Bayangkan anda terhentak dinding sampai retak, tapi dinding tu boleh baik pulih sendiri. Ada ke dinding sebegitu?

Inilah apa yang dihasilkan oleh beberapa penyelidik di Universiti Newcastle. Mereka menamakan produk kajian mereka sebagai BacillaFilla.

Secara umumnya, retak retak pada dinding dan konkrit boleh berlaku secara fizikal dan kimia. Fizikal seperti kemalangan dan kimia seperti bakteria. Dalam kes hakisan simen, ia disebabkan sama ada antara dua ini ataupun memang dua dua ni sekali.

Kita ambil kes simen air loji. Kadar pH yang rendah di air loji kumbahan membenarkan bakteria pencinta asid untuk hidup di situ. Kehadiran mereka akan merendahkan lagi tahap pH dan membenarkan bakteria pengoksida sulfur untuk membiak. Asid sulfurik yang dihasilkan daripada proses metabolisme bakteria inilah yang menyebabkan hakisan simen. Retak itu menjadi makin dalam apabila bakteria tersebut hidup di dalam celah retak berkenaan.

Berlainan dengan bakteria di loji kumbahan, BacillaFilla menggunapakai proses yang terbalik. Mereka akan dimasukkan ke dalam celah retak, melalui proses metabolisme dan menghasilkan bahan pengeras yang mampu mengisi retak tersebut. Bahan pengeras tersebut ialah kalsium karbonat, bahan yang sama digunakan dalam simen. Kalsium karbonat yang dihasilkan oleh bakteria tersebut juga tak rapuh kerana ia diikat dan digam kuat oleh bahan adesif bakteria. Bakteria tersebut juga mempunyai keupayaan untuk masuk ke dalam retak dengan lebih mendalam dan mengesan ruang yang tak dipenuhi bakteria penghasil konkrit tersebut. Hal ini membolehkan pemulihan simen yang lebih tepat dan efisien.

Di Universiti Colorado, sekumpulan penyelidik lain juga telah mencipta konkrit yang bukan sahaja mampu pulih sendiri, malah mereka juga mencipta konkrit yang ‘hidup’. Kalau BacillaFilla tu lebih kepada gam yang dipicit kepada simen, maka penyelidik Universiti Colorado ni campurkan terus bakteria dan konkrit menjadi satu sebatian.

Gambar 1: Mekanisme dan objek ‘konkrit hidup’ tersebut. Hak milik Heveren et al.

Secara teorinya, bahan seperti gelatin, pasir dan cyanobakteria digabung sekali menjadi satu sebatian. Bakteria yang hidup dalam sebatian inilah yang mengembangkan dan meunmbuh besarkan konkrit berkenaan. Dapatan kajian tersebut mendapati konkrit berkenaan mampu baik pulih sendiri lebih tiga kali walaupun selepas dipotong.

Harapnya dengan kemajuan kejuruteraan bahan ini, bahan pembinaan dapat bertahan lebih lama dan budak budak nakal tak perlu risau kena piat telinga dengan emak selepas retakkan lantai.

RUJUKAN:

Gupta, S. G., Rathi, C., & Kapur, S. (2013). Biologically induced self-healing concrete: A futuristic solution for crack repair. International journal of applied Sciences and biotechnology1(3), 85-89.

Heveran, C. M., Williams, S. L., Qiu, J., Artier, J., Hubler, M. H., Cook, S. M., … & Srubar III, W. V. (2020). Biomineralization and Successive Regeneration of Engineered Living Building Materials. Matter.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.