Avengers dan konsep pengembaraan masanya.

Ada soalan menarik yang ditanya dalam group Movie Addict; Kenapa konsep pengembaraan masa yang wujud dalam Avengers Endgame tak logik kalau nak dibandingkan dengan filem macam Back to The Future?

Menarik sebenarnya kalau nak ulas pasal soalan ni.

Baiklah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Pertama sekali, konsep pengembaraan masa bukanlah satu konsep baru yang terikat dengan hanya satu idea. Sebaliknya, terdapat beberapa konsep lain yang digunakan untuk menerangkan idea merentas masa, dan kesemuanya terkumpul dalam kategori yang sama – Sains Fiksyen.

Konsep yang digunapakai dalam filem Back to The Future merupakan konsep yang paling asli dalam bentuk yang paling mudah – iaitu dalam bentuk kesan dan akibat.

Hal ni terjadi hasil dari pemahaman kita sebagai manusia terhadap masa – bahawa masa lahir akibat dari perubahan – jika peristiwa A berlaku, maka kesan B akan berlaku. Jika kita memilih untuk tidak makan, maka kita akan lapar. Jika kita memilih untuk makan, kita akan kenyang.

Konsep sebab akibat ini, sekiranya mampu dimanipulasi dengan pengembaraan masa, maka membolehkan kita untuk mengubah premis yang asal. Jika A terjadi, maka kesan B akan terhasil. Tapi jika kita mampu kembali ke masa lampau dan mengubah A menjadi C, maka D pula yang akan terhasil.

Sebagai contoh lain, dalam Back to The Future, melalui perkenalan ayah dan ibu Marty (Sebab A), maka mereka berkahwin dan mendapat Marty (kesan B ). Disebabkan Marty kembali ke masa silam dan menyebabkan ayah dan ibunya tidak bertemu (Sebab C), maka Marty dan adiknya tidak lahir (kesan D).

Konsep pengembaraan masa ini dipanggil sebagai konsep pengembaraan masa yang dinamik, kerana garismasa pengembara masa boleh berubah dengan terjadinya perubahan.

Tiga konsep pengembaraan masa.

Namun begitu, perlu difahami bahawa konsep semacam ini adalah antara konsep pengembaraan masa yang paling tidak realistik, kerana ia akan membuka pintu kepada paradoks masa – antara Paradoks Masa yang terkenal adalah Paradoks Datuk.

Paradoks Datuk membawa kita kepada satu paradoks gelungan berulang (infinite causal loop).

Sebagai contoh, sekiranya Marty kembali ke masa lampau dan memb.un.uh datuknya (tanpa sengaja), adakah dia akan lahir? Sekarang, sekiranya Marty tidak lahir dalam garismasa yang baru, maka adakah dengan ketidak-lahiran Marty itu menyebabkan atuknya tidak dibunuh, kerana ayah atau ibu Marty tidak lahir, dan Marty sendiri tidak lahir? Kalau macamtu, siapa yang bunuh atuk Marty?

Paradoks seperti ini menyebabkan konsep pengembaraan masa dinamik selalunya mempunyai penutup yang mengecewakan.

Selain dari konsep Pengembaraan Masa Dinamik, terdapat juga konsep Pengembaraan Masa yang Tetap (Fixed Timeline concept).

Dalam konsep Pengembaraan Masa yang Tetap, segala sebab dan akibat selalunya takkan berubah, meskipun berlakunya perjalanan merentas masa. Antara contoh utama konsep merentas masa ini adalah konsep dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.

Pengembaraan masa pun bermula!

Dalam filem ini, meskipun Harry kembali ke masa lampau, peristiwa kembali ke masa lampau itu sendiri merupakan satu blok yang membina kepada garismasa yang berkenaan, dia hanya melakukan pengembaraan merentas masa untuk melaksanakan tugas dia menyempurnakan garismasa tersebut.\

Menariknya, pengembaraan masa dalam filem Avengers Endgame tidak mengikut mana-mana pengembaraan masa yang telah dihuraikan. Sebaliknya, pengembaraan masa ini mengambil salah satu konsep pengembaraan masa moden yang kini digunapakai dengan lebih meluas, iaitu Pelbagai Garismasa (Multiple Timeline).

