Semasa P3r4ng Dingin, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat sentiasa bersaing menghasilkan jentera pertahanan masing-masing dengan harapan memperoleh kelebihan ke atas pihak yang lain. Mentaliti kedua-dua negara yang berbeza membolehkan kedua-duanya menghasilkan jentera yang berbeza kualitinya, kadangkala mengundang padah kepada rakyat mereka sendiri.

Dalam kes Soviet, mereka menghasilkan kapal selam seperti mana mereka menghasilkan pesawat jet. Mereka menyangka dengan menjadikan kapal selam mereka dapat menyelam lebih dalam, lebih laju pergerakannya dan lebih lama bertahan dalam air, ia sudah cukup untuk menyaingi pihak AS. Obsesi sebegini mengakibatkan angkatan laut Soviet mempunyai kadar kem4l4ngan kapal selam lebih tinggi berbanding pesaing mereka.

Pelan Komsomolets.

Perkara ini berlaku disebabkan pelindung radiasi yang tidak berkualiti dan budaya etika keselamatan yang lemah. Reka bentuk kapal selam Soviet turut mendedahkan satu lagi kelemahan: ia terlalu bising bila beroperasi dalam air. Kelemahan ini dieksploitasi oleh pihak AS dengan mengesan dan mengekori kedudukan kapal selam Soviet tanpa dikesan pihak satu lagi.

Begitupun, itu tidak menghalang biro reka bentuk Rubin memuktamadkan reka bentuk generasi keempat kapal selam Soviet yang diberi kod K-278 atau Komsomolets (Pengakap K0mun1s). Bahagian dalam kapal diperbuat daripada aloi titanium 48T, sejenis logam mahal yang lebih kuat daripada besi tetapi lebih ringan.

Kos pengimpalan juga lebih mahal kerana perlu dibuat dalam kebuk tanpa oksigen dan diisi dengan gas argon. Manakala jurukimpal perlu memakai sut khas yang membenarkan mereka bernafas semasa proses pengimpalan dijalankan. Komsomolets mempunyai panjang lebih 117 kaki dan boleh bertahan dengan tekanan laut melebihi 1,500 PSI. Dengan sistem automasi, kapal boleh dioperasikan oleh 57-64 pegawai dan krew.

K-278 juga mempunyai reaktor air bawah tekanan yang boleh menjana tenaga sebanyak 190 megawatt sekaligus membolehkannya berlayar dengan kelajuan 30 knot. Dari segi kelengkapan s3nj4t4 dan peralatan, Komsomolets dilengkapi dengan enam tiub torpedo 533 milimeter dan kelengkapan sonar yang lapuk.

Tetapi ia masih berupaya melancarkan torpedo berkuasa roket Shkval dengan kelajuan 200 knot dan p3lvrv berp4ndu RPK-2 Vyuga yang membawa muatan berisi b0m anti-kedalaman kapal selam. Komsomolets dilancarkan pada Jun 1983 dan menjalani pelbagai ujian percubaan dalam tempoh empat tahun.

Komsomolets sedang gagah meluncur di permukaan laut.

Pada tahun 1984, Kapten Yuri Zelenskiy berjaya membawa K-278 menyelam pada kedalaman 1,020 meter di Laut Norway. Ia merupakan selaman paling dalam pernah dilakukan mana-mana kapal selam t3nt3r4 dan mengatasi kebanyakan selaman kapal selam penyelidikan saintifik. Jika dibandingkan dengan kapal-kapal selam kelas Los Angeles dan Virginia, had ujian selaman ialh 240 meter tetapi mereka boleh menyelam dua kali ganda daripada jarak ujian.

Komsomolets mula beroperasi secara rasmi pada April 1989 di bawah pimpinan Kapten Evgeny Vanin. Tetapi operasi K-278 persis Titanic, ia merupakan pelayaran pertama dan terakhir kapal selam tersebut. Berdasarkan rekod CIA, K-278 mula mengalami masalah apabila litar pintas mencetuskan keb4k4ran dalam kapal selam semasa berada di kedalaman 386 meter pada 7 April.

