Konsep kepimpinan purba Melayu asalnya berbeza dari konsep luar seperti dari Benua India (raja, devaraja) atau Dunia Barat (‘king’, monarki, feudalisme). Ia berbeza sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar itu seperti zaman trend Hindu-Buddha atau imperialisme Eropah.

Konsep kepimpinan purba Melayu berdasarkan senioriti, pengetahuan dan pengalaman.

Ini dimanifestasikan melalui perkataan ‘ketua’ (tua), penghulu (hulu) atau demang (damung, damang: pakar adat budaya, tok batin). Penghormatan untuk kepimpinan berdasarkan usia seorang, orang terampil ke depan, pengalaman dan berpengetahuan.

Ini adalah konsep asli berkaitan kepimpinan dalam masyarakat Malayo-Polinesia.

Begitu juga konsep atau maksud asal ‘hamba’. Sebelum maksudnya dipengaruhi konsep luar seperti ‘abdi’ (Arab, Timur Tengah) atau ‘slave’ (Inggeris, Eropah), konsep asal hamba dalam masyarakat Melayu purba adalah ‘pengikut’ (followers).

Hamba dalam dunia Melayu purba yang paling asal bukanlah seperti aksi sekumpulan orang menolak batu besar dengan kaki dirantai dan disebat oleh orang yang zalim, atau seperti ‘perhambaan’ (slavery) orang Afrika oleh imperialis Eropah suatu ketika dulu. Hamba adalah pengikut, orang tok ketua (king’s men) dan pekerja kepada tok ketua.

Apabila semua pengikut tok ketua berfungsi sebagai lingkungan di bawah kepimpinannya, maka semuanya adalah ‘sahaya’ atau ‘hamba’ menunjukkan mereka adalah ‘marhaen’ atau ‘rakyat’. Di sana terdapat juga frasa ‘hamba rakyat’.

Maka mereka membahasakan diri sebagai rakyat jelata dengan ‘sahaya’, ‘hamba’ atau ‘tuan hamba’ (kata ganti kedua). Dalam dunia Barat tidak ada panggilan begini, sebab maksud ‘slave’ bukan ‘followers’, ‘people’ atau ‘king’s men’. Ia membawa konotasi negatif.

~Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.