Sekiranya diselidik dengan lebih mendalam, anda akan dapati bahawa team Avengers sebenarnya telahpun mendapatkan khidmat nasihat dari salah seorang ahli fizik Kuantum dari Caltech, iaitu Dr. Spyridon “Spiros” Michalakis. Konsep Pelbagai Garismasa ini sebenarnya terhasil daripada salah satu interpretasi yang wujud dalam Mekanik Kuantum, iaitu Interpretasi Pelbagai Dunia (Many World Interpretation).

Cara paling mudah (walaupun kurang tepat) untuk menerangkan Interpretasi Pelbagai Dunia ini adalah dengan menggunakan contoh Kucing Schroedinger, seekor kucing dalam keadaan superposisi kuantum.
Kucing Schroedinger merupakan satu keadaan istimewa di mana seekor kucing diletakkan di dalam kotak bersama dengan satu racun yang mempunyai 50% kebarangkalian untuk membunuh kucing tersebut.

Hal ini mungkin ganjil, tapi menurut Fizik Kuantum Biasa (Copenhagen Interpretation/Standard Quantum Mechanics), kucing tersebut sebenarnya hidup dan mati secara serentak.

Aku hidup atau m.ati?

Interpretasi yang tidak masuk akal ini disanggah oleh sekumpulan saintis lain yang berpandangan bahawa kucing tersebut sebenarnya bukan hidup dan mati serentak, sebaliknya proses kita untuk memerhati kucing itu akan mencambahkan dua realiti yang berbeza – satu realiti akan menghasilkan kucing yang hidup, dan satu realiti lagi akan melahirkan kucing yang mati.

Dalam erti kata lain, setiap perbuatan yang dilakukan akan mencambahkan satu bentuk realiti yang baru.

Berbalik kepada persoalan mengenai Avengers Endgame, konsep pengembaraan masa dengan padanan Fizik Kuantum ini sebenarnya adalah antara “sci-fi” flavour – perasa saintifik yang lebih ngam dan bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh dunia komik Marvel.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dengan wujudnya pengembaraan masa oleh kumpulan Avengers, setiap perkara yang terjadi sewaktu pengembaraan masa tersebut akan mencambahkan satu realiti yang baru (dipanggil alternate timeline), yang berlainan dengan realiti utama (dipanggil “main timeline”).

Disebabkan konsep Pelbagai Garismasa ini, kita ada Thanos yang dilawan pada penghujung Endgame – satu Thanos yang berlainan dengan Thanos yang telah dibunuh pada awal Endgame. Dengan kepelbagaian garismasa ini juga, Gamora yang pada asalnya telah mati pada realiti utama, kini digantikan dengan Gamora baru dari salah satu alternate timeline.

Dengan adanya konsep Garismasa Pelbagai ini, mungkin juga Marvel akan mengembangkan Marvel Cinematic Universe menjadi Marvel Cinematic Multiverse, dan mungkin, siapa tahu, Marvel akan menggabungkan kumpulan X-Men, Fantastic Four dan lain-lain komponen dalam komik mereka?

Kalau ditanya secara peribadi, sejujurnya, konsep Pengembaraan Masa yang Tetap (fixed timeline) sebenarnya adalah material yang paling istimewa dan sukar nak dibuat berbanding konsep pengembaraan masa yang lain.Kalau tak percaya, tengok lah filem Predestination (2014).

Drama Dark yang ditayangkan di Netflix.
Sedangkan drama bersiri Dark yang orang canang sebagai kisah pengembaraan masa yang best pun akhirnya terpaksa lari kepada konsep multiverse, jadi Fixed Timeline is the best kind of time travel movie.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.