Keb4k4ran tercetus apabila sistem tekanan udara yang rosak merosakkan sistem minyak kapal dengan tekanan udara sekuat 8,000 PSI. Minyak yang bocor masuk ke dalam turbin yang panas dan mencetuskan keb4k4ran. Usaha memadamkan keb4k4ran bertambah sukar apabila ia dimarakkan dengan tekanan udara sekaligus memaksa penutupan kecemasan reaktor nuklear kapal dan kehilangan kuasa pada bahagian hidraulik.

Selepas gagal berhubung dengan bilik enjin, Kapten Vanin cuba menutup ruang belakang kapal tetapi gagal. Ini berikutan api terus merebak ke bahagian-bahagian kapal yang lain. Terdesak dan mahu menyelamatkan anak-anak kapal yang lain, beliau mengarahkan salah satu daripada balast kapal diletupkan untuk memaksa K-278 naik ke permukaan.

Selepas sebahagian besar krew meninggalkan kapal, Kapten Vanin dan lima lagi anak kapal berusaha menyelamatkan kapal tetapi terus digagalkan oleh api yang marak. Pada 4.30 petang, Komsomolets kembali semula tenggelam ke dalam laut dan keputusan pahit terpaksa dibuat: tinggalkan kapal dan selamatkan diri.

Kapten Vanin dan empat krew berjaya sampai ke pod perlepasan khas tetapi seorang krew m4t1 selepas terhidu asap semasa mencari arah ke pod. Tetapi apabila pod tersebut naik ke permukaan, kerosakan pada mekanisme pintu pod mengakibatkan l3tvpan penyahmampatan mengakibatkan dua krew terbvnvh dan dua tidak sedarkan diri termasuk Kapten Vanin. Hanya seorang berjaya keluar dan berenang menyelamatkan diri.

Walaupun sudah diberitahu musibah yang menimpa Komsomolets, T3nt3r4 Laut Soviet bergelut menguruskan usaha menyelamat dan hanya menurunkan rakit-rakit untuk krew dan pegawai yang terselamat. Satu jam dan 20 minit kemudian, akhirnya 23 krew dan pegawai Komsomolets yang terselamat diselamatkan oleh krew kilang ikan terapung yang lalu di situ.

Dalam insiden tersebut, 34 orang pegawai dan krew terbvnvh akibat keb4k4ran dan hipotermia. Apabila berita ini diketahui penduduk Soviet, ia mengundang kemarahan ramai pihak. Satu siasatan dijalankan sebelum ditamatkan pada tahun 1998 tanpa menyatakan pihak mana bertanggungjawab terhadap tragedi K-278.

Pada tahun 1993, satu badan kebajikan ditubuhkan untuk membela nasib waris-waris anak kapal Komsomolets. Ia kemudian diluaskan kepada membela nasib waris-waris lebih 500 orang pegawai dan krew kapal selam yang kembali ke negeri cacing akibat kem4l4ngan kapal selam semasa P3r4ng Dingin.

Memandangkan Komsomolets membawa dua p3lvrv berp4ndu nuklear semasa tenggelam pada kedalaman 1,680 meter, kerajaan-kerajaan Scandinavia memantau tempat ia karam selama bertahun-tahun untuk mengesan sama ada berlaku kebocoran plutonium atau tidak. Kebocoran plutonium mula dikesan pada tahun 1994.

Peninggalan Komsomolets di dasar laut.

Ini memaksa mereka menghantar sepasukan pengimpal untuk menutup bahagian kapal yang retak dan bocor bagi mengelakkan kebocoran bahan tersebut berulang. Hasilnya sejak itu, tiada lagi laporan kebocoran dinyatakan dalam sesi pemerhatian selanjutnya.

RUJUKAN:

Roblin, Sebastian. (2020). Russia Lost this Nuclear Submarine (and Lost Two Nuclear W3ap0ns). National Interest. https://nationalinterest.org/blog/reboot/russia-lost-nuclear-submarine-and-lost-two-nuclear-weapons-171329

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.