Seperti semua pembaca sedia maklum, The Patriots bukan sahaja sebuah ‘portal’, malah The Patriots juga adalah sebuah NGO.
Setelah beberapa bulan merancang, saya berpendapat kini Patriots lebih bersedia untuk menzahirkan organisasi ini di luar kerangka dan kekangan media sosial sahaja.
Dengan ini saya persembahkan sebuah platform, KOMUNITI PATRIOT.
Komuniti Patriot digagaskan bukan untuk menjadi sebuah kubu, tetapi lebih kepada sebuah jambatan. Bayangkan ia sebagai sebuah pentas; atau kapal; di mana kita Patriots semua, sama ada individu atau organisasi lain, dapat naik bersama dan menggembeling tenaga dan idea untuk pacu ke depan bersama.
Secara umumnya, objektif Komuniti Patriot adalah pembangunan dari aspek EKONOMI dan PENDIDIKAN di dalam suatu kumpulan besar yang saling galang-menggalang, bantu-membantu, sokong-menyokong.
Inshaa Allah, kami juga dalam proses untuk pembentukan sebuah Koperasi.
Komuniti Patriot berkonsep seperti program Rakan Muda di mana di bawahnya akan ada ‘spin-off’ dan bercabang kepada komuniti-komuniti lainnya.
Contoh: Komuniti Keusahawanan, Komuniti Hartanah, Komuniti Pendidikan, Komuniti e-Sukan, Komuniti Kembara dan sebagainya.
Saya sangat mengalu-alukan mana-mana individu, gerakan atau organisasi sedia ada untuk kita berkolaborasi bersama.
Dengan ini, mereka yang berminat mohon isikan borang di bawah untuk pendaftaran awal.
Sekian.
Jamalee Bashah