Kosa Kata Warisan Proto-Dunia: *k’olo

416

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kosa kata” ditakrifkan sebagai “keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa” manakala “warisan” bermaksud “sesuatu yang turun­temurun”. Menurut English Oxford Living Dictionaries, “Proto-Dunia” ataupun dalam Bahasa Inggeris; “Proto-World” merupakan “cadangan sebuah bahasa induk di mana pihak tertentu mendakwa kesemua bahasa moden pada hari ini berasal daripada bahasa itu”. Artikel ini membincangkan tentang salah satu daripada keseluruhan kata turun-temurun daripada bahasa purba yang dipercayai pernah dituturkan oleh umat manusia pada 100 hingga 200 ribu tahun yang lalu.

Antara kosa kata yang terdapat dalam Proto-Dunia adalah *k’olo. Perkataan tersebut membawa maksud “lubang” dalam bahasa berkenaan. Perkataan itu merupakan salah satu daripada kata nama yang berjaya dikaji oleh dua orang ahli bahasa yang bernama John Bengtson dan Meritt Ruhlen. Perkataan *k’olo telah diwariskan dalam pelbagai bahasa moden di seluruh dunia.

ǀXam [ǀ͡xam] adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikelaskan dalam keluarga bahasa Khoisan itu telah pupus pada sekitar tahun 1910. Bahasa yang pernah dituturkan di Afrika Selatan itu mempunyai perkataan “!kòrro” yang bermaksud “menjadi berongga”.

Selain itu, Songhai [soŋaj] adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikelaskan dalam keluarga bahasa Nilo-Sahara  itu dituturkan di sekitar negara Mali, Niger, Benin, Burkina Faso, Nigeria dan Algeria. Himpunan bahasa berkenaan mempunyai perkataan “nkoro” yang bermaksud “punggung”.

Di samping itu, Inggeris adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “English” itu adalah bahasa Jermanik Utara di bawah cabang Indo-Eropah yang dituturkan oleh 2 bilion orang di seluruh dunia. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “hole” yang bermaksud “lubang”.

Kemudian, Magyar adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “Magyar Nyelv” itu adalah bahasa Ugrik di bawah cabang Uralik yang dituturkan oleh 13 juta orang di Hungary, Austria, Croatia, Poland, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia dan Ukraine. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “halok” yang bermaksud “hirisan” ataupun “torehan”.

Seterusnya, Korea adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “Hangugeo (한국어 / 韓國語)” ataupun “Chosŏnmal (조선말 / 朝鮮말)” itu merupakan bahasa Koreanik yang dituturkan oleh 77.2 juta orang di Korea Utara dan Korea Selatan. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “dong-gul (동굴)” yang bermaksud “gua”.

Jepun adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “Nihongo (日本語)” itu merupakan bahasa Japonik yang dituturkan oleh 122 juta orang di Negara Matahari Terbit Jepun. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “kuru (刳る)” yang bermaksud “mencedok keluar”.

Tamil adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “Tamil (தமிழ்)” itu merupakan bahasa Dravidian Selatan yang dituturkan oleh 74 juta orang di seluruh dunia khususnya di India, Sri Lanka, Singapura dan Malaysia. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “akkul  (அக்குள்)” yang bermaksud “ketiak”.

Burma adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “mranmabhasa” itu merupakan bahasa Lolo-Burma di bawah cabang Sino-Tibetan yang dituturkan oleh 33 juta orang di Myanmar. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “kălí” yang bermaksud “geletek”.

Haida adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “X̱aat Kíl”, “X̱aadas Kíl”, “X̱aayda Kil” ataupun “Xaad kil” itu merupakan bahasa Na-Dene yang dituturkan oleh dua puluh empat (24) orang di sekitar Kanada dan Amerika Syarikat. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “kunts-qul” ataupun “kwun-zool”  yang bermaksud “rongga hidung”.

Akhir sekali, Tagalog adalah contoh bahasa moden yang mempunyai perkataan *k’olo, salah satu daripada kosa kata warisan Proto-Dunia.  Bahasa yang dikenali sebagai “Wikang Tagalog” itu merupakan bahasa Filipina Tengah di bawah cabang Austronesia yang dituturkan oleh 70 juta orang di Filipina. Bahasa berkenaan mempunyai perkataan “kiliti” ataupun “geletek”. Perkataan “kiliti” dalam Tagalog adalah sepadan dengan “Geletek” ataupun “menggelitik” dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia masing-masing.

Kesimpulannya, itu adalah antara kosa kata warisan daripada Proto-Dunia yang boleh ditemui dalam banyak bahasa moden di seluruh dunia. Jika diperhatikan, terdapat pelbagai makna yang berbeza dalam bahasa moden yang berbeza. Sayangnya, kajian yang dilakukan oleh Bengtson dan Ruhlen itu telah dipandang sinis secara meluas oleh penyokong teori poligenesis (Asal-usul bahasa daripada beberapa sumber di tempat dan pada masa yang berlainan). Apa pendapat anda tentang Proto-Dunia? Sila berikan maklumbalas anda kepada kami.

RUJUKAN:

English Oxford Living Dictionaries. Retrieved May 1, 2019 from https://en.oxforddictionaries.com/definition/polygenesis

Proto-World theory? A discussion of languages and their families. Retrieved May 1, 2019 from https://lingua-translations.com/proto-world-theory-a-discussion-languages-families/

Resulta mula sa 2000 Census of Population and Housing: Educational Characteristics of the Filipinos, National Statistics Office, 18 March 2005, archived from the original on 27 January 2008

Hume, Stephen (17 March 2014). “A high-tech fight to save B.C.’s indigenous languages”. The Vancouver Sun.

Mikael Parkvall, “Världens 100 största språk 2007” (The World’s 100 Largest Languages in 2007), in Nationalencyklopedin

Language:  Lezgi . Retrieved May 1, 2019 from  https://joshuaproject.net/languages/lez

Tamil in Ethnologue. Retrieved May 1, 2019 from  https://www.ethnologue.com/18/language/tam/

Japanese in Ethnologue. Retrieved May 1, 2019 from  https://www.ethnologue.com/18/language/jpn/

Korean in Ethnologue. Retrieved May 1, 2019 from  https://www.ethnologue.com/18/language/kor/

Hungarian in Ethnologue. Retrieved May 1, 2019 from  https://www.ethnologue.com/18/language/hun/

Scaling English-Language Learning to 2 Billion People . Retrieved May 1, 2019 from https://medium.com/@hankfdh/scaling-english-language-learning-to-2-billion-people-82e159bd9028

L’unità d’origine del linguaggio. Retrieved May 1, 2019 from https://archive.org/details/lunitdoriginede00tromgoog/page/n5

English Oxford Living Dictionaries.. Retrieved May 1, 2019 from https://en.oxforddictionaries.com/definition/proto-world

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved May 1, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=warisan

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved May 1, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kosa+kata

Global Etymologies. Retrieved May 1, 2019 from https://www.researchgate.net/publication/286780710_Global_etymologies

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.