Sepanjang 1400 tahun lamanya, Kongo Gumi berdiri sebagai sebuah syarikat Jepun yang tersohor dalam industri pembinaan kuil-kuil Buddha.

Sebelum mengalami penutupan pada tahun 2006, syarikat ini menyandang kedudukan sebagai syarikat keluarga paling lama beroperasi di dunia setelah empat belas kurun mengharungi pasang surut politik dan krisis ekonomi yang menimpa negara.

Namun akhirnya, kemelesetan ekonomi yang melanda Jepun sedekad yang lalu tidak dapat digagahi oleh Kongo Gumi.

PENUBUHAN SYARIKAT

Sejarah penubuhan Kongo Gumi boleh dijejak menerusi selembar skrol sepanjang tiga meter bertarikh kurun ke-17 Masehi yang menyenaraikan nama 40 generasi keluarga Kongo sehinggalah ke generasi pertamanya yang hidup sekitar tahun 578 Masehi, iaitu Shigemitsu Kongo.

Shigemitsu merupakan seorang tukang kayu yang mahir dan bersama dua orang rakannya, beliau berangkat dari Baekje (Semenanjung Korea) bagi memenuhi tawaran projek pembinaan kuil Buddha pertama di Jepun, iaitu di Shitenno-ji.

Undangan ini dikemukakan oleh Putera Shotoku, seorang ahli politik dari Zaman Asuka yang mencurahkan khidmat untuk Maharani Suiko. Putera Shotoku masyhur sebagai seorang penganut Buddha yang taat dan beliau banyak menyumbang kepada penyebaran agama itu di seantero Jepun.

Tugu kayu Putera Shotoku

KUIL SHITENNO-JI – PROJEK PERTAMA KONGO GUMI

Berpusat di Osaka, pembinaan kuil Shitenno-ji yang dibiayai oleh Putera Shotoku bertujuan untuk memuja empat raja kayangan, dikenali sebagai Shitenno.

Sebagai menghormati keempat-empat raja tersebut, empat buat institusi dibangunkan, iaitu institusi agama dan pendidikan, institusi kebajikan, hospital, dan farmasi. Kompleks kuil Shitenno-ji turut dilengkapi dengan sebuah pagoda lima tingkat, sebuah Astaka Emas, sebuah dewan persidangan, dan tiga buah gerbang masuk.

Bagi meneruskan momentum yang dimulakan dengan pembinaan Shitenno-ji, Shigemitsu Kongo pun menubuhkan syarikat keluarga yang diberi nama Kongo Gumi.

Kurun demi kurun, kemahiran beliau dalam seni bina kuil diwariskan kepada keluarga. Begitu juga dengan hak pemilikan syarikat.

Jika tiada pewaris lelaki atau pewaris yang ada dianggap tidak cukup berbakat untuk mengendalikan syarikat, pemilikan Kongo Gumi akan diserahkan kepada menantu atau anak perempuan.

Tentunya, mereka yang mewarisi Kongo Gumi dipilih dengan penuh teliti dan berhati-hati.

PENGARUH BUDDHISME MEMPENGARUHI KEJAYAAN SYARIKAT

Salah satu kunci kejayaan Kongo Gumi adalah syarikat ini memilih untuk menceburi industri yang disokong oleh sebuah sistem kepercayaan yang berdiri jitu selama ribuan tahun dan mempunyai jutaan penganut.

Setiap masa dan ketika, ada sahaja permintaan untuk membina kuil baru. Kurun demi kurun, Kongo Gumi bertanggungjawab membina ratusan kuil, gerbang monumental, dan bangunan Buddha, termasuklah Istana Osaka yang merupakan salah sebuah mercu tanda paling ikonik di Jepun.

Istana yang dibina pada tahun 1583 ini memainkan peranan signifikan dalam episod penyatuan Jepun pada era Azuchi-Momoyama yang berlangsung pada kurun ke-16 Masehi.

Istana Osaka, binaan masyhur Kongo Gumi, 1583

MENGHARUNGI PRANG DUNIA KEDUA

Satu lagi kunci kejayaan Kongo Gumi adalah cirinya yang fleksibel ketika mengharungi masa-masa sukar. Sewaktu Prang Dunia Kedua meletus, pembinaan kuil keagamaan bukan lagi menjadi keutamaan masyarakat.

Oleh kerana itu, Kongo Gumi bertindak balas terhadap situasi ini dengan memanfaatkan sumber dan kemahiran mereka untuk menyediakan ribuan k3r4nda yang tentunya, menerima permintaan yang sangat tinggi pada waktu itu.

Sesudah tamat pep3r4ngan, hadir pula permintaan untuk membina atau membaiki semula tempat-tempat suci dan kuil-kuil keagamaan yang mvsnah atau mengalami kerosakan. Menyedari bahawa binaan kayu tidak mampu menggagahi bencana alam, keb4k4ran, atau petaka p34ang, maka Kongo Gumi pun berevolusi dengan menggabungkan seni bina konkrit ke dalam seni bina tradisional mereka sekaligus menjadikan binaan-binaan yang mereka bangunkan lebih kukuh dan tahan lama namun masih mengekalkan nilai estetika yang unggul.

KEJATUHAN DAN KEBANGKITAN SEMULA KONGO GUMI

Walaupun Kongo Gumi mempunyai sejarah yang panjang, menceburi industri yang stabil, disokong oleh pengerusi yang cekap memimpin dan mampu mengambil langkah fleksibel dalam menghadapi masa-masa krisis, tiada yang dapat menyelamatkan syarikat itu dari tersungkur dek krisis ekonomi tahun 2006 yang melanda Jepun.

Menukil laporan daripada Bloomburg, “Semasa berlaku kegawatan ekonomi di Jepun pada 1980an, syarikat ini mengambil pinjaman dalam jumlah yang besar untuk membuat pelaburan.

Namun, kegawatan tersebut kian meruncing dan memuncak pada krisis 1992-93. Malangnya, nilai aset-aset yang dibeli oleh Kongo Gumi dengan menggunakan pinjaman tersebut menyusut dengan teruk.

Keadaan diperparah lagi dengan perubahan sosial di Jepun yang secara efektif menurunkan kadar permintaan terhadap khidmat pembinaan kuil yang ditawarkan oleh Kongo Gumi dan bermula pada tahun 1998, prestasi syarikat tersebut mengalami tren penurunan yang mendadak.”

Maka, semasa krisis ekonomi membadai Jepun pada tahun 2006, Kongo Gumi tidak lagi berupaya menanggung hutang-hutang lama justeru syarikat yang telah beroperasi selama 14229 tahun ini pun akhirnya dibubarka.

Kemudian pada tahun 2008, ia diserap oleh Takamatsu Ltd. Menukil kata-kata Kanji Ogawa, presiden Takamatsu kepada Financial Times, “Benar, penyerapan syarikat ini sedikit-sebanyak dilakukan atas faktor sentimental. Seandainya Kongo Gumi dibubarkan secara total, maka segala memori dan segala sejarahnya yang indah akan hilang begitu sahaja.”

Kini, Kongo Gumi beroperasi sebagai anak syarikat Takamatsu Ltd dan bagi menghormati sejarahnya yang panjang, nama syarikat itu dikekalkan.

Pejabat Kongo Gumi pada hari ini, sebagai anak syarikat Takamatsu Ltd

RUJUKAN:

April Holloway. (5 September 2015). Kongo Gumi: Oldest Continuously Operating Company survives 1400 Years before Crash. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/kongo-gumi-oldest-continuously-operating-company-survives-1400-years-crash-003765


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.