Mahkamah dah approve Turki untuk ubah Hagia Sophia jadi masjid balik, selepas Ataturk mengubah ia jadi muzium pada tahun 1934. Benda ni dah bertahun-tahun dikempen oleh AKP pimpinan Erdogan. Tapi negara-negara jiran tak suka. Kenapa?

Yang bantah ni adalah negara-negara Kristian Ortodoks Timur (Eastern Orthodox) seperti Russia, Greece dan Georgia.

Hagia Sophia ibarat “Al-Aqsa” bagi mereka: tempat suci yang ditakluk oleh musuh berlainan agama.

Sebelum ditawan oleh Turki Uthmaniyyah pada 1453, Constantinople (nama lama Istanbul) adalah pusat Ortodoks Timur. Hagia Sophia sebagai gereja terbesar di Constantinople & juga di seluruh Empayar Rom Timur (yang menjadikan Ortodoks agama rasmi) mempunyai simbolisme luar biasa.

Kejatuhan Constantinople ke tangan Turki Uthmaniyyah yang beragama Islam justeru dilihat oleh Kristian Ortodoks sebagai peristiwa gelap, apatah lagi Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid oleh Sultan Uthmaniyyah, Mehmet II (“Al-Fatih”).

Jadi Kristian Ortodoks sentiasa mahu “membebaskan” Hagia Sophia (dan juga Constantinople), termasuk Russia.

Pada 1472, Ivan III berkahwin dengan Sophia Palaiologina, anak saudara Maharaja Rom Timur terakhir & memakai gelaran “czar” yg bermaksud “caesar” – gelaran Maharaja Rom.

Russia melihat dirinya sebagai “Third Rome”, mewarisi kedudukan Empayar Rom (First Rome) dan Rom Timur (Second Rome) sebagai pelindung agama Kristian.

Dengan itu Russia melancarkan 12 p3rang terhadap Uthmaniyyah demi men4kluk Constantinople, memasang balik salib di atas kubah Hagia Sophia.

P3rang terakhir adalah P3rang Dunia Pertama (1914-1918) di mana Russia join UK-Perancis & Uthmaniyyah join pakatan Jerman-Austria.

Satu lagi negara yang bercita-cita men4wan Constantinople ialah Greece yang merdeka daripada Uthmaniyyah pada tahun 1832. Orang Greece beragama Ortodoks dan ingin menyatukan semua kawasan yang ada penduduk berbahasa Greek termasuk pantai barat Turki termasuk Constantinople.

Greece cuba merealisasikan cita-citanya selepas Uthmaniyyah kalah dalam WW1, tapi tak berjaya selepas dikalahkan oleh Ataturk dalam P3rang Kemerdekaan Turki 1919-1922.

Pada tahun 1934, Ataturk menukar Hagia Sophia jadi muzium, dan mengupah arkeologis dari US bernama Thomas Whittemore untuk uncover balik lukisan mosaic di dinding Hagia Sophia yang menggambarkan Mary (Maryam), Jesus (Isa), malaikat dan tokoh-tokoh ternama.

Lukisan-lukisan ni ditutup pada zaman Uthmaniyyah sebab bercanggah dengan akidah Islam, tapi tak dihancurkan terus.

Ataturk tak explain kenapa dia berbuat demikian, tapi kemungkinan besar adalah untuk mengelakkan konflik dengan negara2 Ortodoks lagi. Turki perlu rehat.

Dan sejak Hagia Sophia dijadikan muzium dan dibuka kepada pelawat, keinginan untuk “membebaskan” Hagia Sophia dah kurang sebab Ortodoks ni boleh je buat “umrah” ke Hagia Sophia.

Jadi apabila kerajaan Turki nak jadikan Hagia Sophia sebagai masjid balik, Kristian Ortodoks dalam dan luar Turki risau seni Ortodoks dalam Hagia Sophia akan diharamkan sekali lagi, dan orang bukan Islam dilarang masuk.

Semua hentam Erdogan nak raih populariti tapi tak sensitif dengan agama lain, walaupun jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin memberi jaminan Hagia Sophia masih akan dibuka kepada pelawat.

Dan langkah terbaru Turki ni pasti akan menambah lagi kesangsian antara Turki dan Greece dan Russia. Dan mungkin itu juga kehendak Erdogan yang suka “cucuk” negara-negara jiran untuk mencapai tujuannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.