekadar menamatkan riwayat Angkor malah memaksa ramai penduduknya meninggalkan kota tersebut. (Hall, 2010).

Melihat kepada tinjauan sebegini, penulis tertanya-tanya sama ada teknik sama dapat digunakan untuk kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Nusantara. Salah satu calon sesuai untuk tinjauan ini ialah Kesultanan Melayu Melaka (KMM). Ini dapat memberi gambaran sebenar kerajaan itu pada abad ke-15 dan menunjukkan apa yang dinyatakan orientalis dan diplomat asing tentang KMM itu sememangnya benar.

RUJUKAN:

Higham, C. (2014). Early Mainland Southeast Asia: From First Humans to Angkor. River Books.

Hall, K. (2010). A History of Early Southeast Asia: Maritime Trade and Societal Development, 100-1500. Bowman & Littlefield Publishers.

Luntz, S. (2021). At Its Peak, The Ancient Khmer City Of Angkor Dwarfed The Great Cities Of Europe. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.