Komik Konspirasi Dari Jepun

0
1910
views

Pernah tak masa kecik-kecik dulu kita pernah terfikir nak jadi superhero?

Tengok Ultraman nak jadi Ultraman. Tengok Dragon Ball nak jadi Goku. Tengok Power Rangers nak jadi Power Rangers.

Kemudian, ada satu masa kita lukis watak-watak superhero yang kita suka. Mungkin kita akan lukis watak kita jadi superhero melawan kejahatan.

Kemudian, kita tulis sebuah cerita mengenai diri kita melawan kejahatan itu. Imaginasi macam ini adalah perkara tipikal yang berlaku pada zaman kanak-kanak.

Dalam manga 20th Century Boys karangan Urasawa Naoki, impian kanak-kanak ini menjadi kenyataan. Ini bukan cerita fantasi.

Ini bukan kisah kanak-kanak yang berimaginasi ini tiba-tiba dilanggar meteor ataupun tiba-tiba alien bagi deme kuasa. Tak. Apa yang mereka imaginasi betul-betul berlaku sewaktu mereka telah dewasa.

Ada 9 orang kanak-kanak merangka sebuah cerita dalam sebuah buku lakaran (sketch-book). Mereka berimpian nak jadi hero untuk selamatkan dunia. Masa ini adalah zaman 70-an.

Mereka bayangkan, apabila berakhirnya abad ke-20, kejahatan cuba nak ambil alih dunia. Berlaku kematian akibat sebaran virus. Berlaku letupan di kota-kota besar. Berlaku pembunuhan ke atas orang-orang ternama, dan pelbagai lagi.

Menarik betul kejahatan yang budak-budak ini lakar adalah kejahatan yang realistik, bukannya kejahatan pasal rasaksa ataupun alien.

Apa yang mereka tulis dalam buku tersebut benar-benar berlaku sewaktu mereka dewasa. Budak-budak ini pun masa dah besar jadi orang-orang biasa saja. Kerja pun biasa-biasa saja.

Tapi sejak kematian salah seorang daripada mereka dan berlaku kejadian pelik seperti kehilangan dan kematian yang juga pelik, mereka mula terjebak dalam konspirasi ini.

Awalnya, mereka pun tak percaya buku cerita yang mereka tulis dan lukis bodoh-bodoh itu boleh menjadi sebuah buku ramalan. Mereka anggap itu semua permainan mereka semasa kecil.

Mereka syak, salah seorang daripada 9 orang itu telah merealitikan kisah-kisah yang mereka imaginasikan masa kecil dulu. Tapi mereka tak pasti siapa.

Menariknya, buku tersebut mereka namakan sebagai ‘The Book of Prophecies’. Jadi, mereka ini rasa bertanggungjawab untuk menghentikan kejahatan yang mereka sendiri tulis. Dan nak cari siapa dalam kalangan mereka yang merealitikan kisah-kisah tersebut.

Dan ya, mereka tak ada super-power ke apa. Mereka orang biasa-biasa. Bergerak ‘under-ground’. Mereka pun bukan ejen macam FBI ataupun CIA.

Ini yang menjadikan perkembangan wataknya tak klise macam cerita-cerita lain.

Ada beberapa perkara menarik yang manga ini boleh beritahu kita seperti pengaruh kultus ke atas manusia. Kultus in bukan benda main-main. Orang mudah terpengaruh.

Ada juga sembang pasal kekuatan elemen agama dalam menjadi ejen untuk merealisasikan kepercayaan nafsu dan kehendak peribadi.

Ada sembang pasal persahabatan dan pengkhiatan. Ada sembang pasal peletakan nilai. Ada sembang pasal harapan dan hubungan kekeluargaan.

Manga ini ada 265 chapters, aku baca tanpa henti selama 4 hari berturut-turut. Ini menunjukkan gaya penceritaan Naoki tidak gagal.

Aku boleh kata, sebenarnya komik dia adalah komik bertemakan konspirasi. Bergenre thriller dan misteri.

Gaya lukisan yang menghampiri realism. Plot cerita yang mantap. Penuh misteri dan tanda tanya. Kekuatan komik Naoki adalah kekuatan dalam membentuk ‘multi-layered’ yang mantap sehingga susah untuk menemui plot-hole dalam komiknya yang kompleks.

Multi-layered ini macam cerita dalam cerita. Maksudnya dia ada certia-sisi (side-story) yang menghubungkan cerita utama.

Watak-watak pun semuanya berkembang dengan baik. Kau cubalah mula baca, dan kau akan terus nak baca tanpa henti. Kebanyakan watak yang dia lukis berdasarkan orang yang sebenar dia dunia nyata.

Kebanyakan manga-manga Naoki bertemakan konspirasi. Itu yang menarik. Konspirasi yang dimaksudkan bukan macam konspirasi dunia kita yang taksub bukan-bukan.

Sebab watak-watak dalam ini tak taksub dengan konspirasi, cuma mereka terlibat dengan konspirasi besar yang masyarakat tak nampak sampaikan 8 orang ini diburu dan dilabel pengganas.

Aku rasa watak ‘Friend’ dalam manga ini ‘Dajjal’ versi Naoki. Say no more. Had to say it even I hate it.

Selain 20th Century Boys, ada lagi manga dia yang lain macam Billy Bat, Monster dan Master Keaton. Billy Bat pun gila menarik. Monster pun sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here