Kota Agung Tenochtitlan Yang Dibina Bangsa Aztec

0
1094
views

Pada sekitar abad ke-15 dan 16 Masihi begitu, Aztec bangkit menjadi sebuah empayar agung di Amerika Tengah (Mexico hari ini) sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka. Salah satu tanda peradaban yang dimiliki Aztec ialah kota agung Tenochtitlan. Saya cuba menyenaraikan fakta-fakta menarik mengenai kota Tenochtitlan ini.

1. Tenochtitlan adalah kota yang dimana di atas pulau di tengah-tengah tasik yang berpaya. Bagaimana pada abad tersebut pencapaian sehebat ini mampu dilaksakan? Tak lain tak bukan kerana arkitek dan juruteranya telah mencipta beberapa pasak-pasak yang mampu dipasang pada bawah air untuk pembinaan kota. Terusan dibina dan dihubungkan dengan tambak dan jambatan.

2. Pada zaman kemuncaknya Empayar Aztec ini, populasi kota Tenochtitlan adalah mencecah sehingga 300 ribu orang. Manakala Tenochtitlan yang dibina di atas paya-paya dan tasik, populasi yang mengelilingi tasik dan paya ini pula mencapai sehingga 700, 000 orang. Sedangkan dalam masa yang sama, populasi di kota London hanya nencapai 100, 000 orang sahaja.

3. Kota pertama di dunia yang menjanjikan pendidikan percuma walaupun masih ada jurang pendidikan antara bangsawan dan orang awam.

4. Setiap kota-kota di Tenochtitlan adalah serba putih daripada bangunan, rumah, jalan, terusan, kuil. Sebab itu ketika menghampiri kota ini dari jauh, penjajah Sepanyol memandang kota ini dari jauh, ia memberi gambaran palsu bahawa mereka sedang melihat sebuah kota yang dibina daripada perak.

5. Saiz empayar Aztec pada ketika itu disamakan dengan satu pertiga daripada saiz Eropah dan ia dibina hanya selama 200 tahun tanpa bantuan kuda pun kerana kuda masih belum memasuki benua Amerika ketika itu.

6. Pos Laju mungkin harus belajar daripada Tenochtitlan. Diikatakan bahawa servis penghantaran oleh Tenochtitlan adalah antara terpantas pada ketika itu. Setiap 8 kilometer, ada sahaja para “runner” yang akan menggantikan antara satu sama lain. Maharaja Moctecuhzoma I menerima ikan segar dari perairan Mexico dalam masa sehari padahal jaraknya jauh berbatu-batu dan para “runner” di Tenochtitlan tidak mempunyai kuda.

7. Tenochtitlan boleh dianggap sebagai bandar paling terang di dunia pada abad ke-16 Masihi apabila unggun api, obor, dan seumpama dengannya diletakkan pada setiap bangunan, piramid, rumah, kuil lalu menerangkan keseluruhan kota yang dinbna di atas tasik dan pulau ini.

8. Tenochtitlan telah melakukan banyak penemuan mengagumkan dalam bidang perubatan pada zaman itu yang hampir tidak diketahui oleh kebanyakan bahagian di dunia yang lain seperti pembedahan, herbalism dan psikologi.

9. Antara zoo terawal dan juga zoo terawal di benua Amerika dalam sejarah adalah dibina di Tenochtitlan yang menempatkan pelbagai haiwan yang mendiami benua Amerika ketika itu. Ia diarahkan pembinaan oleh Moctezuma I. Ia terletak di istana permerintah, dengan setiap zoo dijaga oleh 300 orang. Bahkan, ia turut dilengkapi dengan dengan taman botani dan kawasan akuatik yang mengandungi 10 kolam air tawar dan 10 kolam air masin yang dipenuhi pelbagai jenis ikan dan haiwan akuatik.

10. Orang Aztec berjaya mencipta sistem pulau artifisial yang dipanggil sebagai “chinampas” yang dibina menggandakan lagi hasil tanaman. Sehingga hari ini, chinampas masih lagi digunakan di dalam pertanian.

11. Terdapat sebuah kuil di Aztec setinggi 60 meter yang dibina untuk diabadikan pada Dewa Hujan dan Kesuburan iaitu Tlaloc serta Dewa Perang Aztec iaitu Huitzilopochtli. Pada sekitar 1487, dikatakan terdapat 4000 tawanan perang dikorbankan dengan ditarik jantung dari tubuh yang hidup semata-mata untuk diabadikan kepada dewa mereka.

12. Pengangkutan utama di Tenochtitlán adalah terusan-terusan yang dihubungkan dengan sampan dan bot, saling tak tumpah seperti di Venice. Terusan terbesar adalah sepanjang 8 meter dan juga selebar 20 meter.

13. Antara catatan penjajah Sepanyol ketika mereka sampai ke Tenochtitlan adalah seperti berikut:

“…beberapa orang dari askar kami pun bertanya sama ada perkara yang kami lihat bukan mimpi. Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya, melihat perkara-perkara seperti yang kami lakukan yang tidak pernah didengar atau dilihat sebelum ini, tidak pernah dimimpikan.”
-Bernal Díaz del Castillo

14. Tanpa Aztec, tidak mungkin kita mengenali tomato dan Milo hari ini. Dikatakan bahawa ketika penjajah Sepanyol menjejakkan kaki ke sana, antara minuman yang diminum oleh orang Aztec ialah air coklat manakala mereka kali pertama melihat Tomato.

Rujukan:

Xiu (2016) 17 facts about Tenochtitlan that will make you even prouder to be a Mexican. Matador Network. https://matadornetwork.com/abroad/17-facts-tenochtitlan-will-make-even-prouder-mexican/

Wikes, John (2016) 5 facts about Tenochtitlán. History Revealed. http://www.historyrevealed.com/article/international-history/5-facts-about-tenochtitl%C3%A1n

Cik Srikandi (2018) Kota Melaka & Tenochtitlan. The Patriots. https://www.thepatriots.asia/kota-melaka-tenochtitlan/

Previous articleDr Sun Yat Sen Dan Kuomintang
Next articleSesuatu Sedang Terjadi Pada Sungai Puyu
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE