Sekiranya anda merupakan seorang penggemar filem sains fiksyen, anda pastinya pernah berjumpa dengan filem-filem yang meneroka aspek pengembaraan masa. Filem yang mengambil tema pengembaraan masa ini selalunya akan memaparkan tema berat dan ‘mind-blown’, kerana banyak plot yang boleh diubah dan diputar ke arah penamat yang tidak terduga. Di dalam artikel ini, penulis akan membentangkan aspek dan konsep dalam pengembaraan masa yang menjadi tema dalam kebanyakan filem sains fiksyen moden.

Sebab dan Akibat

Perkara pertama yang perlu kita fahami berkenaan masa adalah: Masa membentuk satu rantaian yang diberi nama sebab dan akibat. Rantaian ini berlaku kerana urutan masa yang bergerak dalam satu arah, iaitu dari masa lalu, masa sekarang dan sentiasa akan bergerak ke arah masa hadapan. Hal ini yang sering diberi nama anak panah masa (Arrow of Time) dalam Fizik merupakan manifestasi daripada Hukum Termodinamik yang kedua, berkenaan dengan apa yang disebut sebagai Entropi.

Maka, menurut hukum fizik, masa itu akan sentiasa bergerak dalam satu arah, iaitu dari masa lampau, masa sekarang dan sentiasa menuju ke masa hadapan. Justeru, apabila kita membicarakan tentang sebab-akibat, kita selalunya akan membicarakan mengenai sebab kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku, sebelum kita pergi kepada akibatnya yang lebih khusus.

Sebagai contoh mudah, katakan situasi yang kita hadapi adalah adalah kita sedang makan. Maka, dalam perbincangan sebab dan akibat, kita akan dapati bahawa sebab kita makan itu adalah kerana kita sedang kelaparan. Maka akibat daripada kita sedang makan itu pula adalah, kita akan menjadi kenyang. Ini adalah contoh mudah yang penulis berikan untuk pemahaman pembaca.

Merujuk pula kepada filem dengan konsep pengembaraan masa, kita akan dapati bahawa apabila berlakunya pengembaraan masa, tidak kiralah pengembaraan ke masa hadapan atau ke masa lampau, akan berlaku paradoks di dalam prinsip kesan-akibat ini.

Mengambil contoh filem Terminator, kita mampu lihat bahawa di dalam Terminator pertama, Arnold Schwarzenegger telah di hantar ke masa lampau untuk membunuh Sarah Connor, kerana anaknya akan menjadi perwira yang menyelamatkan manusia ketika perang manusia-mesin berlaku. Maka di sini, kita boleh lihat sebab pengembaraan masa itu berlaku adalah kerana Terminator ingin membunuh sang anak, dan akibatnya adalah mereka (cyborg) memenangi perang ke atas manusia.

Namun begitu, apabila berlakunya perubahan ke dalam sejarah manusia, maka perkara ini akan menghasilkan satu ripple effect yang akan mengubah apa yang disebut sebagai timeline dalam sesebuah cerita. Kebiasaannya, penulis fiksyen akan bermain dengan beberapa peraturan terhadap timeline cerita, sepertimana yang penulis akan terangkan di bawah.

Konsep Pertama: Timeline yang Tak Berubah.

Konsep timeline yang tidak berubah ini lebih mudah sekiranya kita bicarakan dalam bentuk kesan-akibat yang konsisten dan pengembara masa selalunya telahpun termaktub dalam sejarah timeline tersebut. sebagai contoh, sekiranya kita pergi mengembara ke masa lampau untuk membunuh Adolf Hitler, dan pada masa yang sama, disebabkan kita tidak mahu ibu bapa Hitler merasa sedih dengan kehilangan anak mereka, kita menggantikan Hitler dengan seorang bayi baru.

Apabila kita kembali ke zaman kita, kita akan dapati bahawa Hitler masih lagi telah membunuh bangsa Yahudi dan Perang Dunia kedua masih lagi berlaku. Ini menandakan bahawa anak yang telah kita tukar tadi telahpun menjadi Hitler dan perkara yang sama masih terjadi, dengan rantaian sebab-akibat kita masih lagi berlaku dalam perkadaran serupa. Perkara ini juga disebut sebagai Novikov self-consistency principle, di mana Igor Novikov cuba menyelesaikan paradoks yang terjadi dalam pengembaraan masa dengan cara membentuk satu rantaian sebab-akibat yang tertutup (closed loop).

Penulis selalunya cenderung untuk menggunakan terma “Ini adalah bentuk Qada’ dan Qadar yang tidak dapat diubah” apabila menonton filem-filem yang menggunapakai tema timeline tidak berubah ini. Antara contoh filem yang penulis syorkan adalah filem Predestination, di mana ia bermain dengan satu putaran sebab-akibat yang sentiasa berulang.

Konsep Kedua: Timeline yang Dinamik

Di dalam konsep pengembaraan masa yang dinamik, apabila berlakunya pengembaraan masa, maka kita akan dapati rantaian kesan-akibat akan terputus, dengan setiap kesan akan membawa kepada akibat yang baru dan timeline yang baru. Sebagai contoh di dalam filem Edge of Tomorrow, watak Tom Cruise merupakan watak yang mampu menyelinap di sebalik setiap kematian yang beliau hadapi, di mana masa akan ditetapkan semula kepada waktu dia mula-mula sampai ke kem askar di Heathrow. Setiap keputusan yang dibuat oleh Tom Cruise kemudiannya dilihat akan sentiasa merubah perjalanan perang tentera Amerika menentang alien tersebut, dengan kemenangan mutlak pastinya menjadi milik Tom Cruise dan Amerika pada akhirnya.

Satu lagi filem yang masuk ke senarai filem pengembaraan masa yang mempunyai timeline dinamik adalah filem ‘About Time’, sebuah filem romantis lakonan Domhnall Gleeson dan Rachel McAdams. Di dalam filem ini, watak Gleeson, Tim mampu mengawal masa dengan beberapa keadaan tertentu (kena pergi ke dalam tempat yang gelap). Di dalam filem ini, Tim telah pergi ke satu blind date dan berkenalan dengan Mary (lakonan Rachel McAdams), dan selepas perkenalan ini, mereka mula menjadi rapat. Namun pada masa yang sama, Tim telah memungkiri janjinya terhadap seorang kawannya yang lain yang bernama Harry yang kecewa kerana pementasan teater beliau tidak berjaya.

Dalam usaha Tim untuk membantu Harry, dia juga telah meninggalkan temujanji beliau bersama Mary, kerana temujanjinya bersama Mary berlaku serentak dengan persembahan teater Harry. Maka pada masa itu, satu timeline baru telah terbentuk di mana Tim perlu berusaha untuk mencari Mary berdasarkan klu yang dia ada daripada temujanji asal di timeline yang pertama.

Antara konsep alternate timeline yang penulis sarankan untuk ditonton adalah The Flashpoint Paradox, untuk melihat kesan yang terjadi akibat perubahan sebab-akibat yang kecil.

Konsep Ketiga: Multiverse

Konsep Multiverse merupakan salah satu konsep yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan penulis fiksyen dunia. Di dalam konsep multiverse, terdapat pelbagai alam yang bergerak dengan pelbagai kemungkinan dan kebarangkalian yang berbeza. Sebagai contoh, sewaktu kecil dulu kita adalah seorang yang pemalas, dan sekarang apabila kita telah tua, kita dapati bahawa kita terperangkap dalam hidup yang susah, maka andaikata kita ditakdirkan untuk mengembara ke masa lampau dan berinteraksi dengan diri kita sewaktu kita masih kecil, kita menyuruh diri kita untuk rajin belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, maka kita akan mengubah sejarah (sama seperti timeline dinamik) namun apabila kita kembali ke zaman kita, kita masih lagi akan hidup dalam kesusahan. Hal ini kerana kita telah membantu diri kita sewaktu kecil untuk menjadi berjaya, namun diri kita yang berjaya itu kini wujud di satu dunia lain yang selari dengan dunia kita. Hal ini adalah apa yang kita panggil sebagai konsep pelbagai dunia (multiverse).

Mungkin menarik untuk penulis huraikan bahawa pada zaman sekarang, ramai penulis fiksyen yang menggabungkan elemen multiverse dengan elemen timeline dinamik di mana apabila berlakunya pengembaraan masa, setiap kebarangkalian yang terhasil akibat dari perubahan timeline itu akan membawa kepada kelahiran universe-universe baharu dengan alternating timeline, dengan setiap universe itu terasing antara satu sama lain. Kebanyakan penulis fiksyen membenarkan interaksi antara multiverse ini, sebagai contoh drama Flash dengan watak Wells dibawa dari pelbagai universe yang berbeza.

Konsep Multiverse ini juga ada diterangkan secara lebih terperinci di dalam filem Coherence di mana kesemua alam multiverse tersebut ‘bertemu’ dalam satu malam dan banyak perkara-perkara aneh yang berlaku pada malam itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.